
Koleksi hantaran masih di simpan..
Semua orang ada cara menyimpan kenangan. Paling terbaik ialah menyimpan gambar atau cendera hati. Ini antara kenangan yang menarik bagi saya dan suami kerana hari-2 boleh tengok set hantaran dari pihak suami kepada saya. Ia merupakan koleksi kenangan yang saya abadikan. Semasa kami merancang untuk berkahwin semua set hantaran dibuat oleh perunding perkahwinan.
Mulanya sekadar menyewa dan semasa membuat persiapan hari nikah saya begitu teruja melihat bekas hantaran itu .Saya ingin memilikinya sebagai perhiasan rumah dan kenangan untuk kami.Itu permintaan saya kepada suami dan saya dah bersiap sedia lepas kahwin nanti belum tentu dan tak berharap pun suami nak bagi lagi atau dapat hadiah macam ni, ha ha ha. ..!! Kini kesemua bekas hantaran masih elok tersimpan dalam almari.

