Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini : Part 4 : Hijrah Felda.. Malam Pertama

Sambungan part 4, 

Selepas habis berpantang sy kembali ke rumah mertua kerana bersiap nak berpindah ke Felda Kechau.. Kali ni sy balik dgn taxi..Dan Bekas suami naik vespa cabok tu… ha ha ha (lambat sampainya)… Boleh speed 40km sejam je..naik kereta lembu lagi laju agaknya..

image_gallery
Gambar contoh

Selepas berhenti kerja polis hutan..Kami keluar dari berek polis dan barang2 rumah kami tumpangkan dirumah mertua. Hati sy keriangan dapat panggilan Felda kerana  sudah ada rumah sendiri dan masa depan semakin cerah rasanya selepas ini.. x lah terumbang ambing lagi.. (menumpang sana sini)..

Duit kat tangan cuma ada RM180.00 sj..!!! Sekali lagi sy kecut perut…Pandang kiri… Pandang kanan.. Pada siapa nak mengadu,  sebatang kara menongkah arah utk hidup… Usia mentah yg masih remaja pikul tanggungjawab yg berat lebih2 lagi bila tengok muka anak,  hati ni sering berkata apa sy nak bagi kehidupan utk anak2..Sering murung kesedihan layan emosi kebimbangan..  Yati tika itu baru mula laju berjalan dan keletah bercakap (dlm 1 tahun 3 bulan).. Dan Ani masih merah dipupuk tangan sy… Hati layu x bermaya..

Ya Allah macam mana sy nak mulakan hidup ditempat baru nanti semuanya serba x cukup… Nak meminjam kat mana /siapa nak bagi pinjam.. Sy terfikir ada sedikit barang kemas yg mak bagi masa lepas kawin (gadaikan)… Ohhh ya jual lah peti ais tu buat tambah2 keperluan pindah.. utk duit nak sewa lori.. Stok susu anak dan..Stok makanan…

Alhamdullilah ..idea sy menjadi, dapat lah sy duit nak uruskan kami hijrah ke Felda nanti … Sy jual peti ais pada ibu mertua dapat Rm 300.. Duit gadai emas Rm400.. Sy gembira sekali lagi. Sewa lori treler RM 200.. Sewa teksi RmM 120 (lebih kurang) Sy beli susu anak, ikan masin banyak sekali dan stok beras. .cukuplah dalam 3 bulan.. Sy isi banyak pokok2 pisang, kelapa dan bahan keperluan nak bercucuk tanam..

Sampailah harinya utk kami pindah.. Sy x pernah lupa saat tu dan ayat yg sy lafazkan ketika bersalaman dgn ibu mertua ..“Mak sy rasakan diri sy macam kucing.. Jika org suka sy, maka dibaginya makan dan dijagalah sy.. Jika x suka.. dibuang sy kedalam hutan..” (sy merasakan hinaan  menumpang hidup dgn org kaya)..

Bertolak pagi dan sampai kami ke distinasi Felda Kechau jam 4.00 ptg.. terus kami ke pejabat felda utk membuat undian rumah.. Jalan bertanah merah kerikil dan bukit bukau.. Kelilingnya hutan masih tebal… Dalam riang ada takutnya maklumlah bawa bayi baru lepas pantang.. Subhanallah  jauhnya sy akan tinggal / hutan masih tebal dan sikitnya peneroka disini hanya 80 buah rumah..

Tiba dipekarangan rumah kami.. Lokasinya dibawah bukit dan belukar tebal sekali disekeliling rumah felda.. Sy mengemaskan dalam rumah sambil mengendong anak kecil sementara Yati sibuk bermain2..

Teringat pesan nenek ” jangan bakar belacan waktu petang ia akan mengundang binatang buas.. Jam 6 masuk rumah jangan buka pintu..Duduk dalam rumah, makhluk halus banyak..Kalau ditegurnya anak kecil susah nak ubat “..

Malam pun tiba utk pertama kali dirumah baru.. Seram sekali keadaan ketika itu…Dengan pelita minyak tanah berkelang kelip, awal2 sy pasangkan.. (Air paip dan letrik xda).. Bekas suami mengangkat air dari sungai buat mandi dan masak.. Sy mulakan memasak utk makan malam.. Hanya ikan masin goreng dan bercicahkan air asam..

Sy memasang kelambu dan menidurkan anak kecil.. Bunyi burung hantu, burung tukang, cengkerik, kodok bentung berirama menghibur sepanjang malam. Rasa takut pada hantu dan binatang buas tetap ada..

Seronoknya hati sy ada rumah.. Tapi dalam hati berkata2 juga “Apa pun keadaan disini sy akan teruskan.. Syukurlah dari menumpang dirumah org.. Buruk baik susah senang dirumah sendiri..”..

