
Bercuti di Taiping…
Assallamualaikum semua pembaca yg dikasihi semua…

Kali ni sy bawa anak2 bercuti balik kampung suami di Kuala Ketil Kedah , 2 malam dirumah mertua dan baliknya kami stay 2 malam pula di Lake Town Resort kat Perak. Sy tempah awal dan mmg plan nak berjimat2… Sy pilih sewa apartment yg ada 2 bilik.. Sewa dlm RM380.. Sy banyakkan aktiviti berjalan dan makan dikawasan kampung2..
Seronok betul bersarapan, lunch dan dinner.. Sy meronda sampai ke dlm kawasan perkampungan… Syokkk sekali…!! Sy suka pemandangan dan merasai suasana kampung di Malaysia..
Sy kira kos perbelanjaan keseluruhan dgn minyak, makan, tengok orang hutan , masuk kawasan tema air utk anak dan ke Zoo Taiping dalam RM1800 saja..
Sebenarnya sy pernah ke Lake Town 4 tahun lepas dgn Yati dan family..Tp ke datangan kali ni sgt2 berbeza moodnya.. Myb anda yg duduk kl atau selatan tanah air yg baca blog sy ni boleh merancang percutian macam sy kali ni.. Sy dah biasa ke Indonesia dan Thailand.. Ronda 2 di kwsan kampung dinegara asing.. Sy rasa kali ni ada 1 kelainannya sbb negara kita..
Sy suka mendekatkan anak2 sy dgn alam semulajadi.. Sy nak anak2 melihat dunia lain selain hidup kami sebagai manusia dan paling penting sedar ttg kebesaran Allah..
Sy menaiki bot yg selesa jam 10.45am utk masuk melihat orang hutan.. Bayi org hutan dalam ankubator.. Dan tadika..ha ha ha.. Nama pun glamour org utan ni dan mereka tahu bila nama mereka dipanggil.. Karina.. Hang Tuah.. Carlos.. Macam2 info kehidupan ttg org utan.. Senang sekali sy mendengarnya..
Malamnya sy membawa anak ke Zoo Taiping.. Suasana hutan agak seram gak.. he he he.. Sempat sy merakamkan gambar kenangan sy dgn ira kawan baik sy dan ketawa melihat gelagat anak kecil sy si adik…
Sy cakap dgn dia sebelum tengok zoo , mari kita tengok adik buat show.. Awal2 dah macam monyet.. X banyak boleh dilihat pd waktu malam kerana ada binatang yg aktif pada waktu siang dan yg aktif pada waktu malam..
Malam ini sy bertuah kerana dapat melihat buaya tembaga yg paling besar wowww ngeri dekat betul dgn sy malam tu… 500kg..!! ..Ini ialah buaya Jejulong yg beratnya dlm 300kg.. Sangat menakutkan sgt besar sgt panjang … Pengalaman pertama kali sy melihat zoo waktu malam.. Best lain rasanya tengok zoo siang dgn malam..
Zoo Taiping lagi best.. Jom cuti2 Malaysia..


4 Comments
kakcik
Seronoknya dapat menyelusuri kehidupan dan suasana yang jarang dapat kita hayati…
Nor Asikin Daud
Puan seronok cuti ke taiping ye! Alhamdulillah! Taiping juga tempat saya, selain asal dari pahang, saya jg punya kluarga kat taiping. Taiping memang best!!
Ekyn Zainuddin
Mak ayah sy br pindah Taiping 3tahun lps..tp kalo org tanya apa yg best nya Taiping ssh jgk sy nak jwb.. blk pun 3 bulan sekali skrg dok Jeddah lg laa jrg blk.. rasa bsalah tu ada tp nak buat mcmane mungkin ni la Allah nk tunjuk dulu dok kl setakat Taiping tu 3jam je 2,3bln br nmpk muka skrg dah jauh br mgeluh…
jamuratu malaya
Taiping best…murah barang2 …