Dugaan Nooraini: Part 7 : Mengigil Doktor sahkan Ani Lumpuh.. Sy pula mengandung..
Sambungan part 7,
Selepas 2 bulan sy bawa lagi Ani jumpa doktor nak lihat perkembangan tulang Ani.. (kesan akibat sawan).

Hospital Kuala Lipis… Sy datang dgn taxi…Sementara nak tunggu Ani punya turn, terlanjur sy di hospital tu… sy minta tanya nurse minta ubat lah sekali, (free kerajaan ) sebb sy rasa sgt x sihat.. Nurse tanya bila last haid.. Sy jawab lah “sejak bersalin xpernah dtg haid.. Myb sy menyusukan badan…”(3bulan je sempat menyusu dah kering susu)… Nurse suruh test air kencing…
lepas membuat pemeriksaan Doktor… Sy sekali lagi terkejut doktor kata sy mengandung lagi.. Dlm 2 bulan… Terus sy terduduk nak pengsan… Ya Allah macam mana ni.. Ani x selesai lagi.. Sy pulak mengandung.. (x terbayang perasaan waktu tu dan x sedar kaki sy mengigil)..
Lepas ni keputusan tulang Ani pulak… Sayup2 nama Ani dipanggil. Sy masuk cekalkan hati.. DOKTOR LAIN PULA… SAHKAN ANI LUMPUH SEUMUR HIDUP.. XDA UBATNYA.. (xsedar berderai air mata).. Mengigil sambil tanya doktor harapan sembuh ada x caranya.. Jawab doktor.. XDA JAMINAN DAN XDA UBAT.. JIKA NAK ATAS IZIN SY, DOKTOR NAK BUAT KAJIAN KOREK TULANG BELAKANG ANI..
“Sy dengan tegas x benarkan.. Kajian xhabis2.. Jaminan xda.. Rawatan pun xda.. Anak sy bukan tikus nak buat bahan uji kaji..”Lepas sy keluar bilik, melayan rasa terkejut selepas disahkan mengandung dan Ani disahkan lumpuh.. Sy duduk diluar sambil mengusap2 muka Ani, menangis sy (xda esakan.. x bunyi.. Allah tahu apa sy rasa.. Xda ayat nak tulis sebagai gambaran).. Duduk rehat nak cari kekuatan nak berjalan.. Rehat 5 minit pujuk hati..
Datang seorang lagi ibu membawa anak lelakinya berjumpa doktor lebih longlai dari Ani. Lembik tulang nya. Sempat kami bersembang.. Jelas ibu itu dgn geram kpd sy…“Anaknya jadi begitu lepas korek tulang belakang”.. (haaa kan betul..bahaya..!!)… Selepas bercakap dgn ibu tadi sy merasakan Bukan sy sorang lalui nasib ni.. Ani cacat, semangat sy jangan cacat.. Itu Doktor cakap lumpuh.. Kalau Allah nak sembuhkan itu kan Kuasa dan ehsan Allah.. Sy sebagai ibu jgn lemah dan sedih.. kena semangat utk Ani dan Yati.. Bangun wahai ibu.. Demi anak.. Hidup masih jauh Rozita.. Dalam susah senang xda saudara dan keluarga hanya kamu dgn anak.. (haaaaaahhhhh berjurai2 air mata… Meraung terkeluar suara tekanan selama ni, sambil sy peluk Ani… Tangan sambil tahan teksi..).. Saat itu macam perempuan gila sy.. Xmalu dah… Dalam hati kata.. Biarkan apa mereka pandang.. Ya Allah Kasihan dan bantulah sy demi Ani..
Sy berjalan menuju keluar hospital Lipis, lesu rasanya.. Gagahkan diri mendokong Ani mencari teksi nak balik ke rumah… Mengira2 duit yg ada buat tambang.. Sedih betul hati sy.. Dah miskin anak lumpuh.. (jauh lipis ke Kechau)..
Sampai dirumah sy xdapat nak tahan emosi bila melihat kelibat muka ex suami.. Berkain pelikat senyum memandang sambil menyambut menyapa manis kearah sy .. “Ani macam mana” (Pernah dia menyatakan rasa bahagia memandang wajah sy… Haruuuuu betul.. Apa ada kat muka sy..?? ..Anak sakit dia x nak pandang..??
Sy pula penuh kebencian dan marah yg x dapat dibendung.. Sy sampai kan berita Ani dan sy mengandung.. (Dia baik orgnya x baran jauh sekali nak pukul sy.. Kami x pernah bergaduh sepanjang kahwin)..
