Bicara Bonda

Makanan Eksotik yang Menakutkan..

Kita org pompan semua takut ulat.. Kali ni sebenarnya sy nak mengajak pembaca blog sy melihat bagaimana kisah beberapa maid sy mengunakan bahan semulajdi sebagai ubatan atau sumber protin makanan mereka selain tempe tauhu..

Namun dek kerna akal desakan kehidupan, budaya , keluarga dn ilmu suatu kaum itu yg membezakan kita semua. Jangan memandang rendah apa adanya mereka.. Bila sy tanya ustaz hukum memakan makan pelik ni, rupanya ia berbeza mengikut mahzab.. Ada yg halal dn ada yg haram..

Rosaih..
Rosiah..

Ni pembantu rumah sy, namanya Rosiah.. Dia antara pembantu paling pelik sy pernah jumpa.. Susah sy bercakap dgnnya sesama maid lain juga sukar nak faham..

Dia asal dri Jawa Barat SitaBondo.. Tinggal di pergunungan terpencil sekali.. Dia suka pd kerja berat sikap dia sgt pelik diantara mana2 maid sy sebelum ni… Sy sedar ttg dia ni masa baru datang tu sy mencangkul dgn dia dn sy terkejut dia suka sgt jumpa telur ulat lalu dimakan.. “Ni rejeki Ami namanya, enak ni Ami.”.

ni ulat kupu2 tak salah sy..
ni ulat kupu2 tak salah sy..

Banyak sy dengar dri pembantu menceritakan pd sy makanan esotik dn pelik bagi kita org di M’sia yg dijadikan sebagai makanan atau dianggap sebagai ubat..

Sy marah juga pd dia sy kata “Rumah kan byk makanan.. Nanti sakit makan telur ni.. ntah2 telur ular”.. Dia kata dia sudah biasa malah jd ubat… Iktibar sy belajar dri dia disini ialah.. “Banyak nikmat Allah bagi pd sy dn kita semua yg hidup di bumi Malaysia. Tp selalu x ucap syukur pd Allah.. Masa lalui ujian kita banyak mengeluh dri ingat Allah juga.. Itulah sy yg rendah tahap imannya..”

Kehidupan mereka yg daif tu kalau sakit teruk xda duit nak berubat.. Mereka akan makan benda2 pelik tp sgt menyembuhkan jom baca antaranya :

  1. Ular kecil ia dimakan dn berkesan utk sakit kulit yg susah sembuh.. Ular tu dipotong kepala dn ekornya.. Bakar dulu dn dibancuh dgn kopi.
  2. Cacing utk demam panas.. Sama juga macam tu bakar dulu.. Ada juga yg makan mentah lg cepat sembuh katanya..
  3. Anak tikus yg baru lahir, itu jamu paling perkesan buat kuat sex. Makan mentah2. Masih hidup dn terasa ia bergerak2 dlm perut. Masa tu pekerja ladang sy membersihkan semak dn jumpa anak tikus.. Sy menjerit.. “Nanti mati dapat sakit kencing tikus wak”.. Rupanya makan anak tikus x mati pun Wak Sarwan.. Ha ha ha.. (anda nak cuba..?? Jangan membazir anak tikus lepas ni)
  4. Kutu, masa tu ada antara mereka berkutu.. Sy terkejut masa mencari kutu mereka mengigit dan makan kutu tu.. Penawar bg org yg demam kuning atau ada masalah hati..

11999854_791318410991570_286627532_nItu yg sy dengar ubat-2an.. Ini antara makanan mereka pula yg mengejutkan sy pd mulanya :

  1. Ulat daun pisang boleh dimakan..
  2. Siput babi
  3. Kucing Hutan
  4. Biawak
  5. Kura2
  6. Katak

12025422_791315667658511_459013023_nTengok ni berani betul dia pegang ulat besar.. Dia ambik dari rumah Yati… Menjerit anak2 kecik sy termasuklah sy rasa amat gelinya.. Sy sempat tanya ni boleh makan ke Ros… Dia senyum sambil mengunting kepala ulat tu.. Anak2 bertempiaran lari.

Apapun sy kagum mereka struggle dlm life dn kebal berkerja x takut matahari meskipun ular depan mata.. Semalam sy angkat batu jumpa katak puru..  Sy tanya dia kamu takut x Ros.. “Ngak Mi ngak apa2 cuma jangan sampe kena kencingnya dimata bisa buta ni.. Dingin enak dipegang..”…. Chuppppp dia tangkap katak puru..

Alahai dalam hati kalau dicampak ke sy lah katak tu, mana tau dia buat kes gurau lah kononnya.. Mmg sy pukul dia sbb x tahan geli kat katak…

Sy suka bergaul dgn org susah sbb melihat banyak sgt nikmat syukur Allah bg pd kita.. Mendekati dn mengasihi mereka utk menjinakan hati supaya x keras x hitam.. (Mencari kasih Allah) ..

KATA SUAMI SY.. sy sering ingatkan kata2nya  ” TANDA ALLAH KASIHKAN KITA IALAH ALLAH LAPANGKAN KITA DGN WAKTU UTK  BERIBADAT (MENCARI REDHANYA BEKAL UTK PULANG)..” Tanda org yg Allah murka ialah Allah biarkan dia terus lalai dgn dunia..

5 Comments

Leave a Reply to Rmy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!