Dugaan Nooraini

Dapat kerja kilang gaji dapat RM350.. Dugaan Nooraini : Part 64

Sy bangun awal niat nak bantu M Cik masak apa yg patut utk sarapan pagi, rupanya M Cik x masak sarapan pun utk ank2nya kerana mereka keluar seawal pagi ketempat kerja..

Selesai masak dn berkemas sy pula minta izin keluar untuk mencari kerja. “Angah sy minta izin keluar nak mencari kerja di Sg Way.. Doakan Ngah yer mudahan ada peluang kerja kilang utk sy.. Sy kalau dapat kerja hari ni, esok lusa sy nak balik dulu ke rumah nak tengok anak2″…

Panjang lebar sy minta izin.. Yer lah berbudi bahasa peradaban kita org melayu meskipun “derita hati” sopan tu wajib dimulut.. Sy mendapatkan teksi dgn muka selamba sekali hari ni sbb dh faham rasanya nak bawa mood dn gaya org KL.. (kononnya lah tu ha ha)..

“Pak Cik bawa sy ke Sg way..” Serius bunyinya sy bersuara tanpa bagi detail alamat yg nak dituju.. X lama driver bersuara.. “Sg Way tu luas tempatnya, ada alamat..??..”

Ha kan driver dah menyoal, apalah sy ni kalut betul.. “Ohh maaf Cik sy sebenarnya nak Acik bawa sy ronda2 dikawasan kilang di Sg Way tu, sy baru nak cari2 kerja lah Cik.. Acik kena tunggu sy sepanjang kat sana nanti”.. Tersenyum sy seraya menerangkan hajat ..

Sepanjang perjalanan driver senyap agaknya khayal mendengar lagu2 berkumandang di radio.. X jauh sebenarnya rumah M Cik dgn kawasan Sg Way. Driver teksi membawa sy berlegar2 di kawasan Sg Way sementara sy melihat2 banner yg bergantungan..

Terpegun membaca rupanya banyak juga jawatan kosong sehingga bergantungan banyak banner yg menawarkan peluang pekerjaan.. Melihat gaji yg dtawarkan, kelayakan yg diperlukan..

Mata terpandang pd 1 banner sikitnya gaji mmg mati x makan nampaknya… RM350.!! Itu selayaknya sebagai operater kilang yg utk sy yg xda SPM.. Kelam kelibu rasa hati bercampur sayu ..

Bila hati x keruan rasa terkucil dn seram sejuk badan.. Ni lah kalau x berharta, x berpelajaran ke mana jer rasa sempit hidup.. xda bekalan.!! Sgt bercelaru perasaan ni bermain2 “Boleh ke sy bawa anak2 duduk KL dgn gaji macam ni..” ..

Di Felda pendapatan sy RM800 sehari paling kurang.. Sini sebulan RM350.. Azabbbbb..!!

Nak atau x nak sy dah pun melangkah kemari, sakit atau suka kena buat dn terus mencuba.. Di Felda mmg xda masa depan.. Sy kena cekal bina cita2 sy bukan berpatah balik.. Sekali sy melangkah sy xkan undur.

Terpandang sy Quality Tecnology (sy x pasti kilang tu wujud lg dgn nama tu atau x) Sy menyuruh driver berhentikan sy di sini dan itulah kilang pertama sy berkerja di KL.. (cari gambar kilang ni).. Tahun 1988..

“P Cik berhentikan sy kat sini, nak cuba cari kat sini lah P Cik, Pak Cik tunggu sy ya”… Dengan kaki lemah gagahkan semangat sedaya upaya sy mengawal semangat supaya lidah lancar bercakap nanti. “Ingat wahai diri datang sini mesti dapat kerja ..

Bukan nak layan rasa takut atau malu.. Dah miskin buat cara miskin. Kena buat dgn berani. Tahankan jer apa yg datang. Ni semua utk masa depan anak2. Kalau sy sorang x susah. Ni 5 mulut nak disuap”.. Sendiri pujuk hati memberikan semangat..!!..

Melangkah masuk ke dalam kawasan penyambut tetamu sy menyatakan hajat nak minta kerja sebagai pekerja kilang..Sy diberikan borang temuduga.. Masa sy mengisi borang tu sy menyorokan identiti sebenar supaya sy dapat kerja “Bab sijil sy kosong kan & status berkahwin sy x isi..”..

Kononnya sy masih single supaya mudah diterima bekerja.. Sy beranggapan jika sy menyatakan sy berkahwin kilang xkan terima..Org dah kahwin dn ada anak selalunya x boleh bagi komitmen kalau bekerja kerana banyak masalah peribadi, dah lah x berkelulusan.
Sy buat begitu sbb sy perlukan kerja dn sy malu sbb muda sgt xkan ada anak 3 pasti mereka terkejut dn anggap yg buruk pulak.. Itulah pengalaman pertama di interview org.

