Petua Bonda

Tombong atau Prolapse..

Tombong ialah rahim atau peranakan yang keluar dari vagina jika dibiarkan akan membuatkan wanita sentiasa basah. Tak ramai yang mahu berkongsi tentang sakit tombong ini. Ia sangat menyakitkan dan membuat wanita akan patah hati dan ketakutan melalui kehidupan seharian. Setiap kali wanita duduk akan basah berair, mengeluarkan bau busuk dan tidak boleh melakukan sex..!! Malahan banyak lagi kesan buruk pada diri wanita yang mengalaminya.

tombong 2
Gambar ini kami ambil dari internet untuk memudahkan kaum wanita mengetahui apa sebenarnya tombong.

Pasti ramai wanita yang tidak tahu tentang tombong. Menjaga pantang dianggap karut dan penjagaan sakit selepas bersalin itu hanya dalam seminggu sahaja. Di sini saya menulis dan berkongsi dengan wanita muda khasnya apakah kesan yang memudaratkan pada jangka masa panjang jika mengabaikan “Penjagaan Bersalin”.

Tulisan blog saya ini sebagai peringatan kepada kaum wanita bahawa TOMBONG ITU WUJUD. Saya menulis dari pengalaman yang saya lihat sendiri dan dari pengalaman orang yang terdekat seperti nenek dan emak saya.

Masak untuk Restoran

Amir dan Misah merupakan pasangan suami isteri yang sangat rajin dan berusaha menjayakan ekonomi keluarga sehingga berjaya membuka restoran. Keramahan Amir dan kepandaian memasak Misah menarik ramai pelanggan datang ke restoran mereka di bandar kecil itu. Dari awal perkahwinan sehingga bersalin anak yang ke-5 hanya Misah yang memasak untuk restoran itu. Dia tidak mahu perkerja perempuan sebagai pembantu..!!.. Berbadan gemuk dan sifat cemburunya terhadap suami membuatkan dia gagahkan diri memasak meskipun sudah punya 5 orang anak.

perempuan memasal
Gambar contoh..

 

Selepas bersalin 2 minggu dia mula mengangkat periuk yang besar dan berat2 belaka.. Dia sering sakit pinggang, seram sejuk rasa badannya, tidak selesa berjalan lebih2 lagi semasa buang air kecil. Terasa kembang dan sakit. Setiap kali duduk kainnya akan basah dan berair. Kemaluannya mengeluarkan bau yang sangat busuk & bernanah.  Lalat dan langau sangat banyak kerana bau yang dikeluarkan oleh masalah tombong.

Misah tidak daya untuk berkerja, mengurus anak semua terabai dan dibantu oleh keluarga terdekat. Dirinya sendiri tidak terurus sehingga kan Amir menceraikannya. Keadaan Misah semakin hari semakin parah dan kerana tidak jumpa penawarnya. Misah bergelut dengan kesakitan yang berakhir dengan maut.

Angkat Air Telaga

Kejadian ini ialah kisah benar yang dialami oleh sepupu kepada nenek saya. Dalam cerita ini saya namakan nenek itu Salmah. Zaman dahulu kala wanita berkahwin di usia sangat muda dan jarak kelahiran yang sangat kerap. Begitu jugalah kisah Salmah yang ketika itu baru berusia awal 30an.

telaga air
Gambar contoh..

Semasa tempoh awal 2 minggu bersalin anak yang ke-7, suaminya Salmah menguruskan anak2, rumahtangga dan penjagaan diri Salmah. Bila melihatkan Salmah sudah segar dan agak kuat suaminya keluar bekerja mengambil upah kerja-kerja kampung di luar daerah.  Kebiasaannya selama 2-3 minggu baru pulang ke rumah menjenguk keluarga, begitulah rutin kehidupannya selama ini.

Semasa ketiadaan suaminya Salmah menguruskan semua kerja rumah termasuk mengangkat air dari telaga. Satu hari anak Salmah berteriak memanggil nenek meminta tolong “Acik.. Mak sakit, Mak suruh acik datang rumah.”

Setibanya di sana.. Salmah masih duduk bertelimpuh  ditanah menahan kesakitan dengan timba air masih disisinya. Salmah memegang Cik V, seperti menahan benda jatuh..!! Rintih Salmah pada Nenek  “Aku dah sakit pinggang dan rasa kembang dah lama.. tapi tak sangka jadi macam ni kak.. Aku tak boleh jalan.. sakit sangat.. Peranakan aku terkeluar kak..”

