Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini : Part 12 : Nenek misteri mula curah ilmu…

Sambungan part 12,

Menjelang jam 6.00 petang.. Sy sudah boleh bergerak cergas.. Selesa dan badan ringan sekali.. Perlahan2 sy menguruskan kerja  dapur.. Apalagi memasak makanan lahh.. He he utk diri sendiri dan anak2… Pandai2lah sy nak  hidup… Xda org yg nak diharapkan.. Sy sgt menjaga pergerakan dan tidak meniup dapur kayu..Bagi sy berpantang satu perkara wajib utk sihat dan cantik sepanjang usia… Berpantang tu bagi sy “Spa  menyiksakan wanita utk cantik sepanjang usia”..

X da siapa yg menemani atau menjaga sy semasa berpantang.. Rasa hiba dalam hati tetap ada.. Jiwa sy macam wanita lain juga.. Nak hidup selesa dan cepat rasa sedih bila kenang nasib diri waktu tu…

Contoh talam yang digunakan..
Contoh talam yang digunakan..

Sunyi rasa hati ni.. Jauh dari perhatian keluarga.. xda kawan.. xda sedara mara.. Sedih bila pandang Ani.. Jatuh jugak air mata masa merenung bayi baru lahir yg sy letakan dalam talam (yg org buat hidang makan tu)  berlapik kain batik… Bayi pulak bedungnya kain buruk, lampinnya koyak2 (bekas ani) + kain buruk yg lusuh2 tapi lembut supaya kulit bayi x melecet..

Tahun 1987,  masa tu sudah modern.. Bertilam bagai warna warni.. Kain bedung warna putih… Dah nasibnya orang susah maka kemampuan terhad anak sy berkain buruk je buat balut anak.. Dalam hati berkata2 teringat bersalin siang tadi ..”Malunya lah kat Mak Cik jiran mesti dia kenal kain dia..Kononnya masa sy minta kain tu buat kain buruk utk lap kaki rupanya buat kain bedung anak.!! ..Malu…sungguh malu.. Sudah lah miskin beranak banyak pulak tu… Bodoh betul sy ni.. Jangan nak mengada2 nangis bersedih.. Kalau bentan lagi susah.. Kalau sy nangis atau rasa merana tak kan merubah  nasib sy pun.. xsape heran dan x da sape nak pandang sy pun..”.. Begitulah terapi minda menasihati diri sendiri sehingga jiwa ni jadi kebal..

Selesai masak sy menyusukan anak kecil sekejap sebelum sy mandi air herba. Selesai mandi dan siap berbengkung.. Sy menjamah makanan..  Kami makan malam tu berlaukan menu dlm pantang. . Nasi berlauk sup ikan masin dgn beberapa ulas bawang putih. Hidup orang susah ni makan apa pun sedap… Nasi panas2 bertanak dgn bara kayu.. Aroma kerak nasi pembuka selera.. Perkara berat rasa ringan, semua jadi boleh je..Tau je nak berdikari..Itulah nikmatnya..!!

Selesai makan , sy menyusukan anak lagi sebelum menghirup air herba suam bekalan bidan .. (pahit payau kelat)..Hangat rasa badan dan saya merasa darah nifas hangat keluar berketul2 tanpa rasa sakit amat selesa ….!!

Sy lebih senang jika mak dan keluarga sy x tau apa sy alami.. Sejak kelahirannya sehingga kini x siapa pun diantara keluarga sy tahu yg sy bersalinkan anak itu dirumah sendirian …Tanpa bidan..!! Xsiapa juga tahu konflik sy dlm perkahwinan. .Semua nampak baik2 sj.. Sikap sy yg suka menyorokan kesusahan dan menampakan semua yg sy lalui semua ok.. ok belaka..Walhal x ok pun..ha ha ha..!!

