
Minyak kelapa dan khasiatnya…
Saya tak tahu banyak mengenai minyak sawit . Apa yang saya ingin tulis hari ini tentang minyak kelapa. Tahun 60an minyak kelapa untuk memasak bukan dari minyak sawit . Zaman itu minyak bukan mudah dijual seperti sekarang malah sering kehabisan . Saya banyak membantu arwah abah berniaga dikedai . Minyak kelapa dijual didalam tin zink besar ( pakai pam dan timbang ikut kati ) dan dibeli mengunakan botol kicap atau masuk plastic. Minyak Mazola sudah wujud waktu itu dan hanya digunakan untuk membuat biskut mazola atau biskut kacang. Rasa masakan mengunakan minyak kelapa jauh lebih sedap daripada minyak2 lain yang ada didunia ini dan itu memang fakta dari saya sendiri..He he he..
Arwah abah saya membeli hasil kelapa orang kampung untuk dijual kepada cina untuk membuat minyak kelapa. Pengalaman menolong bapa saudara membuat minyak kelapa dizaman kanak-kanak ingin saya kongsikan kepada anda masayarakat moden. Sebenarnya zaman sekarang jauh sangat mudah dibandingkan zaman dulu. Cili bergiling dan kelapa pula parut sendiri. Minyak buat sendiri sangat merbahaya serta sering luka. Anak dara zaman dulu tangan mereka kasar sekali kerana banyak membuat kerja dapur jangan harap tangan mulus gebu macam anak dara zaman sekarang.
Cara pemilihan membuat minyak kelapa ialah buah yang sudah ada tumbuh atau berisi umbal menyerupai tombong didalamnya menjadi pilihan utama kerana paling banyak mengeluarkan minyak. Beratus biji kelapa diperlukan , kawah besar, kayu api dan pemarut kelapa serta khidmat bergotong royong untuk menghasilkan minyak kelapa. Beramai-2 seperti kenduri memarut kelapa dilakukan oleh wanita dan kanak-kanak mengunakan tangan mengambil masa 2 hari. Setelah diperah hanya santan pekat itu dikutip dan dimasak sehingga menjadi santan. Kerja memasak dilakukan oleh kaum lelaki dan tahi minyak dikutip untuk dijadikan makanan ringan atau kuih. Begitulah serba ringkas kenangan minyak kelapa zaman saya kanak-kanak .
- Fakta kesihatan minyak kelapa
Minyak kelapa telah digambarkan sebagai ” minyak paling sihat di dunia . ” Kenyataan luar biasa dari barat tentang minyak “Nyior” . Minyak semula jadi yang kaya dengan perubatan ini nama saintifik nya ialah Nucifera Cocos . Kelapa kaya sumber yang kaya dengan serat, mineral dan vitamin mempunyai lebih daripada sembilan puluh peratus lemak tepu.

Saya dapati zaman dahulu dikalangan pakcik dan makcik jarang sekali wanita atau lelakinya berperut buncit dan tidak ada yang berpenyakit jantung . Saya percaya kerana mengamalkan minyak kelapa bukan dari minyak sawit juga cara pemakanan mereka zaman dulu ialah makanan sihat. Kini baru saya sedar kerana melihatnya dari sudut saintifik melalui pembacaan saya.
Dr Weston mengatakan lemak tepu dalam minyak kelapa berlaku secara semula jadi bukan terhasil dari lemak tiruan dicipta melalui proses buatan manusia yang dikenali sebagai penghidrogenan. Dalam petikan buku Dr Weston penduduk pulau Pasifik Selatan mengunakan diet yang tinggi dalam kelapa. Kesihatan jantung penduduk disana sangat baik tanpa arteri tersumbat.
- Untuk bayi dan wanita hamil
Minyak kelapa mengandungi asid laurik , sebatiannya juga ada dalam susu ibu. Hebatkan ia membina sistem imun bayi yang baru dilahirkan itu dan menyihatkan ibu yang hamuil dan melahirkan. Ia juga merupakan sumber yang kaya dengan trigliserida . Terdapat beberapa manfaat kesihatan minyak kelapa dan digunakan secara topically dan juga apabila dimakan secara dalaman atau sapuan.
- Untuk rambut dan muka
Minyak kelapa digunakan pada kulit kepala dan rambut secara meluas di India . Kesan baiknya tiada kelemumur apabila diurut pada kulit kepala yang kering. Ia menyuburkan rambut yang rosak dan digunakan sebagai perapi . Mengurut badan dan muka dengan minyak kelapa akan mengurangkan kedutan dan kulit kendur. Ia membantu dalam menyembuhkan masalah seperti psoriasis , dermatitis , ekzema dan kulit tidak stabil kering. Minyak ini adalah bahan asas untuk banyak produk mahal seperti sabun, syampu, krim dan losyen.
- Rawat Tiroid dan tinggikan metabolisma
Minyak kelapa merangsang metabolisme dan memperbaiki fungsi tiroid. Ia juga membuang tekanan pada pancreas dan jika amalkan minyak ini sebagai diet seharian untuk wanita yang banyak lemak bahagian perut akan cepat berkurangan ditambah dengan regimen senaman.
Ia rendah kolesterol dan merawat tekanan darah tinggi tak sama dengan minyak sayuran lain . Ia mengurangkan kecederaan kepada arteri dan menghalang pertumbuhan kulat atau parasit yang menyebabkan senak penyebab usus terganggu. Ia membantu dalam penyerapan asid amino, vitamin dan mineral kedalam badan. Ia sangat bagus digunakan pada luka menghalang kemasukan udara, bakteria dan virus. Ia mempercepatkan proses penyembuhan tisu yang rosak.

