Petua Bonda

BAIK BURUK MAKAN PISANG…

Pisang adalah melengkapi gizi mewah dengan vitamin, mineral , karbohidrat dan kandungan gulanya tinggi.

Amalan bagus mengunakan pisang

  • Mengamalkan makan pisang dapat merawat mata yang kering.
  • Merawat rambut gugur – lecek pisang campur dengan yogurt atau susu segar terapi keguguran
  • Mask dari pisang – lenyek dengan susu membantu melambat penuaan kulit dan rawat kecacatan kulit muka.
  • Rawat kaki kering – Ramas pisang yang ranum dapat melembutkan kaki kering.
  • Mengurangkan sembelit dan bagus untuk wanita hamil bagi mengelakan buasir

Kisah pisang mengemukan ini saya kaji pada 2011, semasa saya mengerjakan umrah. Dulu saya fikir pisang menguruskan badan kerana senang buang air besar dan mengenyangkan. Saya mengkaji kegemukan saya melalui rutin pemakanan harian dan membandingkan apa yang saya makan pada tahun-tahun sebelumnya. Saya memang pengemar pisang sebab itu saya banyak tanam pokok pisang pada tahun 2006 antaranya pisang raja, abu dan awak. Pisang raja paling sedap. . Setiap hari saya akan makan kuih dari pisang raja kerana rasanya lebih sedap dari pisang lain kerana ia bersari.

Dar Al Taqwa Hotel, Buffe

Saya juga berdiet untuk kurus , makan produk kurus ST dan bersenam. Tak menjadi langsung ..!! Semasa saya mengerjakan umrah sengaja saya ambil pakej murah yang jauh dengan hotel dengan harapan saya boleh kurus. Pastinya berat dan meletihkan kerana jauh serta mendaki bukit dengan kerenah anak yang masih kecil. Pisang merupakan desert wajib yang akan dihidangkan didewan makan. Bila bersama jemaah Arab saya melihat mereka sangat suka makan pisang , mangga dan tembikai.

Hati saya terdetik mungkin pisang punca gemuk kerana orang arab kebanyakan gemuk. Kembali ke tanah air saya timbang berat saya semakin naik meskipun penat dan makan yang sedikit. Emak saya mak saya yang kurang upaya mengunakan kerusi roda juga sama naik berat badan sehingga 6 kg..Makan tak banyak tapi disebabkan pisang montel BADAN IKUT MONTEL..!!

Anda patut tahu punca alahan pisang

  • Awas makan pisang boleh menyebabkan kencing manis naik sangat tinggi.
  • Elakan makan pisang embun dan montel bagi penghidap asma kerana ia lebih mudah menyerang.
  • Jangan makan pisang dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin. Bentan dan ia melemahkan rahim.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!