Petua Bonda

Labu Kau Memang Manis…!!

Gambar saya dengan labu di cameron highland
Gambar saya dengan labu di cameron highland

Labu paling sedap ialah kacukan jepun..Dimasak tanpa buang kulitnya – Beli di Cameron Highland ada. Sekilo RM 7.00. Mahal tapi sedap.. Selain masak lemak masak rebus dengan serai dan lada.. Orang yang ada masalah angin dan bisa tulang tak digalakkan makan banyak ..!!

Ini labu paling sedap..  masak sekali dengan kulit-kulitnya.
Ini labu paling sedap.. masak sekali dengan kulit-kulitnya.

Banyak kebaikan labu untuk manusia. Ia mengandungi banyak sumber vitamin seperti A, C, berkalsium, fosforus, zatbesi, Antioksida, beta karotin serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan. Rasullullah suka makan labu..!! Ketahui  kebaikan labu untuk kesihatan tubuh manusia dan merawat beberapa penyakit seperti :

  1. Rabun malam tekanan darah rendah
  2. Penyakit demam kuning – darah tinggi
  3. Mengawal cirti birit dan demam
  4. Batu pada buah pinggang atau batu karang
  5. Merawat bengkak sendi
  6. Menguatkan paru-paru.
  7. Bagus untuk melambatkan penuaan diri
  8. Masalah cacing pada anak-anak
  9. Merawat luka kecil dan mengelakkan parut
  •  Biji atau kuaci labu bagus merawat batu dalam ginjal. Makan 4-10 biji labu dapat merawat dan mengeluarkan masalah batu karang.
  •  Getah labu boleh memberhentikan pendarahan akibat luka kecil seperti terkena pisau atau melecur kena air panas
  •    Untuk merawat anak yang banyak cacing caranya ialah jemur bijinya dan tumbuk halus. Bancuh bersama air panas, tapis dan buatlah milo atau sebagainya.
  • Utk rawatan sendi dan paru-paru caranya – Blender biji labu mentah bersama lobak merah bersama susu.

Layari :

http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!