Dugaan Nooraini

Suara hati “tunjuk jalan” dan didik saya sampai berjaya.. Dugaan Nooraini : Part 28

Sambungan Part 28,

Kepenatan masih x hilang dari badan balik dari kebun, terus sy membasuh beras dan duduk dipangkin dekat dgn dapur kayu.. Sy menyalakan api dapur nak tengek kan beras dn masak yg lain2.. X pernah hati rasa susah jauh sekalilah rasa sedih masak dapur kayu tu… Syok.. Suka dn seronok sgt.. Dapur kayu sy cantik..

(Sebab tu sampai sekarang pun sy suka sangat perhiasan rumah apalagi alat2 dapur, Baju beg tangan atau barangan lain berjenama sy x heran pun.. Kalau barang rumah, sy sanggup beli sampai dapur sy macam  show room jadinya..!! Yang banyak barang2 keperluan dapur  jer.. Utk masak dirumah sy sekarang)..

Anak2 bermain diatas rumah dan ex husband duduk dikerusi sambil memerhatikan anak2.. Dia dah boleh berjalan perlahan2… Banyak juga perubahan kesihatan dia..

Difikiran sy ttg penduduk sini masih tak hilang-hilang lagi, marah sgt..!! Sambil masak kepala terus melayang..  Rasa nak protes je org yg fitnah tu… “Mereka ni menyempitkan cara kehidupan dan fikiran mereka dan org yg kena bahan… Cara hidup… Cari bahan memfitnah org itu yg sempitkan fikiran… Org macam ni susah nak maju ke depan.. Banyak negatif dari caj positif.. Hidup disini sudahlah susah malah sy jadi berfikiran bodoh terus melayani sakit hati dek fitnah mereka.. Lepas ni apa lagi mulut mereka.”(lamunan geram)

Sy malu, tertekan masa nak keluar rumah  menoreh kerja sorang2 masa ex suami sakit.. Tapi kalau x kerja nak makan apa.. Sejak awal berpindah kemari sy x berkawan sbb nak elak bergaduh. Sy rendah  diri sbb org sana x suka org muda..

(Sebenarnya sejak kecil sy selalu sedih.. Merintih cakap sorang 2, sy bayangkan Allah depan sy.. Sy xda adik dn kawan2 nak bercakap masa tu.. Banyak kejadian pelik2 pengalaman hidup yg akan sy kongsikan di blog sy ni.. Dia selalu guide dn pujuk sy.. Sy x tau dia apa, cuma sy namakan dia “Suara hati” utk penulisan sy supaya mudah difahami.. Suara hati ni datang kdg2 berupa mimpi dan instinct.. Banyak dia guide sy sejak kecil lagi sehingga saat sy berjaya)..

Dalam kemelut stress, sy jadi lemah.. Masa tu sy terasa macam ada org bercakap  dgn sy “x elok membenci orang..Mungkin dalam kita membenci mereka tu,  1 hari mereka tu yg akan bantu kita.. Atau Allah gantikan dgn org lain yg akan tolong kita.. Tengok Ani dah boleh jalan? Ex suami pun dah boleh jalan kan..!! Manusia hidupnya dgn manusia, ini tempat kamu kampung kamu cari rezeki.. Hormati mereka walau apa mereka buat.. X rugi kamu buat baik dan bersangka baik.. Bukan semua org tu menyakiti kamu..”

Lepas mendengar nasihat dr suara hati tu kusut sy beransur reda.. Tenanglah sikit jiwa ni.. Sy meneruskan memasak utk kami semua.. Sejak Yati berumur 5 tahun sy seperti ibu2 lain mengajar anaknya.. Sy ajar Yati membaca.. menulis dan mukadam… He he he boleh lah setakat alif ba ta.. Lebih2 xda lah.

images
Gambar Contoh

Sy juga  sudah mengumpul duit nak masukan yati tadika tahun depan masa umurnya 6 tahun.. Masih ingat sy dgn  sikap ex suami penyaabar yang x kena tempat.. Yati masih kecil dia tak faham lagi sebenarnya dalam kes ni..

Sewajarnya sebagai parent kena ajar dan tegur kalau anak salah.. Yati mengamuk  dan pukul abahnya dikepala dgn mukadam.. Dia hanya senyap dan x kata apa2 pun pada Yati mcm x da perasaan langsung.. Xda motif nak mendidik jauh sekali nak menegurnya..