Sy dipanggil dn berhadapan & pegawai HR wanita Cina.!!… hahhhhh sekarang sy sedang merasakan 1 perasaan lain.. Itulah cabaran melalui fasa perubahan pengalaman hidup. Mencari rezeki dalam hutan belantara dengan mencari rezeki dicelah2 manusia berpendidikan tinggi di hutan batu Kuala Lumpur..!!

Jika di Felda sebelum ni sy dihormati oleh semua Indon, Burma, Patani kerana sy peniaga dn org Malaysia yg mereka boleh harapkan.. Pekerja asing meletakan sy org diatas dn dihormati sekali..

Disinilah sy merasakan apa perasaan mereka terhadap sy, rendah diri atau malu bila berhadapan dgn org lebih tinggi atau lebih kaya statusnya. Begini rupanya perasaan berurusan dengan org yg berstatus.

Berdetik hati kecil sy berkata2 sambil muhasabah diri “Patutlah manusia kejar pangkat dn harta supaya mengharap sanjungan dunia. Senang hidup dn dipandang mulia.. Kalau miskin dn bodoh x sekolah ni hina sgt dipandang dek org”..

Nama sy dipanggil masuk dn kelihatan wanita muda bangsa cina sedang duduk dn sopan manis sekali mempersilakan sy duduk utk interview sy masa tu..

HR : Awak ada pernah kerja kilang..?
Sy   : X pernah..
HR : Xda masalah kesihatan yer..? Apa kelulusan awak.. Aikkk kenapa x bawa sijil hanya ic saja awak bawa (soalan yg paling sy takut ni.. sy x suka dn x tau nak jawab apa)..
Sy   : Sy sihat xda masalah kesihatan. Maaf Cik sy x bawa sijil. Mulanya sy jalan2 rumah saudara di sini dan hari ni cuba2 cari kerja.. (Dalam hati berkata2, kalau dia nak sijil mati la sy, nak menipu ke demi gaji RM350 ni..?? )..

HR : Awak bila boleh mula kerja..??
Sy   : Minggu depan boleh ke cik..?? Sy nak balik kampung dulu bagi tau keluarga sy yg sy dapat kerja..
HR : Boleh.. U masuk kerja jam 8am, sini ada 2 shift, malam dn pagi (Dia menerangkan detail pakaian, EPF dn sebagainya..)
Sy   : Sy x da sijil boleh kerja ke cik.. Betul ke cik terima sy ni..?.. (Macam x percaya jer.. sbb tu ulang tanya tanya lagi)..
HR : Ya sy ambik awak sbb awak boleh menulis dn membaca dgn baik..

Senyum puas kerana x susah pun rupanya nak minta kerja tanpa kelulusan pun boleh dapat kerja.. Gajinya sgt sedikit sebulan RM350.. Sure x cukup makan. Hati sangsi dgn gaji yg sy akan dpt… Sedangkan di Felda pendapatan sy RM 800 KE 4000 sehari.. Sudah pasti habis simpanan sy ni jika gaji macam ni..

Sy melangkah keluar dgn rasa ragu2 dgn keputusan yg sy buat.. Nak kerja atau terus kan duduk di Felda.. Adakah betul keputusan sy ni hanya dek kerana malu dn x tahan dgn sikap prejudis masyarakat di felda… Sy ketakutan sendiri di KL sy sewa rumah.. Di Felda dh ada rumah dn tanah bercucuk tanam..

Adakah bodoh sy akan tinggalkan tempat tu dn menerima gaji terlalu sedikit hanya dengan gaji RM350.. Anak di sana sy di sini. “Apa sy Ibu x bertanggungjawab atau apa sebenarnya niat lain dlm hati ni.. nafsu, emosi atau cita2..”.. Sy masuk ke dalam teksi sambil memujuk hati sendiri..

Ni hanya permulaan susah dlm setahun ke 3 tahun jer, lepas tu sy akan cari ikhtiar lain semoga ada jalan lebih baik sy akan dpt sbb sy rajin dn kuat kerja.. Azam sy usia muda yg xkan sy persia2kan dgn berseronok2.. Sy hanya mahu kerja yg lebih mudah x guna tenaga berat, sy nak menabung utk keluarga sy dn simpan sikit utk usia tua nanti. Sy pindah Felda nekad dn kemari juga sy nekad. Sy masih muda dn banyak masa nak berusaha.. Di KL ada lubuk rezeki dibandingkan duduk Felda yg suram tanpa banyak pilihan kerja..

Penutup cerita:
Andai kata diberi pilihan dlm kehidupan ni mmg xda manusia nak hidup susah. Ramai org termasuklah dengan diri sy ni sering “gelisah kerana mengharapkan yg baru yg lebih baik sedangkan kita selalu lupa kekayaan nikmat yg sedia ada..”..

Sesungguhnya menjadi org miskin masih ada nikmat didalamnya terlepas dri penyakit jiwa iaitu kesombongan & takut kehilangan darjatnya. Malahan ramai musuh dn hidup dalam ketakutan.. Bukankah ia tekanan yg selalu menimpa org kaya…!!..

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!