Petua Bonda
-
Rahsia ku, rahsia mu jua.. Part 1
PART 1 : Jangan biar badan gemuk terlalu lama… Sebagai mukadimah , sy suka nak berpesan “Kita tak akan jadi orang lain dan orang lain tak kan jadi kita..” Itu je dah jelas bahawa semua manusia tak boleh disamakan rezeki, kesihatan, jodoh, takdir semua ketentuannya ..ini kan pula sistem badannya..!! Sering sy lihat ramai yg jadi stress sakit hati sebab lihat orang lain kenapa mudah kurus..kenapa aku lambat.!! Badan setiap manusia tak sama sistem dalamannya.. Ada cepat kurus ada yg lambat kurus.. Bergantung umur, tahap metabolisma, Hormon, penyakit, kecergasan, genetik. tu semua mainkan peranan.. Maka sewajarnya bab menguruskan badan ni ” Jangan rasa stress… Jangan paksa diri nak kurus cepat..!!…
-
Halba buat manusia…
Saya mengenal alam lebih dekat dan syukur pada Allah SWT yang mengurniakan terlalu banyak nikmat pada saya dan kita semua sebagai hambaNya. Selagi ada umur dan rezeki kesihatan atau kewangan saya mahu lagi melihat keindahan alam ciptaan Allah. Apa yang saya ingin kongsikan kali ini ialah Halba. Betul kata Rasullulah S.A.W lebih kurang begini sabdanya “jika kamu tahu kebaikan herba pasti akan kamu tukar ia dengan emas”. Buat ibu yang menyusukan bayi halba membantu membanyakan air susu. Halba sangat sedap sebagai campuran kari dan nasi dagang. Sekiranya anda sakit tekak, batuk, tonsil bengkak – rebuskan1 sudu teh halba ditambah kepada 2 cawan air, rebus sehingga kurang kepada¼ cawan. Berkumur2 dengan…
-
Rawat ketiak bau hangit..
Masalah ketiak berbau busuk dan hangit amat memalukan terutamanya bagi wanita. Ia terjadi terutamanya semasa berpeluh dan cuaca panas. Bagi pendapat saya yang banyak melancong keluar Negara iklim Negara kita menjadikan bau peluh menjadi sangat kuat. Ada pendapat mengatakan ketiak busuk disebabkan oleh hormon atau terlebih makan bawang merah dan bawang putih. Memakai deodran adalah salah satu cara mengurangkan kadar bau ketiak. Cara tradisional paling berkesan yang saya dapati amat berkesan ada 2 cara: Rebuskan daun jambu batu bersama garam bukit. Mandi semasa air masih suam. Sentalkan daun jambu pada ketiak. Amalkan 2 atau 3 kali bau ketiak akan hilang terus. Insyaallah… Limau purut sangat bagus dalam rawatan menghilangkan bau…
-
Sayur drum stick Rawat asma dan cepat tinggi..
Drum stick atau sayuran tongkat pemukul dram bantu kualiti kesihatan lebih baik . Bila anda membaca tajuk tulisan saya pasti anda akan fikir peha ayam kan..!! atau pengetuk drum ..?? Sayur ini juga dikenali sebagai kelo. Kaum India sangat mengemarinya dan dikatakan ia menbuatkan selera sex semakin kuat selepas mengamalkannnya…Haa bagus tu..!! ha ha ha begitu juga lady finger ..Tulisan saya kali ini ialah sayuran yang dipanggil drum stick . Ia hidup di negara India . Ia gudang sumber mineral dan vitamin yang sangat tinggi. Akar, kulit kayu, batang, daun dan buah-buahan semua berguna. Jus yang diekstrak daripada sayur-sayuran ini kaya dengan kalsium. Ia sangat bagus untuk anak-anak yang membesar…
-
Endives ATAU SALAD DEWI Rawat resdung dan anemia. Wanita hamil wajib baca..