Sy perhatikan Yati makin berani.. Geramnya tengok ex suami sbb lemau sgt.., anak tu dh tentu x berakal.. Sebagai dewasa yg berakal tegur atau marahlah sbb nak mendidik… Dia masih senyap xda reaksi, biarkan..

Adoii x tahan sy dh ni.. Kali ke3 Yati merempan.. Sy terus marahkan Yati kerana biadab buat begitu pd abahnya.. Selebihnya sy mengamuk dgn ex suami kerana sy nak dia tegas dn tahu mendidik. Mmg x boleh diharapkan langsung..!!

Sy tanya kenapa x tegur Yati, usia dia kecil ni lah kena didik kena beritahu kalau salah dn marah jika masih dia teruskan. Jawaban superb lemau.. Sy x rasa marah dn x sakit dia budak lagi dia x tau apa .. woowww ..wooow.. Boleh gitu??

Bagi sy susah kalau kerja atau berkawan dgn org x da pendirian.. ha aaa lebih lah susah kalau jadi pasangan hidup..
Ada banyak perkara yg sy rasa dia ni sangat lemaunya… (Kalau biskut lemau biasanya x boleh dimakan.. So kita akan buat apa ??..)

Sy nak kongsikan ttg pernilaian sy ttg kematangan usia perkahwinan melalui pengalaman sendiri.. Pendapat sy ada fasa2nya ..

Fasa 1 : 1 hingga 5 tahun. Rapuh sukar dijangka.. Pengenalan dan Penyesuaian diri.. Tempoh ni dilalui dgn perasaan sifat fitrah naluri baru (kalau org tua baru kawin atau Jiwa org muda yg melebihi keseronokan + nafsu + sikit lah naluri baru )

Selebihnya fasa awalan ni mengenali hati budi pasangan.  Meskipun dh bercinta bertahun2 sebenarnya belum lagi mengenal keseluruhan sikap pasangannya.

Biasanya faktor ketahanan perkahwinan atau bercerai dipengaruhi oleh ekonomi,  emosi,komunikasi, sex, keluarga, tekanan, kesihatan, mencari keseronokan jiwa muda, mentah x matang, ego tinggi,  masih muda, kuat & cantik.

Yg sorang sombong x boleh ajak bincang,  x da kesedaran nak berubah dan yg seorang lagi pulak jadi mangsa… Kekuatan mesti ada utk bertahan atau bagi peluang pasangan utk berubah.. Jika x mampu nak bersabar maka keputusan akan diambil..

Bagi individu yg xnak fikir utk  berubah hanya nak tegakkan ego je.., tempoh fasa 1 ni paling banyak bercerai atau pendam rasa..   Kalau ada org lain mempengaruhi keputusan bercerai makin cepat jadinya..

Jika jiwa kuat meneruskan biasanya akan bagi masa kat pasangan peluang utk berubah..  Banyakan berdoa juga disokong dek keluarga.. Masa fasa ini,  kebanyakannya perkahwinan yg bergolak  boleh bertahan lagi ke fasa ke2.. Kerana anak2, agama,  ada sedikit kebaikan pada pasangan yg dipandang atau pun atas pujukan keluarga.

Jika mereka kuat agama, sabar dn kuat berdoa mungkin akan lanjut lagi usia perkahwinan. Fasa pertama ni ialah tahun penyesuaian.. Semua perangai dari sudut kelemahan, kebaikan akan keluar.. Dah x dapat di cover2 dah..

Ada pasangan tu bahagia  jarang bergaduh tetapi bila sekali gaduh maka meletoop cerai terus.. Ada juga org yg kawin dlm tempoh ni bergaduh bagai nak pecah alam bercanang sana sini mahu bercerai, dipukul, ditipu dan sebagainya kerana xtahan tapi x juga bercerainya. Malah panjang pulak jodohnya..

Fasa ke 2:  6 ke 8 Tahun : Kesedaran atau kepincangan..

Bagi individu yg di zalimi dlm perkahwinan
sy namakan “si pemendam”.. Perkahwinan dlm tempoh ni mmg sudah mengenali pasangan.. Perkahwinan dlm fasa ni ialah proses peluang ke 2 utk betulkan diri..

