Dugaan Nooraini

Beli rantai palsu nak menunjuk2 kaya kononnya..Nak balas rasa sakit hati..Betul ke cara sy ni..?? Dugaan Nooraini : Part 55

Sy nak Ani petah bercakap.. Sy dah berjaya usahakan Ani berjalan.. Alhamdullilah Allah bantu… Allah x kejam dn maha memberi keampunan, sy percaya tu.. Doa ibu xda hijab pasti Allah makbulkan dn bawa anaknya ke pintu shurga.. Bas pun sampai, sy pimpin anak2 naik ke dalam bas.. Setibanya di kampung rumah mertua, kami disambut dgn sebaik2nya..

Patutlah Islam suruh kita berbaik sangka, dn x berbalah antara sesama keluarga/muslim.. Berdiam diri adalah lebih baik.. Sebalik sabar sy selepas beberapa tahun kami berpindah ke felda serta bertahan dgn sikap keluarga  mertua akhirnya dapat juga sy merasa nikmat  dihargai oleh keluarganya..

Disini sy berlajar xda benda mudah pun sy nak dpt dlm kehidupan sy.. Jika nilai kekeluargaan  begitu susah nak dirasai apalagi nilai maruah dn kewangan.. Semua ni yg sy inginkan.. Itu keseronokan hidup bagi sy..!!.

BERUNTUNG LAH ANDA YG MEMILIKI KELUARGA BAHAGIA.. (Sy cari bakal suami atau menantu yg pentingkan dn mendahulukan family) KALAU X DA KELUARGA X LENGKAP DUNIA ORANG TU.. WALLAHUALAM..

Keesokannya sy minta sepupu sy mencarikan tukang rawat tradisonal yg dia kenal dikawasan kampung tu.. Rawatan kampung ni adakalanya nampak macam mengarut atau mitos.. Sy tengok dn lalui ia sgt berkesan..

Sbb tu sy merasakan pengalaman sy ni elok disimpan dn dikongsikan.. Kerana sy nak pembaca semua jgn memperlekehkan rawatan traditional atau rawatan Islam.. Ubat hospital bukan 100% garenti sembuh pun..

Sepupu sy memberikan jawapan dn riangnya sy mendengar berita dri sepupu sy tu.. Dia yg tinggal berdekatan dgn rumah mertua.. Katanya.. “Ada Ta tukang urut tu, 2 orang..!! Kalau utk sawan yg sorang ni pakai minyak burung bud bud dn sorang lagi aku dengar pakai minyak katak.. Aku dengar mereka ni pakar sakit Belawe/sawan”.. (bahasa org suku sy panggil sawan tu belawe.. Kudis yg x baik2.. mulut senget.. dan sawan tarik ni dipanggil belawe)..

Sy mendengar dgn minat sekali penerangan sepupu sy ttg tukang urut ni, dan sy akan pergi ke2nya sekali.. X kisah lah minyak apa pun janji x haram bukan minyak b*** pun kan….ha ha ha..!!

Hari yg dijanjikan sy dtg bawa Ani berjumpa tukang urut traditional tu.. Yg sorang tu mengajar teknik urutan di bawah dagu dn bawah/belakang telinga.. Dia menyatakan minyak yg diberikan tu ialah dri burung bud2.. Kalau org patah, terseliuh diurutnya terus sembuh kebiasaannya..

Paling menarik perhatian sy ialah tukang urut sorang lagi ni, selain mengajar bagaimana urut Ani seluruh badan nak pulihkan urat2 badan Ani yg kena sawan.. Hati nak tau tp x tergamak nak dengar Jawapannya bagaimana dia buat minyak urut yg di proses dri katak tu.. geliiiiii..!!

Selepas berjumpa ke2nya setelah dibantu oleh sepupu sy.. Sy belajar cara mengurut pd urat2 tengkuk dan dagu Ani dn saraf2 penting utk Ani kembali normal.. Sebelum ni kaki dn pd badan Ani  sgt kecil meskipun dh boleh jalan.. (next  stori sy tulis perubahan Ani lepas sy urut pakai minyak tu)..

Masa dirumah mertua tu jadual sy sgt padat, sy ke pasar beli ikan masin dn cari bahan2 yg boleh dijual balik.. Kat felda tu bukan semua ada.. Sy disana hanya 2 malam dn esoknya sy bertolak balik semula ke Pahang..

Masa dlm bas menuju ke Pudu Raya teringat sy pepatah melayu dn kebenarannya “dekat bau taik, jauh bau bunga”.. Gitulah kan manusia.. Sy bukan malaikat dn terus berhati mulia..

Buruk sangka tetap meresap ke otak bila terkenang kenangan lama, masa sy menumpang dirumah tu.. Dulu sy x menyumbang apa2 dlm keluarga, org pandang rendah sgt.. Bila sy berniaga dn sy yg menaikan ekonomi perkahwinan, maka sy dilayan baik sekali..

(Sejak ni sy belajar dn melihat bahawa kasih sayang dn perhatian manusia tu  pandang rupa, harta dn darjat)

Masa perjalanan balik sy sempatkan berjalan2 disekitar Pudu Raya sementara tinggu bas ke Kuala Lipis… Sifat kewanitaan suka perhiasan dn nampak cantik tarik perhatian sy utk singgah dikedai aksesori.. Sy suka sangat rantai batu2 nilam dn zamrud.. Nampak mahal  dn cantik sekali bila sy mencubanya.. Sy pejam mata terus beli je, Sy x fikir mahal atau murah atau membazir.. Sy nak merasa..

Pemandangan Bandar Kuala Lipis terkini..
Pemandangan Bandar Kuala Lipis terkini..

Masa beli tu, bisikan setan memujuk.. “Ko pakai ni mmg cantik.. cakap je original.. Bukan org tau pun ko pakai emas atau palsu.. Bila org tanya nanti cakap je ko beli.. Tunjuklah yg ko mmg banyak duit.. Biar org2 felda kat sana tengok ko melopong mata.. Balas sakit hati ko kat org yg buruk sangka mengata ko selama ni..”..

Sy terus memakainya dan nampak sangat elegan (x tau lah sy ni perasan atau apa.. yg penting masa tu sy rasa cantiklah).. Sy sgt teruja kemajuan KL.. Lama sgt sy x tengok KL..

Sy akan kembali lagi kemari.. Rugi sy rasa tinggalkan KL.. Sgt ketinggalan sy rasanya dgn arus kemajuan KL.. Teringat sy kata2 ex suami sy “KL NI LUBUK REZEKI.. KALAU JUMPA LUBUKNYA MMG JADI KAYA RAYA”..

Hanya dgn ayat ni sy menyimpan azam keluar dri felda tu nak mencari lubuk emas yg x pasti pun arah jalannya..

Next story sy tulis ujian Allah lagi bagaimana Ani tertelan duit siling terpaksa bawa ke hospital dan nurse kata “awak dulu ada masuk hospital, lepas tu lari x bayar duit hospital kan..??”… Terkebil2 sgt malu terasa sy ni penipu.. Haii banyak betul kisah2 zaman  muda sy yg daif lagi naif..

2 Comments

Leave a Reply to GokuSuperSaiya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!