Bicara Bonda

Botox & Filler…

BOTOX

BOTOX ATAU FILLER teknologi “kasi cantik dan kesannya pada si pemakai. Hari ni saya nak cerita pengalaman yang saya kutip dari kawan2.. Saya nak ambik gambar mereka tak nak kasi.. Mereka semua menyesal kesannya sangat hodoh lepas 5 tahun terutama semakin berusia…

Botox ni mudah nak dapat dan ada banyak gred. Orang biasa2 je tanpa tauliah boleh tolong buat. Mereka datang kat rumah dan kebanyakan pelanggan nak budget rendah sebab tu pilih jalan ni dan terpengaruh dengan cara promosi.. (Botox disimpan dalam peti sejuk).. Golongan khunsa banyak buat juga botox2 ni.. Kesan cantik pakai botox seperti dibawah :

  1. Orang yang pakai botox macam lahir 1 mak 1 bapak (Macam sama je muka mereka).
  2. Muka mereka seperti disengat tebuan / membenjol sedikit dibahagian cucuk.
  3. Botox akan merubah banyak bentuk muka.
  4. Contohnya bibir jadi tebal mungil. Boleh terbelah dua.
  5. Nak buat buah pipi
  6. Panjangkan dagu atau nak buat dagu terbelah.
  7. Hidung mancung dan membentuk kebawah .

Jom kita tengok apa bahan botox pula :

Botox atau Botulinum Toxin Gred A merupakan toksin (racun) dari bacteria Clostridium  Botulinum. Mulanya, botox digunakan untuk tujuan medik, seperti memperbaiki kelainan fungsi otot.. Dia juga memati saraf ..!! sebab tu muka kejur kaku.. Botox dulu dipakai oleh para doctor dan pakar saraf untuk membantu menyeimbangi wajah pesakit akibat kecelakaan atau sebagainya supaya kelihatan seimbang kembali.

Untuk gangguan saraf dan stroke – membantu pesakit lumpuh akibat luka otak, skelorosis, sakit tulang belakang. (botox menghalang signal saraf yang dihantar ke otak untuk otot berinteraksi)

Perhatian : Selepas 3 tahun keatas akibat botox atau filler

Harga suntikan tak sama..kalau cap ayam RM 200 je..Kalau yg pro buat sekali cucuk sampai 5 ribu bergantung pada muka banyak atau tak yang nak dibuat..Kalau orang berusia 50 tahun kedut banyak sampai RM 30ribu sekali buat Full semua cucuk.. Senyum dan dahi tak berkedut langsung ..Kejaur muka susah nak bercakap . Jadi kaku..Kedutan akan keluar semula selepas 8 ke 12 bulan saja..!!..

Jika muka  semua bersuntik full akan jadi macam ahli sihir yang menakutkan semua terlondeh . Botox atau filler membuatkan part tu jadi semakin berat sehingga menyebabkan terlondeh . Contohnya – kalau suntik pipi pipi akan londeh ..kalau dagu pula akan makin memanjang..Sebab tu ramai yang buang secara pembedahan.. Ok baca sampai habis ya ..Scrolllll….

FILLER ?

USA prosedur asthetic yang terbanyak selain daripada Botox ialah filler. Tujuan filler membesarkan payudara, punggung , membentuk batang hidung dan bibir, hilangkan kedut wajah ia terbahagi kepada 2 :

  • Kekal seperti collagen atau silicone
  • Tidak kekal seperti AHA dan calcium base dermal filler, Juverderm , Radiessedan Restylane . ( Filler tidak kekal akan bertahan selama 6 bulan ke 18 bulan maksima)

Perhatian : Mereka pandai promote..”ini kolagen lah bukan botox.. Tak bahaya kita mmg perlukan kolagen.. Ini direct mempertahan muka supa muka lambat tua“..

Sama juga suntikan vitamin c.. Jangan percaya boleh putih..!!..