Jangan anggap ia simptom biasa bagi wanita yang sedang hamil seperti keletihan dan mudah kehilangan tenaga . Kelajuan denyutan jantung yang luar biasa terutamanya ketika pegerakan yang aktif . Itulah tanda-tanda gejala anemia antara lain termasuklah sesak nafas kerap pening dan sakit kepala. Ia sering dianggap sebagai gejala biasa bagi wanita yang sedang hamil ..!! Ini disebabkan kekurangan zat besi dan asid folik iatu salah satu kumpulan vitamin B . Anemia terjadi akibat hemoglobin ( sel darah merah ) menurun dari paras normal. Orang yang ada anemia perlu banyak makan zat besi. Gejala Anemia berbeza-beza bergantung kepada punca anemia. Umumnya anemia dikatakan sering dialami oleh wanita hamil. Tetapi ada di…
-
Dill rawat luka, banyakan air susu dan rawat insomnia…
Rumpai Dill hidup dinegara orang kulit putih . Banyak zat didalamnya dan ia juga digunakan sebagai herba dinegara asia tengah. Di Poland ia dipanggil “Koper,” ia adalah salah satu herba yang paling popular digunakan di dapur sama seperti daun pasli dan daun kucai. Sejarah perubatan dibarat telah lama mengunakan daun dill untuk menyembuhkan luka terbakar pada askar zaman dahulu. Caranya dengan menjadikan pes herba dan disapu pada kulit . Kini ia lebih popular sebagai sayuran dalam salad, jeruk dan sup. Selain dijadikan rawatan untuk kulit terbakar ia boleh menyembuhkan masalah sukar tidur atau insomnia. Rebus dill di dalam air dan minumlah jadikan sebagai amalan sehingga masalah sukar tidur dapat diatasi.…
-
Selasih suci & zikir rawat sakit mental
Ramai dikalangan kawan saya dikalangan elit dan orang kebanyakan mendapat penyakit kemurungan depression. Schizopherenia lebih serius..!! Jika tidak dibendung boleh menjadi gila tahap kronik dan memerlukan rawatan jangka panjang. Orang begini akan mengambil ubat-ubatan hospital dan pasti ada kesan sampingan yang memudaratkan. Gila meroyan antara masalah kemurungan akibat perubahan hormon selepas bersalin. PESAN SAYA KESIHATAN OTAK JANGAN SEKALI DIABAIKAN. Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Allah SWT menyediakan khazanah alam dan kejadiannya untuk manusia. Manusia merupakan ciptaanNya paling terbaik. Wajib kita bersyukur segala nikmat dari Allah sebenarnya teramat banyak jika kita mahu melihat dengan mata hati. Jika kita bergantung dengan dunia atau logic akal semata2 itu lah penyebab segala…
-
Kuruskan badan fasa tua pulak..!!
Saya kongsikan bagaimana saya kuruskan badan di fasa tua ni pula..sambungan dari BURUK BAIK JOGGING & DIET TAK MAKAN NASI LANGSUNG..!! (Gambar ini semasa saya mengandungkan anak yang ke 7 di Jepun). Saya sangat percaya senaman itu penting tetapi jangan keterlaluan..!! lebih2 lagi kalau dah berusia macam saya ni…Gini lah sebelum cerita panjang.. Lebih elok saya berlapik cakap bahawa apa yang tulis ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dari muda, tengok dari kenalan dan diri sendiri yang mengalami masalah kegemukan ..Bukan dari mengambil mana-mana fakta orang lain..!! Jika nak percaya boleh ..Tak nak percaya pun tak mengapa… Saya dapati wanita di usia remajanya aktif bersukan dan lasak berjogging akan mengalami…
-
Kegunaan daun kari
Minggu lepas staf bernama Wawa masih dalam cuti bersalin 20 hari berpantang . Whats app saya merujuk pandangan – katanya dah 2 hari sakit tengkuknya rasa tegang badannya berat lesu tidak berdaya, cirit birit dan muntah-muntah. Dia pergi berjumpa doktor dan makan ubat hospital masih tak sembuh. Dia tidak menyusukan bayinya kerana risau akan menjangkit kepada bayinya. Soal saya padanya adakah dia salah makan atau terlanggar pantang kemungkinan terjadinya bentan. Katanya semua ok makan tak ada yang salah makan. Terang saya lagi bentan ada banyak jenis punca dari salah makan atau minum, tersadung kaki , menarik sesuatu dengan kuat, terkena hujan, terhidu bau dan melakukan sex dalam pantang. Saya minta…
-
Minyak kelapa dan khasiatnya…
Saya tak tahu banyak mengenai minyak sawit . Apa yang saya ingin tulis hari ini tentang minyak kelapa. Tahun 60an minyak kelapa untuk memasak bukan dari minyak sawit . Zaman itu minyak bukan mudah dijual seperti sekarang malah sering kehabisan . Saya banyak membantu arwah abah berniaga dikedai . Minyak kelapa dijual didalam tin zink besar ( pakai pam dan timbang ikut kati ) dan dibeli mengunakan botol kicap atau masuk plastic. Minyak Mazola sudah wujud waktu itu dan hanya digunakan untuk membuat biskut mazola atau biskut kacang. Rasa masakan mengunakan minyak kelapa jauh lebih sedap daripada minyak2 lain yang ada didunia ini dan itu memang fakta dari saya sendiri..He…




















