Jejak Bonda

Cerita dari pengalaman umrah…

Alhamdullilah setiap tahun saya diberi rezeki menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah. Pada hari ini 25hb Jun 2014 saya bermusafir untuk mengerjakan umrah lagi. Insyaallah saya menyambut puasa disana dan balik pada 7hb Julai 2014. Sebenarnya banyak pengalaman menarik kisah umrah  sejak saya ke sana yang boleh saya kongsikan. Tetapi saya tahu bukan semua orang suka membaca kisah tauladan terutamanya tentang agama. Maka saya membuat kesimpulan bersederhana dalam semua penulisan saya.

Sebelum saya meneruskan cerita saya pada hari ini saya  minta di maafkan segala kesalahan saya dalam penulisan terutamanya kata-kata yang kasar dan tidak elok melalui FB atau Blog yang menyakiti hati anda semua atau apa saja kelemahan saya dan  maaf kanlah saya.

Saya ada ramai kenalan dikalangan para ulama, pelajar dan orang Malaysia yang menjadi rakyat Saudi. Banyak tempat yang suami dan saya tahu, seperti sejarah, rumah dan kubur lama para isteri-isteri nabi, tempat Rasullulah SAW dimikrajkan yang disorokan oleh kerajaan Saudi ( dianggap kurafat ). Keindahan ilmu dan pengalaman menarik kami dapat explore dari bantuan kenalan disana.

Umrah sebenarnya adalah nazar yang wajib saya buat setiap tahun. Semasa susah saya pernah bernazar  “Jika aku diberikan dari mu  Ya Allah rezeki, setiap tahun akan aku mengerjakan umrah dan aku nak bawa orang kesana dengan rezeki yang aku dapat”. (Biasanya saya akan membawa bersama  staf yang bekerja lebih 3 tahun – orang miskin yang alim atau ulama dari kenalan saya).

Kisah yang  saya nak story kali ini berlaku 10 tahun lalu tentang seorang wanita yang kaya dan pemurah. Kisah benar ini sangat menyedarkan saya tentang sedekah dan keikhlasan. Ia untuk mengingatkan diri saya sendiri sebenarnya.  Wanita ini mati dan hidup semula..!! Dia berasal dari Thailand dan menghidap sakit kanser payudara tahap kritikal yang tidak boleh diselamatkan lagi.  Payudaranya telah dipotong sebelah dan kanser itu semakin merebak  . Hajatnya mahu mati di Mekah dan dia memaksa doktor memberikan jangkaan badannya mampu bertahan atau lebih tepat “anggaran bila dia akan mati“..

Dia bersiap-siap menempah untuk mengerja umrah untuk mati disana dan semasa disana dia beribadat sepanjang waktu dengan bersungguh2. Akhirnya dia mati di  Mekah dan urusan mayatnya dilakukan seperti jenazah wanita lain dan disolatkan dihadapan Kaabah. Semasa orang sedang solat jenazah kerandanya bergerak-gerak dan dia bangun semula. Dia bangun dengan badan yang sangat segar dan betul-betul sihat. Payudara yang dipotong akibat kanser telah  tumbuh seperti asal. HEBATKAN KUASA ALLAH..SEKEJAP SAHAJA JIKA DIA KEHENDAKI SESUATU..!!.

Dia menceritakan  perjalanan rohnya semasa kematiannya  yang  telah melihat azab kubur dan neraka. Dia sangat ketakutan yang tidak terperi azabnya. Tanpa henti dia berdoa “Ya Allah Ya Tuhan ku..perkenankan lah jika ada sedekah aku yang ikhlas yang engkau redha aku mohon kembalikan aku ke dunia semula kerana aku ingin bertaubat kepada mu Ya Allah.”.

Lalu seorang lelaki berbadan besar yang suaranya sangat garang berkata kepadanya “ AKU DATANG UNTUK MEMBERITAHU KEPADA ENGKAU BAHAWA ALLAH TELAH MENERIMA DOA KAMU KERANA SEDEKAH ADA KAMU YANG IKHLAS SEBANYAK RM1.00 (10 BATH mungkin).

Selepas itu dia disambut oleh beberapa orang wanita yang sangat cantik (mungkin bidadari atau dayang) masuk kedalam sebuah bilik. Bilik itu teramat harum dan tidak pernah dia melihat pemandangan dan bauan sewangi dan secantik begitu semasa didunia. Dayang tadi menyuruh wanita Thailand itu memasuki kolam khas. Lalu seorang wanita lain pula keluar dari bilik membawa gayung  dan kali ini wanitanya YANG TERLEBIH CANTIKNYA (kaku sampai tak boleh bercakap kerana terpegun cahaya wajah dan cantiknya) telah memandikannya sambil berselawat dan berzikir.