Peluang ni dikira terbaik.. Jika pasangan dlm proses nak berubah teruskan perbaiki . Jika x berubah juga bercerailah jawabannya.. Pasangan yg pentingkan dirinya, sambil lewa dlm tanggung jawab.. X matang membina keluarga. Paling sukar melebihkan egonya. Mereka ni sy anggap x komited berkeluarga..

Bila rasa tanggung jawab kurang.. Lebih2 lagi xda sandaran agama itu punca hubungan jadi hambar.. Cinta dan suka saja x cukup utk bertahan kawin ni…

Pasangan yg ada kelemahan biasanya akan ada rasa kesedaran. Pasti bergerak melakukan perubahan.. Meskipun perlahan2 ia akan berlaku dalam fasa ke2 ni.. Jika dia masih terus x berubah atau lebih teruk sikapnya ia akan menjadikan fasa kedua tu kpd peceraian..

Fasa ke 3: 10 ke 20 tahun : Tempoh aman dan senyap2 saja.. Biasanya perkahwinan yg sudah berusia 10 tahun keatas akan lebih tenang kerana seiring dgn kematangan usia, ekonomi, anak2 dan sebagainya serba selesa.. Ini semua menguatkan rasa cinta.

Rasa lebih yakin kuatnya ikatan perkahwinan tu sampai timbul rasa pasangan itu melebihi rasa persahabatan yg sgt akrab..

Mood setiap hari terasa lebih menghargai kehidupan bersama.. Dan terasa pasangan ini saling melengkapi, menjaga keperluan kehidupannya..

Cuma ada juga pasangan yg tergelincir dlm fasa ni.. X banyaklah ay tengok.. Sebelum ni semua terbaik masa fasa 1 dan diawalan fasa 2.. Pasangan yg dipercayai..!! Tetiba di uji Allah berlaku lah aral lain,  sampai sikapnya berubah dari x sama dari sebelumnya.

Ia mengejutkan pasangan, rasa tersiksa amat sangat kerana terbiasa selesa di awalan perkahwinan.. Ni berat kesnya , jiwa sakit lebih teruk rasanya. Kerana x bersedia langsung.. X jangka.. X disangka..

Fasa ke 4 : 25 ke 50 tahun : Fasa  Menduga sabar.. Usia semakin lanjut dn anak2 semakin membesar, penyakit makin banyak, kewangan makin stabil atau makin teruk, hormon juga mempengaruhi sikap pasangan.. Kesunyian dn bosan .. X yakin diri.. Semakin cepat marah memberi tekanan kepada pasangan atau semakin menghargai pasangan dn mengangap bukan setakat isteri tetapi kawan baik atau nadi kehidupannya..

Fasa ini lebih mencabar iman sbb tu banyak pasangan tua2 bercerai sbb faktor diatas sy citer tadi atau makin menyeronokan walaupun tanpa sex..!! Semuanya bergantung kpd persediaan awal2 perkahwinan sebenarnya…

Perkahwinan myb akan jadi macam awal kawin di fasa 1/ kembali bergolak atau makin lebih akrab seperti fasa ke3.. Masa ni ada bercerita kpd sy rasanya macam dah x mengenali sikap pasangan.. Sikapnya total berubah x macam dulu.

FALSAFAH SY DLM PERKAHWINAN

▪ Perkahwinan umpama kotak atau bilik kosong.. Kita ber2 mengwarnai dan mengisi ruangan tu supaya padat dn indah.. Jika dibiarkan ia locong.. Hambar…

▪ Perkahwinan ni permainan jiwa.. Perjalanannya sama seperti berniaga ada kala untung ada kala rugi..

▪ Siapa dapat suami atau isteri baik.. Banyak2 ucapkan zikir memuji Allah kerana Allah bagi rezeki pasangan yg baik dan berbanyak2 hargai ibu mertua kerana dia mendidik anak lelakinya sebaik2 sehingga menjadi milik kita sebagai suami atau isteri kita..

(nikmat tau buat macam ni..tanda kita berterimakasih pd Pemberi nikmat Allah SWT dan ibu mertua..mudah2an lepas ni perkahwinan kita makin menjadi2 sempurnanya dgn rahmat Allah diwarnai rasa mawaddah, warahmah  dan sakinah)

Sy pulak x yakin dn letak harapan tinggi dlm perkahwinan kerana pengalaman lama tu menyedarkan sy utk berhati2 sgt.. trauma sgt.. Ttg pasangan hidup ni utk berubah jadi baik seperti yg kita harapkan x mudah.. Sy bagi pendekatan 2 way..