Malamnya sy tidur lena sekali tanpa rasa sakit rengat…!! Rengat lepas bersalin ni  sering dialami oleh wanita2 selepas bersalin (sy juga mengalaminya semasa bersalin Yati & Ani)  yg dipanggil darah meroyan atau contraction.. Sakit rengat ni adakala wanita boleh pengsan.. Ada ibu boleh terlepas bayi yg dipegang akibat menahan sakit.. Sakitnya lebih sakit dari bersalin tau..!!

Esok pagi2 sy bangun awal siapkan makan, mandi dan bersiap menunggu kedatangan bidan. Sy nak sgt tau apa yg Nenek bawakan semalam.. Herba2 semalam tu pelik2 belaka.. Nenek sy dikampung pun pandai buat herba tapi x macam tu rupanya.. Dan nape x dia semalam urut lepas bersalin.. Mushkil sekali sy teringin betul nak tau jawaban…

Jam 7.30am kedengaran suara nenek bagi salam diluar rumah.. Senyum keseronokan sekali lagi menyambut nenek datang hari ni… Sy jengah ke tingkap dn minta nenek naik.. Pintu x berkunci pun..
Nenek terus duduk disebelah sy dan merenung muka sy dan anak kecil sy yg sudah kemas selesai mandi serupa macam sy yg dh mandi..”Muka anak dah merah segar.. Ubat makan yer ..??  Sy jawab ringkas “Dah nenek.. Pahit payau kelat semua ada.. Malam tadi banyak darah ketul2.. Hangat tapi selesa sgt.. Sy ingin betul berlajar dgn nenek.. Nenek bawa ubat daun akar kayu apa semalam …???.. Nenek senyap je x menjawab dah.. Sy x berani cakap banyak dengan nenek sbb dia serius , sy cakap 100 patah dia akan jawab 10 ayat je.. Tapi hati tetap mahu bertanya lagi bila masa sesuai nanti.

Nenek ke dapur melihat rebusan herba minuman dan rebusan herba mandian.. Dia menambah lagi air.. Nenek mengambil minyak kelapa dan piring.. Dia mengeluarkan botol minyak dari poket bajunya dan mencampurkan sekali dgn minyak kelapa dlm piring.. Keruh pekat jadinya.. Sedapnya bau minyak tu.. Hati kecil sy berkata “Nenek nampak macam menakutkan,  tapi semua yg ada pada nenek bagus2 semuanya..Tapi misteri…Jangan menilai luaran nenek..ishh nenek ni misteri herbanya pun misteri..”.. (Masa sy menulis ni baru sy terfikir ntah2 nenek tu bukan manusia biasa)…

Nenek menyuruh sy meniarap dan dia mula mengurut bermula dari tapak kaki tangannya menjamah buah betis sy.. Dengan jelas bacaan qurannya.. Bila  Nenek bersuara (garau suara nenek)…”Anak.. Apa nenek cakap ni dengar dan ingat betul2.. Jangan mencelah masa nenek bercakap…”

Nenek menceritakan setiap urat yg dipegang pada badan sy dan apa tujuan setiap pegerakannya.. Yg paling utama ialah urat2 rahim dan pantang larangnya.. Kekuatan rahim kesihatan rahim wanita akan bertindak balas pada ibu jari kaki.. Jika rahim rosak ibu jari akan kehitaman dan berkedut.. Jika rahim sihat ibu jari akan terang kemerahan.. Kecantikan muka dan kesihatan wanita jelas dilihat pada mukanya.. Sy diam sediamnya asyik mendengar percakapan nenek.. Banyak betul nenek bercakap tanpa henti dgn perlahan2 supaya sy memahami bahasanya.. Macam cikgu mengajar muridnya.. Selesai mengurut nenek berpesan…

NENEK :  Anak, nenek akan datang sampai selesai tempoh mengurut.. Nenek akan bawa herba baru ganti ubat tu selepas 5 hari.. Nenek akan datang esok lagi..

