Biodata Bonda

Kerja Kilang…

Cerita saya tulis tak ikut flow sejarah saja ikut mood masa nak taip. Lepas balik umrah ni hati selalu fikir dekat dah saya nak mati sebab sejarah keluarga saya umur paling panjang 62 tahun.. Emrrh tak lama dah masa untuk saya. Takutnya nak jumpa Tuhan, amalan tak cukup,tapi dosa banyak pulak tu.. Aduhhaiiii takut nak lalui alam kubur sorang2 pulak tu..!!

Jumpa gambar lama masa saya kerja kilang. Banyak betul sejarah masa muda.. Jauhnya perjalanan hidup yang saya dah lalui.. Zaman muda seronok je. Tak rasa sedih dan tak takut hadapi masalah. Beza sangat jiwa dah tua2 ni.. Saya hanya nak aman je sekarang ni matlamat utama..!!

Masa kerja kilang saya menumpang sementara dirumah ibu saudara. Bekas suami menjaga anak-2 di felda. Saya berkerja kilang dan mengirim duit kepada bekas suami untuk keperluan mereka. Bosannya kerja kilang. Tak tahan kerja kilang otak jadi sempit. Buat perkara yang sama setiap hari macam robot. Otak jadi beku tiada cabaran. Gaji saya ketika itu 350. Kilang pertama saya kerja ialah Quality Technology di Sg Way.

Lalu saya mencuba kali ke-2 di Western Digital. Selama 3 tahun kerja kilang  tidak siapa tahu apa yang saya sedang alami..

Saya tak suka tinggalkan anak dan kerja kilang. Saya terpaksa setelah melihat keadaan keliling. Felda saya ada rumah dan tanah.. Banyak sebab saya keluar dari Felda antaranya :

  1. Berniaga disana susah nak pusing modal kerana orang semua nak hutang.
  2. Orang Indon semakin kurang dan  kuasa membeli makin teruk.
  3. Saya keluar dari Felda sbb tak tahan sikap dan fitnah masyarakat disana.
  4. Kalau saya teruskan gelap masa depan.
  5. Pokok getah banyak mati kulit dan saya tenaga saya yang uzur . ( 4 tahun saya menoreh getah seluas 20 ekar . Selepas itu dapat sakit sendi sampai tak boleh berjalan) .
  6. Peluang pekerjaan dan potensi niaga sangat susah.

Bila saya free saya tulis kisah sedih tak mampu bayar yuran tadika untuk Yati.. Masa kerja kilang saya masuk Pertandingan  Ratu Cantik  dengan niat untuk bayar yuran Yati. 

3 Comments

  • Ayu MY

    Pn.Rozita…makin menarik lah kisah Puan…X sabar nak follow up cerita seterusnye.Memang saya x pernah ketinggalan cerita2 Puan di sini..Bangga dengan ketabahan & kecekalan Puan menghadapi cabaran hidup hingga Puan mampu menjadi Rozita Ibrahim yang kini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!