SY LALUI SEMUA INI KERANA SY FIKIR HIDUP NI TIADA PILIHAN.. Sering bermain diminda sy “Kenapa & Mengapa” apa yg sy cari selama hidup sy sudah pun terjawab..

“Jangan biarkan hidup statik tanpa pilihan.. Hidup selalunya ada pilihan.. Bagaimana sy mengemudi utk cari pilihan..”

Kesimpulan dan 3 part stori Dugaan Ani yg sy sedar dan ambik iktibar:

Part 1 :

  • Hidup kena cari peluang walau dimana sj.. Semangat perlu utk membina jiwa utk majukan diri.
  • Jika kita malas utk hidup (Pasrah utk mati), maka jadi matilah dunia disekeliling kita..
  • Jika ingin hidup, maka hidupkan segalanya.. Fokus sepenuhnya demi utk manusia yg kita sayangi..

Part 2 :

  • Sy tidak mrnghargai kehadiran Ani dan takut dgn masa depan yg susah..
  • Sebenarnya salah sy kerana x merancang hidup dgn baik dan Ani jd mangsa sy ..
  • Layan emosi dan membodohkan diri sendiri kerana x suka  bekas suami
  • Tidak bertindak merubah kehidupan
  • Kesusahan menyedarkan sy utk berani
  • Tak takut dgn sebarang kemungkinan menjalani kehidupan yg lebih pahit .

Part 3:

  • Kasih dan kasihan melihat wajah anak adalah rahmat yg menyedarkan sy..
  • Sy x suka bekas suami x bermaksud sy x suka anak sy..
  • Sy jahil dan x mahu terus jahil ..Kena semangat dalam kehidupan..
  • Sy mencari semangat diri yg hilang..
  • Sy memujuk hati lebih kuat bukan meratapi nasib dn menyalahkan org lain jika mahu teruskan kehidupan..

Pembaca dan pengikut blog yg sgt sy hormati.. Setiap tulisan sy adalah benar dan sy juga menceritakan kelemahan/kekurangan sy semasa muda.. Sy kan manusia biasa.. Banyak khilaf dn kebodohan yg melalaikan sy.

Sy amat berharap agar anda x pandang buruk pada sy..!! Sy percaya tulisan sy yg telus mampu  menyampaikan mesej dgn baik.. Niat sy ialah membangun semangat org lain dari pengalaman hidup sy..!!

Seterusnya dari berbagai peristiwa wujud rasa kesedaran tu lah membuatkan sy bangun… Itulah niat sy berkongsi iaitu melihat pelajaran disebalik musibah yg mana Allah didik sy secara praktikal sejak kecil sehingga sy berusia 32 tahun..

Kini sy menikmati hidup sy diusia tua sgt baik .. Malah lebih baik dari jangkaan sy..!!  Sy boleh berfikir sgt istimewa dr org lain.. Ilmu itu sy bukan diambil di universiti. Tetapi dari ujian kehidupan yg serba sukar..!!

Kini sy benar2 malu dgn Allah atas dosa dan kelalaian sy yg lepas.. Sy mahu jadi mukminah yg Allah redhai. Dia bagi sy segalanya.. Dgn apa yg sy ada sy ni selayak  kerja tukang sapu je.. Rumah PPRT atau setinggan…. (sbb tu sy malu kalau sy ada rasa riak, ujub takbur )

Allah gantikan hidup sy sehingga punya kediaman yg sgt selesa.. (Nikmat dari musibah ada rahmah yg disembunyikan)… Tiada teman dan saudara dalam kesusahan hanya Allah sy mengadu, doa dengan bercakap sendirian.. Meskipun solat sy x sempurna.. Bacaan quran sy yg x betul. Sy yakin Allah mendengar dan terus membantu sy yg kekurangan utk terus Mengenal pencipta dan sy sebagai hambanya..SEBAB TU SY KATA KAT DIRI SENDIRI “SY DAN SENDAYU TINGGI ITU TANDA KEBESARAN ALLAH” yg paling nyata…!!

Banyak sekali pengalaman pahit. . Itu terlalu mahal utk dipelajari yg benar2 membuka mata hati sy.. Sakit sewaktu merasainya.. Tetapi cahaya disebalik musibah itu menanti sy dgn kelapangan yg penuh nikmat. (SYURGA ALLAH LEBIH NIKMAT MACAM MANA LAH KAN ??)

Esok sabtu ahad dan sy x up date blog.. Insyaallah isnin sy tulis lagi kisah lain perjalanan Dugaan Noor Aini yg lebih sengsara dan menduga kesabaran sy sebagai ibu dan isteri ..!!

