Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini : Part 2 : Ani Lahir Sangat Ganjil Bersama Dugaan Yg Berat..

Sambungan part 2..

Selepas itu bekas suami mengheret vespa ketepi dan membetulkan handle yg senget.. Nasib kami baik vespa cabuk tu x rosak teruk dan masih boleh dinaiki perlahan2.. Sedikit pun hati x rasa sedih atau takut dengan keadaan diri sy yg sedang mengandung.. Sy berjalan ke arah moto dan meriba Yati dalam kaki kesakitan… Hati kering sy ni tetap tenang sj mungkin kerana Yati x cedera.. Tapi dalam hati berkata2.. “ini ke yg dikatakan bahagia dan wajib perempuan  kena berkawin..x seronok langsung..” Bayangkan remaja wanita18 tahun..Kalau zaman sekarang tengah  menggelinjang..!! …Jiwa sy masa tu kacau x tau arah mana nak dituju..Hati mendam rasa memberontak marah dgn nasib diri (tunggu masa sesuai nak meletop)..

Kami sudah melalui Pasir Besar, lagi 18 batu sampai lah ke rumah Mak..Perjalanan dari jam 5.30 am dari Sabak Bernam, hati tetap berharap jgn lah sampai mangrib sebab kawasan jalan tu kiri kanan hutan belantara.. Keras sekali tempat tu sebab tu namanya “PALONG sempena nama POLONG KERANA SERING ORG JUMPA HANTU POLONG di situ“..X berkepala..Pontianak dan hantu jepun..

Bekalan makanan kami habis.. Sy rasa haus..lapar..sakit..penat..sakit pinggang..kaki semua ada.. Sy tahankan kerana nak sampai ke rumah mak sebelum maghrib.. Nasib baik Yati x meragam.. Air mata yg ditahan tetiba berlinangan juga akhirnya bila vespa kami sudah melalui kawasan gelap ladang getah dan hutan dikeliling kiri kanan jalan..

Sayu melihat matahari merah terbenam.. Hati x boleh di tipu.. Sebab nak sambut anak ke2 ni.. Terpaksa menumpang dirumah Mak, sedang kan Mak pun bukan berduit..!! Sy menangis sbb risau sangat bekalan susu dutch lady Yati yg ada pun tinggal 1/2 tin je.. (malunya lah nak minta mak duit beli susu anak nanti).. Sebelum ni susu anak kalau xda,  Suami akan minta duit dgn mak nya.. Sy pula masa tu x pandai buat kerja nak cari duit.. Semua bergantung apa yg bekas suami bagi..

Jam 6.30 ptg kami selamat sampai dirumah Mak.. Sy pun naik dan menguruskan apa yg patut.. Masa makan bekas suami menyampaikan hajatnya minta Arwah Abah mencarikan kerja di kilang getah ditempat abah berkerja.. Kilang getah.. Simpan getah lantun yg busuk (macam bau taik orang busuknya)..dipunggah masuk kedalam lori..Tu la kerjanya..

Alhamdullilah selepas 3 hari dirumah Mak, bekas suami dapat kerja dgn abah dikilang getah.. Mmg sedih berkahwin jika tidak ada rumah sendiri.. Malu menumpang dan menyusahkan orang tua.. (Kecik dia jaga kita.. dah besar dia jaga kita lagi ..ada tambahan extra anak dn suami sekali).. Adoi oiiii malu.. Mak belikan susu anak dan bagi bekas suami minyak moto.. ( bekas suami bayar balik masa dapat gaji).. Adik2 masih kecil lagi dan keluarga sy org susah juga.. Rupanya Mak juga terpaksa berhutang dikedai nak menampung makan .. Lebih sedih Mak bergadai juga menyara makan kami sekeluargaโ€ฆ

Selepas jatuh di Bukit Putus Alhamdullilah kandungan sy selamat dan menganjak bulan demi bulan kandungan makin sarat… Sy x berminat langsung nak tahu bila nak bersalin malah x jaga langsung keadaan kesihatan sy atau anak yg sy kandung.. Lebih menyedihkan sy x bersedia apa pun barang2 keperluan bayi kerana sy x da duit.. Hajat awal hanya nak pakai barang2 Yati yg ada je lah.. Minggu tu Mak kata pada bekas suami “Belilah sikit x elok sambut org baru x beli apa2 langsung kesian dia..Baru nak tengok dunia biarlah sambut dgn baju baru.” Suami sy mengajak sy keluar ke pasar malam di Pasir Besar utk beli sikit barang2 keperluan baju bayi.. Jam 3 petang kami keluar dari rumah dan Mak berpesan “Jangan balik maghrib.. sgt bahaya tempat tu, kamu tu manis dalam keadaan mengandung“..Sy iye kan dan faham apa maksud Mak..

images

Selesai membeli barang kami pun balik.. Separuh jalan vespa pulak rosak.. (Dekat hutan vespa meragam macam x da tempat lain nak meragam vespa tu)… Sy risau sekali kerana masih jauh kerana nak elakkan senja.. Bekas suami agak pandai membetulkannya.. Alhamdullilah.. Hidup kembali vespa buruk tu..

