Bicara Bonda

Rintihan GST

1hb April… Sejarah GST bermula.

GST

Berbagai rumors sy dengar hutang negara yang banyak (740 billion x termasuk hutang lain2 lagi).. Sy x mahu menulis lanjut perkara yg sy tidak tahu.. Sy hanya meluahkan stress sy hari ni.. Malam tadi sy mengambil peluang membeli barang dapur.. Licin barang2 keperluan cucian dan berebut2 org beli barang..

Sy sedih teramat sangat myb terbawa2 stress GST..!!

Semasa sy keluar rumah pergi pagi tadi sy melihat tukang sapu di tepi jalan2, wanita berpendapatan rendah (menyara anak2 nak bersekolah).. Masing2 menuju ketempat kerja (terbayang wanita itu adalah sy ) Wanita melayu ada yg mengais sampah dan ada yg menyuap makanan.. Terpaksa mengira2 lauk yg dimakan tu x perlu sedap janji kenyang je, buat alas perut..

Aduhai bagaimana mereka mencatu duit.. Semua barang naik akibat GST.. Buatlah iklan GST macam mana pun nak sedapkan hati kami rakyat ni.. ( tetap x gembira ).. Anak sekolah RM2 je belanja sehari utk sekolah menengah. Cukuplah air dgn kuih buat alas perut pun kami berjimat cermat suruh anak makan kenyang dirumah.. X payah duit belanja.. Sedangkan beli barang kena juga beli.. Kalau RM100 kami kena bayar GST RM6.. Duit RM6 tu mewah kalau bagi anak2 makan disekolah kan..??

GST sangat membebankan. Kalau rakyat tertekan kuasa membeli jadi rendah. Kami niaga akan drop. Kami yg niaga ni pula lagi berat, ada 3 cukai kena lalui.. Cukai untung niaga, cukai persendirian, dan GST..

Teringat sepanjang travel sy keluar negara dengan berbagai bangsa asing.. (sy bercakap bahasa English pasar tu lah he he)

Org luar : Kamu dari mana

Sy : Malaysia

Org Luar : Negara awak cantik. Hijau.. Saya pernah kesana. Baik2 dan peramah org Malaysia. Sy sangat kagum dgn Mahathir. Kalau boleh pinjam Dr Mahathir tu, sy nak pinjam supaya dia memerintah negara sy juga.. Pasti negara sy akan maju seperti negara awak. Dia sangat bijak dan berani.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sebut je nama Pak Dek ( Dr Mahathir) dimana2 perbualan pasti ramai yg memujinya dan mengenalinya. Dr Mahathir pernah cakap ttg wawasan menuju 2020.. Malaysia akan makin maju.. Bagi sy semakin mencabar 2020. Terutamanya utk anak2 yg akan datang. Saya rasa kehidupan makin payah terutama nak membeli hartanah yg makin mahal. Kos hidup makin tinggi dan politik negara kita sendiri..???

Sy rasa malas berniaga dah. Itu saja kebolehan yg sy ada.. Tak rasa aman hidup menjadi ushawan terpaksa lalui kesusahan dgn kes2 melibatkan rules kerajaan.. Jika org biasa x tahan dgn GST, bagaimana pula sy niaga ni, lagi banyak..?? Makin berjaya niaga sebenarnya hidupnya menjadi buruan pihak tertentu.. mana sy nak lari..??

Pembaca yg dikasihi, jom kita mendoakan dan mengharapkan satu keajaiban akan bermula..

4 Comments

Leave a Reply to kakcik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!