Kita bentuk dia atau kita bentuk diri kita sekali, supaya jadi ngam atau lenyap terus (nak yg mana 1pilih).. Jika dia sedar dan sayang perkahwinan dia pasti merubah sikap segalanya serta komunikasi utk terus hidup dgn pasangannya..

Apa sy cerita pasal fasa ni sebenarnya banyak logik dn kebenaran.. Sy kaji dari  pengalaman sy sendiri dan berpandukan pengalaman kawan2..

Allah lebih memgetahui dari sy.. Ia sekadar perkongsian sy saja.. Kalau x betul maafkan sy yer..

 

13 Comments

  • baayah

    Setuju dgn pandangan puan. Lps 10 th adalah fasa kematangan …pasangan berusaha utk mengekalkan “ikatan perkahwinan” ! Jika ekonomi stabil , komunikasi ok…anasir negetif dr luar dpt diatasi dgn baik. Aman le perkahwinan tu!

  • lina

    Sy dah 18thn kawin tp msh mkn hati ya sy dlm masa kematangan sy berdoa klau perkahwinan boleh beri kebaikan membantu berjaya dunia akhirat sy redha jd isteri dia klau tak pisahkanlah kami .bila tersentap dia ajak smyg berjemaah(2thn1kali)sy dblkg sayu hati sebab naluri kata dia tak layak jd imam dan dlm solat sy lgsung tak ada kekuatan berdoa apa2 kebaikan utk dia tu sy menangis mgaku pd Allah minta ampun sebab dia tak pernah ikhlas dgn sy.sy anggap dia memang tak da rezeki dari seorg isteri.

  • putih

    Berkahwin muda seawal 20 dan sudah 15thn bersama masih tiada keserasian hakikatnya bergaduh selalu tiada ketenangan dlm hubg.saling myalahi mmg lelaki saya juga bersikap lemau xbertempat.dgn anak2 tak pernah menegur waima memukul salah anak utk mendidik..kami berbeza didikan..ssh utk diterangkan tapi jodoh kami pjg lagi…takut utk melangkah keluar dri kepompong ni mjadi mslh saya utama..

  • puan zhy

    Berubah mengikut keadaan. Berfikir dalam ketenangan… cuba jadi ibu terbaik… tidak semua ibu adalah contoh untuk… belajar dari kesilapan ibu untuk kita menjadi ibu terbaik

  • puan zhy

    Saya dah kahwin 29 tahun punya anak 10 orang. dari kecil hingga kini saya hidup dalam maki hamun seorang ibu. Walaubagaimanapun jasa ibu tak terbalas… kini apa ibu buat pada anak2 dan kehidupannya yang lampau Allah pamerkan pada anak@ tentang kesilapan lampau pada saaat sisa-sisa hidup kini. Kini ibu teerlantar minta belas kasihan anak@ kadang menguji kami adik beradik…. Alhamdullilah kami cuba memberi yng terbaik. Jadikan syurga… walaupun ibu pernah berkata mintalah anak aku masuk neraka.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda, setakat ni kawan tuisyen saya pecah rekod, dia kahwin 4 hari dah cerai alasan isteri tak bagi hamil. communication sangat penting dalam rumah tangga.calon pertama sy dah kena sunting sebab lambat masuk line ada ustaz sambar walhal sy 2 tahun jaga dia ( family paksa).. calon kedua sy, yang pertama dh 8 tahun tunggu, yang kedua ni semua ok cuma manja mengalahkan kucing persian. yang pertama ni perangai cm bonda nak itu nak ini nak berdikari cuma dia tak minat niaga. dia nak rasa zaman remaja dulu.

    kesimpulan sy dpt, sampai seru sy sunat istikharah baru pilih jodoh. selama ni terfikir pernikahan ni mcm drama walhal munafik sungguh. realiti tak sama dengan propa drama. sy kena sedia ilmu mental semua baru fikir tanggungjawab nak jaga anak orang.

    p/s jaga ibu bapa tanggungjawab suami bukan tanggungjawab isteri jadi kepada bakal suami dan si suami sila jaga parent sendiri dan parent isteri.

Leave a Reply to puan zhy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!