Nenek dan anak-anaknya memapah Salmah masuk ke rumah dan nenek membersihkan badan Salmah. RAHIM YANG TERKELUAR ITU BERWARNA PUTIH SEBESAR AYAM DARA. Selang beberapa hari suami Salmah pulang setelah mendapat berita isterinya sakit.. Semakin hari semakin parah.. Dimana saja Salmah duduk pasti mengeluarkan air, berbau busuk, bernanah. Langau dan lalat sangat banyak akibat bau yang tidak menyenangkan itu.

Akibat sakit tombong itu suaminya meninggalkan Salmah  dan anak-anaknya, hilang tanpa berita. Ibu Salmah menguruskan anak-anak dan diri Salmah yang sakit. Tekanan itu menyebabkan Salmah menjadi kurang siuman dan rahim itu kekal berjuntai. Setelah sekian lama ia mengecil sebesar telor dan bau busuk itu hilang beransur-ansur. Setiap kali buang air kecil, Salmah akan mengangkat juntaian tombong tersebut… Begitulah, dan alangkah kasihannya nasib wanita..!!

Tarik Semaian Padi

Hidup ditengah sawah cukup mendamaikan meskipun sangat sunyi kerana kedudukan rumah jiran sangat jauh antara satu dengan yang lain. Deruan angin, kehijauan anak padi dan keheningan sawah sangat membahagia bagi keluarga Sarah dengan 5 orang anak anak hasil perkahwinanya dengan Amran. Kehidupan mereka sangat miskin kerana hanya bergantung pendapatan hasil padi iaitu hanya setahun 2 kali. Sarah ikut sama membanting tulang bersama suami mengusahakan sawah.

Gambar contoh..
Gambar contoh..

Melihatkan suaminya berkerja di sawah timbul rasa kasihan dan Sarah tanpa lengah turun ke sawah turut  sama membantu mengalihkan semaian anak padi. Anaknya yang kecil berumur 6 bulan ketika itu ditinggalkan bersama anaknya yang sulung. Ia menarik sekuat hati anak padi yang berat itu utk ditanam. Selepas beberapa jam ia merasa sakit yang teramat sangat rupanya tombong terkeluar dari vagina.. Sarah menjerit kesakitan dan memegang kuat CIK V.

Suaminya memapah membawa Sarah naik ke rumah. Sarah meraung kesakitan dan ketakutan. Terasa gelap masa depan, ketika itu kerana sangkanya 6 bulan selepas bersalin tidak akan berlaku keluarnya tombong..!! Anak-anaknya membersihkan pakaian Sarah sementara Amran memanggil bidan kampung yang sangat terkenal di kampung itu boleh memasukan semula tombong..

Punggung Sarah dinaikan tinggi dari lantai dan  bidan memasukan tombong bersama manteranya..!! Sarah disuruh menarik nafas sedalam2nya dan menahan nafas.. Setiap pagi bidan membakar kelapa muda yang saiznya sebesar gengam dijampi dengan mantera. Lalu dibalut dengan kain dan ditekap setiap pagi dan malam pada mulut CIK V. Berbagai pantang diberikan selama 3 bulan dan tidak boleh melakukan hubungan sex selama 6 bulan..!

 

9 Comments

  • lin

    Puan, saya nak tanya, apakah produk yang sesuai untuk diambil sekiranya mengalami prolapse tahap 2. Adakah senaman masih lagi boleh membantu bagi tahap ini?

      • aliana

        assalamualaikum puan. saya nak tanya klau pangkal rahim jatuh selepas bersalin apa produk yg sesuai untuk diambil untuk mengecut dan menaikkannya semula. terima kasih

  • arrina

    Assalam puan,sy inginkan pnjelasan mengenai peranakan jatuh.ibu sy berumur 70 thn.terdapat juntaian berbentuk pnjang dr miss v dan ianya bknlah brbentuk bulat seperti mana tombong.ianya kdg kala terasa skit n kdgkala x sakit cma x selesa.apakah rawatan yg ssuai?sudah byk kali urut sengkak tp ttap sma.adakah produk sedu arrow boleh mmbntu?ttp sy cuba mncari produk st di paaaran spt kedai2 jamu ttp mrk kata dh x jual produk st.t.kasih puan.

  • faridah

    Puan apakah supliment yg boleh sy ambil utk mengelakkn terjadinya prolapse?sbb kerja sy mmg memerlukan sy melakukan kerja mengangkat berat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!