Bicara Bonda

Dia kawan baik saya…

Gambar terbaru saya bersama Cha 7 mac 2014

Kami berkerja di syarikat hartanah  di Plaza MPK pada tahun 1993.. Masa tu umur saya 29 tahun.. Dia lepasan STP.. Semasa awal ST dikenali dipasaran sebenarnya saya masih berkerja di syarikat hartanah. Saya mempelawa Natasya berkerja dengan saya “Cha nak tak kerja dengan akak… Kak x taulah syarikat Kak ni boleh sampai kemana Cha, Cuma Kak cakap awal-2 mana lah tahu.. Kalau Kak x cukup duit bayar gaji, Kak hutang boleh x Cha..??..tanpa banyak soal dia kata .. “BOLEH KAK..”

Saya bertuah bersahabatkan dia, sangat ikhlas dan sering menegur saya dalam semua perkara buruk atau baik.. Mengenali saya keseluruhan luar &  dalam. Kami lebih rapat dari adik beradik sendiri..!! Dilema rumahtangga, perceraian, jatuh bangun sejak saya berumur 28 tahun sehingga sekarang. Dia melihat detik-detik hitam anak saya mati lemas dan dibuang keluarga.. Bagaimana saya melalui penderaan perkahwinan dan kemiskinan.. Dia  juga adalah Assistant GM Sendayu Tinggi..

Dia tak pernah ambik kesempatan langsung terhadap saya, apa lagi dengan syarikat. Saya sangat sayangkan, semoga dia bertemu jodoh.. Doa saya tak pernah putus ingin melihat kebahagiaanya..

Norazila atau Natasya.. Sahabat yang menyinari saya.. Permata yang termahal.. Kasih dia pada saya lebih hebat dari keluarga sendiri..

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!