Kami meneruskan perjalanan..SENJA PUN BERLABUH DAN KAMI MELALUI TEMPAT KERAS yg sy takut tu ..(kawasan hutan).. Suram2 cahaya moto hanya cahaya bintang yg menemani kami.. Sy dan bekas suami bukan pandai dan hafal ayat quran… Sy harap jgn lah jumpa polong..”Ya Allah kesianlah kat sy dan anak ni, bantu sy Ya Allah”..

Dalam kerisauan tu sy melihat ada cahaya merah yg sgt besar dari atas langit menuju kepada kami.. Sgt deras dan jatuh dekat dgn vespa.. Sy yg bodoh waktu tu menyangka itu ialah tahi bintang dan  menegur..”Apa tu yer”…bekas suami kata “Senyap dan zikir”..Oppsss sy faham dan x menoleh kiri kanan lagi.. Sy merasakan moto berat seperti ada org menarik dr belakang.. Sy hanya berzikir dengan kuat.. Sampailah disepanjang jalan pulang..

Sampai dirumah sy mengigil x boleh bercakap.. Sejuk dan ketakutan.. Kandungan sy kurang bergerak.. Mungkin dia takut juga macam sy… Esoknya bekas suami bercerita kepada arwah abah.. “Abah kata tulah hantu penangal”..Dan pagi2 abah buatkan air yasin pulihkan semangat sy.. Lepas tu badan sy segar sedikit..

Petang harinya bekas suami sy mengajak sy mencari lauk di kedai runcit..Tiba di depan kedai vespa termasuk dlm lopak yg disangka tanah rata.. Sekali lagi sy jatuh dari moto dalam keadaan sarat.. Sy x cedera cuma terhentak didalam lopak.. Seperti biasa lah hati kering sy x sedih langsung jatuh moto.. Cuma hati berkata “apa dugaan mengandung kali ni..Bertimpa2 ujian yg pelik“…Sy pun balik ke rumah tanpa memberitahu kepada Mak sy yg sy baru jatuh moto utk kali ke-2..

Menjelang tengah malam sy sakit perut.. Sy takut sekali lagi.. Jangan lah sakit bersalin… Kalau sakit bersalin kena lalu tempat seram tu lagi lh nampaknya.. Sy pulak x tahu berapa usia kandungan sy ketika itu dan sy x pasti ia sakit bersalin atau gastrik..

Alhamdullilah sakit perut tu masih bertahan sampai ke pagi hari.. .Bangun je pagi2 sy beritahu mak yg sy sakit.. Mak suruh sy ke hospital tampin mana tau nak bersalin. Hospital jauh dan kenderaan susah nak dapat.. Sy akur kehendak Mak sbb sy takut bersalin malam …

Haa sy nak bagi petua dari pesanan Abah.. “masa mengandung jangan makan jantung pisang dan minum kopi.”.Sy makan juga sbb x percaya apa abah cakap dan bila bersalin Ani lahir berkulit gelap..!!..

Esok sy tulis lagi… : Dugaan Noor Aini : Part 3 : Ani lahir sebesar botol kicap..Masih banyak lagi kisah tauladan menarik kisah benar perjalanan hidup sy..

6 Comments

  • Eya

    As salam Kak Rozita, nnt balik kg singgah pasir besar ya..calling2 la kita ni, boleh jumpa and sembang2. hari tu tak puas bercerita masa jupa kat PHB.

    Anyway, thank you for sharing those stories. Setiap yg berlaku pada alam dan org sekeliling adalah satu bentuk ilmu untuk kita ambil teladan. Semoga diberi kekuatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

  • anita

    assalamualaikum pn, sy suka bc blog nie, mcm2 kisah puan yg buat sy terharu, bersemangat dan gembira. terima kasih krn berkongsi cerita. sy tggu cerita arwah Ani. Al-Fatihah utk Ani.

  • Ella

    Baca kisah bonda byk memberi inspirasi kpd golongan muda terutama sekali kaum wanita utk lebih berdikari dlm memajukan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan org lain.. terima kasih atas perkongsian kisah hidup bonda masa muda2 ๐Ÿ˜Šโ˜บ dan baru tau asal nama palong rupenya diambil sebab byk polong pd mase tu.. skrg ni masih byk polong lagi ke x yer.. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‰

Leave a Reply to kakcik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!