14 Comments

  • fadilashuhimi

    Terbaik puan….saya harap agar saya mampu menjalani dan melawan perasaan sy yg sll bersangka buruk pada suami….sbb sy benci dgn org yg hipokrit dan mengambil kesempatan…harap sy tidak tergolong dalam jenis yg macam tu…aamiin ya rabbal al amin

    • jamuratu malaya

      Puan kena motivasikan diri sendiri..jika kita layan kebencian x kn menguntungkan kita..doa kan dia ..puan dpt pahala..hati tenang. .jgn fikirkan sikap suami..kita buat apa Allah suruh..dan kita fokus masa depan kita..ia akan buat kita bahagia. .jika fikir dia je mmg xkan bahagiandn x tenang hidup ni

      • Hani Haizan

        Saya menurut apa shja nsht puan sbb saya tau puan ikhlas dan tulus, biarpun pahit saya tetap telan..saya setuju, puan bercakap dan bagi seminar lebih baik dari seorg graduan university, puan ada aura dan mood yg boleh mengluarkan air mata saya..boleh menarik semangat saya, boleh menjadikan saya lupa masalah keluarga..sgt hebat….di kala sy kesempitan saya di jodohkan kembali dgn wanita ini..alhamdulillahh..saya tak jemu mendengar seminar puan..terima kasih sbb masih sudi menerima saya sebagai shbt..semoga pershbatan ni kekal hingga ke jannah..bukan kekayaan puan yg saya pandang, tp aura dan semangat tu yg buat saya gila nak tau..semoga puan bhgia disamping anak2 dan keluarga tersayang..saya syg kamuu..alfatehah buat arwah ani

        • jamuratu malaya

          Alhamdullilah. .wahai sahabat ku hanizan…Hidup satu journey..pengembaraan yg x bersempadan..Sebaik2 manusia ialah org yg memberikan menafaat kepads org lain..dalam ketulusan mmg ada sakit..Ramai org x boleh menerima fakta dan teguran..teguran dtg berbagai bentuk..musibah ..hinaan ..dan jgn lalai dgn pujian lebih2 lagi dgn keseronokan..

  • Norliah

    Hanya mampu tersenyum dlm tangisan..setiap coretan terasa kesanya pd saya..yg mampu saya katakan anda wanita hebat juga luarbiasa..dan saya percaya dengan semua dugaan yg telah anda laluai..anda layak di anugerahkan dgn apa yg telah anda miliki skg…Taniah&terima kasih Puan RozitaIbrahim..

  • mrsayien

    Assalammualaikum..
    Puan rozita.
    Sy kagum dgn jln cerita hdp puan
    Insyaallah sy akn baiki hidup sy..terasa diri ini bermotivasi.
    Sy akn tros mgkuti perkmbgan blog puan
    .sy jg pngguna setia sendayu tinggi.

    • jamuratu malaya

      Bagus puan..bagusnlah…sebb nak bangun dr rasa sakit .. (jiwa lemah) kena banyak kawan yg positif dan boleh buka minda kita..sy dulu xda kawan macam tu..sy fikir sorang2..pernah juga sy buat tindakan bodoh…next story sy citerkan

  • dewicinta

    saya setuju dengan puan kehidupan yng kita lalui/pengalaman adalah guru yang terbaik.bukan secara teori tetapi praktikal dalam menjalani hidup hari-hari..penulisan puan sangat jujur.setiapkali membaca saya dapat merasai emosinya…saya sendiri tidak mampu menghadapi kemelut kehidupan saya sendiri walaupun setiapkali membaca penulisan puan memberi semangat tapi saya masih kalah dengan musuh utama iaitu diri saya sendiri!! kalau boleh akan datang saya ingin tahu pengalaman puan dalam kemelut rumahtangga dalam perkahwinan yang lepas dan bagaimana untuk menanganinya.terima kasih.

    • jamuratu malaya

      Puan yg indah dgn kasih sayang dewi cinta..

      Sy x kuat ..sama sepeti wanita lain..lemah dlm ujian..cuma sy harus bijak menangani maslah bukan menangis melayani maslah..yg x tau bila tamatnya..masalah ni dia dtg dan pergi..bila dan bagaimana kita x tau..Maka kita jgn bunuh jiwa kita sbb org lain..

  • UstaZah Ain

    Ye saya juga sedang melalui ujian keseorangan menguruskan anak setelah 4 tahun suami kembali ke kerahmatullah,apatah lagi memikirkan perbelanjaan persekolahan tahun hadapan.. Yakin Allah swt akan membantu

  • anita

    assalamualaikum puan, sy terharu dan suspen bila baca kisah Aini.
    kagum dgn kecekalan puan..benar lah pengalaman adalah cikgu yg paling berharga..sy tunggu coretan puan esok.
    insyaallah.

Leave a Reply to UstaZah Ain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!