Tanpa fikir dosa pahala sy luahkan dengan baik sekali tapi berupa amaran (dlm hati benci x terkata)… “Sy sebenarnya x nak pun kawin dgn awak.. Sbb mak suruh… Awak pun tau kan pasal tu..!! Sy menyesal dan sy bertambah2 benci dgn awak dgn apa yg berlaku ni.. Mulai hari ini sy x nak awak sentuh sy.. Sekiranya takdir merubah hati sy utk suka dgn awak maka jodoh akan panjang.. Sy bagi awak masa utk berubah.. Sy cuma nak hidup dlm 1 rumah dgn awak dgn anak2.. Sy akan layan awak makan minum seperti suami isteri lain..Tapi bukan ada rasa sayang.. Sekadar hidup dalam 1 rumah (bilik berasingan)… Sekali lagi sy tegaskan JGN SEKALI PUN SENTUH SY SELEPAS INI.!! (Ex suami mendengar dan tanpa sebarang reaksi).. Aikkkk boleh macam tu dalam hati sy.. (sebal macam org x da perasaan.).. .. Tanpa pergaduhan tanpa ulasan ..!!. Lepas cakap2 tu.. Sy pun nak beredar dan berpesan “Tolong tidur kan Ani dan jaga Yati.. Sy nak kebelakang cari kayu api dan cari sayur kat belakang..
Sepanjang kesukaran hidup awal hijrah di Kechau, sy x mampu nak balik kampung ziarah mak sy di Palong sejak pindah ke Kechau.. Sy x pernah menulis surat.. Siapa pun x tahu keadaan sy.. Semua sy lakukan sendiri.. Tiada kawan rapat..!! Zaman dulu surat atau telegram(kecemasan) itu je cara zaman dulu nak berhubung..telefon xda..
Insyaallah esok .. Dugaan Nooraini Part 8: Buat kerusi kayu ganti walker utk Ani. .


17 Comments
ayu
as salam puan…saya nk tahu knp ani di sah kan
lumpuh….di sebabkan sawan tarik ani ke….
kakcik
Manusia baik ini pun kelemahannya tetap ada… orang kata macam ‘keramat hidup’… tik tidak tok tidak… pasrah jeee…
haslina mohammad dom
….teruskan Puan Rozita…saya tumpang jadi kuat semangat…
jamuratu malaya
Subhanallah
haslina mohammad dom
…teruskan Puan Rozita…saya tumpang kuat semangat…
Siti Zaleha Ibrahim
Saya rasa seperti nk melompat masuk dlm cerita Puan dan jd satu karakter yg blh mengubah keadaan menjadi sedikit ceria. Aarghhhh..sabar sabar..bnyk lg dugaan mendatang. Saya tunggu yer Puan perjalanan seterusnya….
jamuratu malaya
Ketawa sy baca komen puan…tu maksudnya Allah duga sy..bayangkan xda sape selama beberapa tahun…sy pun macam x caye sy pernah laluinya
ct salwanie
Adik ipar saya mcm ex puan jgk pemalas keja tidr ja anak bederet dah kalu saya jadi wife dia dah lama bawa haluan masing2 dah kesian kt ank makan xkenyang ja saya tabik kat puan berani ubah masa depan sendiri x harap bulan jatuh keriba ja
jamuratu malaya
Banyak lelaki macam tu..wife kerja..
Norliah
Sentiasa mengikuti coretan Puan…Dan tak sabar untuk menunggu kisah selanjutnya..semuga Puan sihat dan d permudahkan segala urusan..Aminn..
jamuratu malaya
Terimkasih cik Norliah..hanya ini sumbangan sy..sy tau sakitnya nak lalui hidup kalau xda teman bercakap…myb kawan ramai yg boleh suport moral x ramai ..lebih2 lagi yg ikhlas
lina
assalam puan rozita,
masyaAllah hebat betul dugaan puan.. hari ni br dpt buka website puan.. saya juga mempunyai anak yg disahkan doktor akan lumpur seumur hidup, tak bleh bercakap, cuma berbaring je.. alhamdulillah semua itu adalah proses pelajaran dan pembelajaran dlm hidup.. kagum dgn puan yg amat kuat.. berpisah dgn suami bkn melemahkan saya utk jaga dia sdn bhd.. tp Allah lebih sayangkan Nur Farah’Ain Jasmin.. enam bulan lepas bercerai, dia pergi buat selamanya.. Allah Maha Mengetahui.. ada hikmah di sebalik semua itu.. moga Allah beri saya kekuatan spt puan utk menharungi hidup ini.. alhamdulillah anak2 saya boleh faham situasi sekarang..
jamuratu malaya
Assallamualaikum puan, yg sy hormati
sy amat bahagia menerima emel puan…panjang juga kisah hidup kita..berkongsi demi memudahkan org lain mengapai kegembiraan …
lina
jamuratu malaya
PAssallamualaikum..Sy benar terasing..ceita dulu2..ha ha
jamuratu malaya
Waalaikumusalam
Puan pun ada pengalaman macam sy..Subhanallah. ..terimaksih share dgn sy juga
ilasaleh
rasa bersyukur tiba2.. dalam mcm2 dugaan yg saya hadapi sejak kelahiran anak ke 3.. bila baca tulisan puan.. jauh beruntung lagi saya nak banding dgn puan.. cerita puan yg cekal mengingatkan saya pada emak saya yang sangat cekal.. saya pun kena kuat mcm emak dan puan