Dugaan Nooraini

Air Mata & Semangat demi sebuah keluarga.. Dugaan Nooraini : Part 63

Lama sy memerhatikan org lalu lalang balik dari kerja.. Ada pasangan yg pulangnya sambil memegang anak2.. Ceria mereka bercerita dn memegang anak2nya.. Mungkin mereka mengambil anak2 dri rumah pengasuh.. Ada yg sebaya anak2 sy..

Hari semakin gelap dn hati teringat anak2 di kampung.. Kesiannya mereka dan hati hiba x dpat ditahan2 kerana merasakan kami x sempurna seperti keluarga mereka dn sy pula merantau begini.

Apa daya melainkan usaha sy kemari utk merubah nasib keluarga kami.. Niat baik disalah ertikan. Xda wanita nak memalukan diri bersusah begini.. Semua manusia kalau kawin nak sempurna perkahwinan dn keluarga mereka..

Ada rumah makan pakai yg cukup.. Maruah tu jangan dicalarkan, malu sgt jika dipandang dek org hidup bertaburan macam ni..

Org x tau kesukaran di dalam dn isinya perkahwinan kami. Kalau difikirkan malu mmg semua xkan ada kesudahan dn x boleh nak gerak.

Setelah memikirkan sekian lama ini jer jalan terbaik sy kena buat.. M Cik menegur sy yg sedang mengelamun “kejap lagi balik lah anak2 Angah.. Lambat ni msti OT lah tu.. Kamu tidur atas malam ni Ta dgn anak Angah yg perempuan tu”..

Sy mengesat air mata dengan mengalih muka ke tempat lain lalu pura2 senyum.. Ishh malu sgt kalau Angah nampak menangis, kalau diketawakan lebih parah aibnya..

“Iyer ngah.. mgg sy tunggu ni.. x sabar nak bertanyakan pd anak Angah tu bagaimana cara2 nak minta kerja”.. Sy menjawab bersahaja menyorok rasa sedih tadi..

“Alah Ta gaji kerja kilang kecik.. Kalau hidup kat sini kerja sorang mmg cukup makan pakai boleh lah.. Nak senang lenang tu xda lah kalau berkeluarga.. Lagi2 rumah sewa kan mahal..”.. Angah memberi fakta yg sy rasa takut sekali mendengarnya..

Ke mana lagi sy nak pergi berkais nak hidup kalau hati x kuat menghadapi ujian.. Tahan jer lah wahai hati.. Beberapa perkara lain yg sy perlu sediakan mental menghadapinya.. Yg paling sy takut ialah “x dapat kerja”..

Selesai solat maghrib sy bantu M Cik menyiapkan makan malam. X banyak sy bercakap lebih berfikir jer saat tu.. Mata sy melirik sentiasa memerhatikan gerak geri M Cik “suka ke tidak ke sy ni”

Kehadiran sy org miskin bukan org kenamaan.. Maklumlah sy ni macam parasit itu je perasaan diri.. Angah selamba x banyak cakap. Sy senyap x berbual bicara..

X lama anak2 Angah tu semua balik dri kerja dn terkejut melihat sy ada di rumahnya.. Masing 2 menyapa manis kedatangan sy.. Melihat wajah sepupu sy jd girang bersemangat..

Segak dan cantik2 anak2 M Cik sy ni kerana M Cik sy ni mmg cantik sgt orgnya. Wajar pun anak2nya cantik dn hensem belaka.. Kami makan bersama sambil bertanya khabar masing2..

Rasa rendah diri tetap x mahu hilang.. Malu teramat sangat masa bercakap dgn sepupu. Diri datang merempat menumpang rumah mereka sedangkan anak2 sy ditinggalkan di kampung.. “Mak jenis apa sy ni”.. Itu sebenarnya yg sangat sy malukan bukan sy malu diri ni miskin..!!

Kalau sy x berkawin atau x punya anak pasti  sy x rasa seaib macam ni.. Sy takut fitnah sbb sukar nak bagi org faham kedudukan dn cita2 sy.. Sy tetap memulakan perbualan dgn sepupu sy.. (Noni nama samaran sepupu sy)

Sy      : Noni kerja kat mana..??
Noni : Kilang National kak..
Sy      : Ohh Kilang tu mahal gajinya akak dengar..
Noni : Haah kak, antara kilang yg paling susah nak minta kerja..!! Susah nak dapat kak.. Minima SPM dan nak kena org dalam rekemen baru boleh dapat..

Sy     : Dulu Anuar (adik lelaki sy) pernah kerja kilang tu.. Mmg banyak gaji dia sampai dia x nak masuk UiTM kat Perlis. Kamu senang Noni duduk dgn keluarga dan rumah xsewa. Mesti banyak simpan duit.. (melihat gaya Noni nampak sgt bergaya dn comel sekali)..
Noni : Biasa jer kak.
Sy      : Kak nak cari kerja Noni ada dengar x kerja kilang yg sesuai dgn Akak.. Maklumlah Kak ni xda sijil apa2.
Noni : Kalau kilang National, Motorolla susah kak semua nak SPM.. Kalau kilang lain Noni x tau lah Kak.. (sedih sbb SRP pun xda macam mana nak kerja)

Sy     : Kilang yg banyak kat mana Noni..
Noni : Kak masuk kawasan Sg Way tu semua kilang.. macam2 kilang ada kak.. Kerja banyak kak tp kalau nak gaji mahal mmg x dapat. Kerja lama atau ada kelulusan lah kak baru dpt gaji banyak..
Sy     : Berat ke kerja kilang tempat Noni kerja tu,  macam mana waktu bekerjanya..
Noni : National berat kak sbb tu ramai lelaki.. Bahagian perempuan  x ramai.. X tau lah department lain kak.. Motorolla lebih kepada chip barangan letrik.. Waktu kerja kilang biasanya shift.. Yg x shift tu org kerja ofc jer..

Senyap sebentar sy sambil memikirkan selepas bersembang dgn Noni.. Sy berkemas sementara Noni meninggalkan sy kerana kena tidur awal esok nak bangun pagi kerja.. Apa jd sekali pun sy kena mencuba cari kerja sendiri.. x perlulah bantuan sesiapa. Kedatangan di sini sudah diniatkan kena dapat kerja..

Buang rasa takut dan malu, masa semua berharga utk cepat sy berkumpul hidup semula dgn anak2.. Sy naik ke bilik tp x boleh melelapkan mata, ntah jam berapa sy tidur meskipun badan letih tp kerisauan melebihi segalanya.. Hati ibu ..!! Yg ditinggal di Felda difikirkan, sedangkan badan sendiri x tau arahnya lagi.. Cuak hati berkata2 “jangan dikejar x dapat. Yg dibawa berciciran”..

One Comment

  • puan zhy

    setelah menatapi tulisan puan. dari dulu hingga kini.. saya macam tak percaya dengan kelulusan akademik puan. Syabas puan kerana rajin belajar untuk mencapai tahap kini. terus menulis saya suka baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!