Bahaya BOTOX & FILLER

  • Kesan Dermal Filler hyaluronic acid (kolagen protein) &

botox ( Botulinum toxin) : –

  • Kerosakan urat saraf yang serius / mematikan saraf
  • Melemahkan saraf otot yang disuntik
  • Menyebabkan stroke – gangguan saraf
  • Penglihatan kabur
  • Adakala berbekas parut pada wajah
  • Insomnia ( susah tidur )
  •  Depresi ( tekanan kemurungan )
  • Reaksi alergi seperti jangkitan, gatal – gatal, kemerahan, asma, pembengkakkan
  • Pengelupasan – muka jadi kering
  •  Kalau bukan pakar yang cucuk bahaya
  • (kulit lebih berkedut jika diambil pada kadar banyak )
  •  Risiko berlaku pendarahan dan jangkitan kuman, HIV dan Hepatitis
  • Jika jarum yang tidak di steril/bahan tercemar atau menggunakan jarum yang sama
  • Kerap buang air kecil ( saluran kencing menjadi lebihaktif ).
  •  Mengganggu cara bercakap, cara makan dan bernafas setelah melakukan suntikan botox atau filler pada wajah

Buang Filler / Silikon : 

  •           Kos lebih mahal dari kos masukan botox atau filler
  •           Kos nak membuang  anggaran lebih kurang RM10,000 – RM20,000 untuk sekali pembedahan
  •           Sangat rumit masa nak membuang tak terperi sakitnya.
  •           Berketul2 darah bergaul dengan silicon
  •           Ada kalanya hijau
  •           Masa pembedahan tu akan membengkak
  •           Ada kesan jahitan

 

 

 

 

18 Comments

    • Noor hayati kassim

      Saya pernah suntik filler n buat surdev utk menegangkan muka pd bln 11 2019..hanya sekali sahaja.dan saya rs menyesal melakukannya…setelah 10bln …sekarang ni saya merasakan rahang saya selalu lenguh2..adakah ini kesan dari suntikan itu yg akan berkurangan kerana dari apa yang saya tahu suntikan ini hanya bertahan selama sethn sahaja

    • Norhazuriati Muhamed Nordin

      Bagaimana cara kalau saya nak buang filler dalam hidung. Saya tak tau apa bahan yang digunakan. Tapi kalau tak silap org tu kata masukkan benang je…
      Saya baru sebulan buat. Lepas buat tu muka bengkak, lebam bawah mata… Dan masih lagi ada ketulan macam benjol atas batang hidung ni.

    • Noor hayati kassim

      Saya pernah suntik filler n buat surdev utk menegangkan muka pd bln 11 2019..hanya sekali sahaja.dan saya rs menyesal melakukannya…setelah 10bln …sekarang ni saya merasakan rahang saya selalu lenguh2..adakah ini kesan dari suntikan itu yg akan berkurangan kerana dari apa yang saya tahu suntikan ini hanya bertahan selama sethn sahaja

  • fyza

    sy pernah terpengaruh dgn kwn n mencuba hanya sekali utk hidung katnya hanya base.. sy perlu buat utk 2-4 kali utk hasil yg cntik tp sy mnyesal sbb nnpk berketul n wrna lbh gelap di bhgian hidung kblkngn ni sy cuba utk cairkn dia dgn air panas yg dituam tp sy mngalami rsa sengal dan sakit.. bgaimna sy nk buat.. dimana sy bole dptkn rawatan?

  • rahmah

    Sekadar brtanya, bagaimana sekiranya pernah mlakukan filler utk batang hidung, adakah ianya bertahan lama atau tidak. Kedua, bolehkan atau ada cara untuk keluarkan filler itu semula selain dr pembedahan…tq

    • Nashabrash

      Saya pernah lakukan suntikan botox 5 tahun lalu. Pihak penyuntik mengatakan akan kembali ke wajah asal selepas 2-3tahun dan saya bersetuju tetapi sehingga ke tahun 5 ini, keadaan botox diwajah saya masih kekal dgn rasa kecewa.
      Saya nak mengembalikan ke wajah asal saya. Adakah kaedah yg mampu atasi pemulihan ini?
      Saya bersedia lakukan sekalipun kearah pembedahan.
      Mohon khidmat nasihat pandangan atau apajua cara terbaik berkaitan kaedah rawatan trsebut.
      Sekian.

    • Mamak

      Saya guna filler utk hilangkan dark circle yg teruk.. dark circle x hilang muka jadi lain macam.. saya mcm nak undo balik .. sy tau nk buat mcm mana. Dia cakap dia guna pure filler gred A

  • Norhazuriati Muhamed Nordin

    Bagaimana cara kalau saya nak buang filler dalam hidung. Saya tak tau apa bahan yang digunakan. Tapi kalau tak silap org tu kata masukkan benang je…
    Saya baru sebulan buat. Lepas buat tu muka bengkak, lebam bawah mata… Dan masih lagi ada ketulan macam benjol atas batang hidung ni.

Leave a Reply to sya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!