Sy : Nenek semalam nenek x urut kenapa nek sy nak tau je..

NENEK : Semalam nenek mandikan dengan herba dan picit urat2 utama masa mandi.. Urat masih tegang sgt x boleh diurut .. Lepas mandi petang semalam urat badan anak makin lembut dan senang nenek nak betulkan..

Sy : Sy suka sgt belajar nak cantik dn ilmu2 herba.. Nenek ajar lagi sy lagi boleh x… (Mata nenek renung muka sy ..senyap dia sekejap )

NENEK : Esok nenekdatanglagi..Insyaallah..

Nenek datang dan pergi berjalan kaki ..X berkasut.. Banyak ilmu diajarkan sgt berharga … Rupanya segunung emas sy dapat dlm bentuk ilmu selesainya satu ujian..

Kesusahan mengajar sy mengenal jalan sebenar yg sy cari dlm hidup sy.. Sy kenal nikmat Allah dn asal usul sy… Mensyukuri walaupun perkara yg sedikit.. Pengalaman hidup sebagai org susah jadikan diri sy sgt menghargai masa dan kebaikan org lain pd sy ..

Lebih nikmat syukur bila Allah beri kelebihan.. Hargai manusia yg pernah berjasa dgn kita adalah ketenangan dan nikmat hidup yg sebenar2nya.. Meskipun org tu pernah maki dan hina kita.. Jika ia berupa teguran utk menyedarkan maka org itu juga berjasa pd kita.. Itu lah sebaik2 manusia yg x ternilai budinya.. Kerana bukan mudah nak menjadi manusia terbaik.. Perlukan bimbingan dan teguran dr org lain…

Jika dinilai pemberian duit .. Harta..Epok.. bodek sebagai tanda kebaikan semata2..!!..itu hanya penilaian manusia yg bodoh cetek pemikiran.. Bagi sy kebaikan tu datang dlm berbagai bentuk..

10 Comments

  • Jurina

    Puannn..saya baca bab 11 lagi saya dah terpikir nenek tu mcm bkn org biasa.. Saya ingatkan akal saya yg terpikir jauh sgt. X sangka plak baca bab 12, puan tulis mcm apa yg otak saya terpikir..
    Puan bertuah dpt jumpa nenek tu..

      • GokuSuperSaiya

        asallamuallaikum bonda, ada dua situasi , pertama nenek tu memang 100% jin jelma jadi manusia, yang kedua ni banyak berlaku nenek itu manusia cuma dalam tubuh badan dia ada jin yang pakar mengurut pakar membidan, kebanyakannya dari saka bukan menuntut.

        menurut ceramah sy dengar , dalam tubuh badan manusia boleh hidup sekampung jin , boleh hidup sebuah kerajaan jin daripada raja sampai tentera, gundik, rakyat jelata.jadi xpelik kalau seseorang ada kelebihan multitask boleh terlalu pandai mengurut, pandai membidan , memasak, segalanya pandai belaka tanpa pergi kelas atau ambil course berkaitan.

  • farrah yunie

    pn..sy nak tanya..mcm mn nk hilangkn rengat tu..sbb stiap kali bersalin dlm 2..3 hr bila mnyusukan anak..mesti skt rengat tu dtg..kdg2 sy tk thn smpai mkn panadol…ada org ckp bila kita mnyusukan anak dan rs rengat dkt prt..itu tndanya peranakan kita mula mngecut..btl ker? lg sbln sy nk bersalin..sy mcm tkt nk lalui rs rengat tu…insyaallah sy akan mkn set bersalin ST kali ni…

  • aiNi

    Puan nanti share byk2 ye petua dan penjagaan dalam pantang yang nenek tu berikan. Saya dulu berpantang sndiri main redah je tak tahu mana yg betul mana salah. Tukang urut pun tak byk mbantu. Semoga dpt saya jadikan panduan utk anak2 seterusnya. Terima kasih puan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!