Sewaktu itu dia melihat payudaranya tumbuh semula. Selesai wanita Thai itu dimandikan oleh wanita bercahaya itu, dayang kembali menyambutnya barulah dia boleh bersuara dan bertanya kepada dayang siapakah wanita tadi. Itulah Saidatuna Khadijatal Kubra RhadiAllahuanha. Selepas diberikan peluang hidup semula oleh Allah SWT, wanita Thai tadi sentiasa beribadat didalam Masjidil Haram. Cukup sebulan dia hidup selepas itu dia  mati kembali.

Allah SWT memberikan pengajaran kepada kami yang hidup bahawa mendapatkan ikhlas itu amat susah. Dalam banyak menderma hanya RM 1 sahaja yang Allah lihat keikhlasannya. Allah memberi peluang kepada kami dan menghidupkan wanita Thailand itu semula agar menyampaikan kepada kami sebagai peringatan.

Nota :Saidatuna Khadijatal Kubra RhadiAllahuanha merupakan ibu dan wanita yang pertama masuk Islam. Kuburnya sentiasa berbau wangi begitu juga dengan pasirnya. Pasirnya boleh dijadikan ubat pada orang yang  menghidap sakit teruk. Sudah banyak orang yang sakit kaki tak boleh berjalan selepas disapu terus boleh berjalan atas izin Allah SWT. Hanya orang lelaki yang dibenarkan masuk. Ia dibuka semasa hari raya aidil fitri pada hari pertama hingga ketiga sahaja. Bagi wanita atau ziarah umrah kami hanya berdoa dari jauh. Alangkah bertuahnya kawan saya kerana rumahnya berdekatan dengan kubur beliau dan dapat mendekati kuburnya dengan lebih dekat. Subhanaallah…

 

6 Comments

  • ilasaleh

    insya allah ila nak pg umrah hujung tahun nie.. masih berusaha mengumpul duit utk baby.. nak pergi berdua dengan baby 🙂 doakan ye … bukan sejuta yg allah lihat tapi rm1 kan?

  • Franklyn

    I read a lot of interesting content here. Probably you spend a lot of time writing, i know how to save you a lot of work,
    there is an online tool that creates high quality, google
    friendly posts in seconds, just type in google – laranitas free content source

  • juanita

    Salam semua…subhanallah…cerita yg sgt membuatkan saya insaf sampai sy menitiskan airmata..sungguh untung hamba Allah ni diberi peluang meninggal di Makkah..dah dia diberi peluang mimpi Saidatuna Khadijah radiaAllahhuanha….

    Saya juga ada cerita yg menarik utk dikongsikan dgn semua sebagai pedoman dan etc.. ibu saya ada kawan perempuanyg 10 tahun lg tua umur nya..mungkin sekarang umur dia 70 tahun.. makcik ni tak pernah kahwin dan dulu dia kerja sebagai pegawai tinggi di kerajaan, mcm KSU la, bayangkan la tak pernah kahwin, rumah besar, kereta mewah sbb gaji banyak kan..bila dia bersara dia jual rumah nya and kereta nya and dia sedekah semua barang2 dlm rumah utk menubuhkan sekolah tahfiz anak yatim di Perak…dia pun menetap dia sekolah tu jugak la sbb dia dah xder rumah..sbb dia dah jualkan..

    Waktu dia mahu mengerjakan haji..dia cerita dekat emak saya full story experience ANEH tapi AMAZING subhanALLAH.. dia habis solat isya di masjidil haram dan dia tiba2 dia bau wangi sgttttttttttttttt harum mcm 10,000 perfume botol jatuh keliling dia, bau bunga kasturi… lepas tu ada perempuan sgtttttttttttttttttttt cantik jelma depan dia tapi pakai niqab semi transparent.. nampak samar2 la muka dia tapi x nampak sgt sbb terlalu bercahaya.. perempuan cantik tu senyum dan ketawa gembira dan dia melontar mcm hadiah kecil kpd kawan mak saya.. hadiah itu mcm batang kecil tapi disaluti oleh emas2 kecil and precious stones like rubies, emerald, sapphire…bila makcik ni baru nak sambut hadiah ni, perempuan cantik yg berniqab ni sudah hilang etc..subhanAllah..sungguh menakjubkan..inikah hadiah dari syurga? Yg penting makcik ni telah give up semua kekayaanya utk menubuh kan sekolah anak yatim tahfiz..inilah jihad nya di dunia dan waktu dia di Mekah Allah telah temukan dia dgn bidadari dari syurga…wallahualam… insyaAllah kita semua akan pelajari sesuatu yg positive dan manfaat utk menjadi mukmin yg dekat dgn Allah..Amiin

  • ummu aunillah

    Salam Puan,beruntung sungguh puan dapat menunaikan umrah setiap tahun,saya juga bercita cita ke sana tapi apakan daya kewangan menghalang,setiap hari berdoa dapat sampai ke tanah suci..harap dapat pergi masa terdekat ini,semasa badan masih sihat dan umur masih muda

Leave a Reply to ilasaleh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!