• Pejabat JRM
    Biodata Bonda

    Orang Guna Sihir Tak Akan Senang…

    Bulan Oktober 2013.. pejabat JRM kecoh, gangguan sihir berlaku. Lembaga hitam berkeliaran pada waktu petang jam 6.00 dan suara memanggil-manggil. Paling ketara, saya yang sangat aktif menjadi sangat mengantuk dan tidak boleh lama di pejabat. Saya hanya nak balik rumah, yang peliknya tiba di rumah hilang terus rasa mengantuk! Walhal saya bukan yang jenis tidur waktu siang. Staf juga turut mengalami rasa malas dan mengantuk yang sama macam saya.. Sejak kehadiran seorang staf baru, setiap hari duit dan produk hilang. Pada awalan berkerja dia tak mencuri sekali banyak sekitar RM100 ke RM200 sehari! Tak ada bukti nak tangkap terlalu licik. Orangnya sopan berusia 40an. Solat tak tinggal dan dalam beg…

  • rawatan sihir
    Biodata Bonda

    Orang Maki Tak Mengapa, Jangan Kena Sihir…

    Khianat dan dengki itu ialah penyakit hati dan paling dahsyat bila menggunakan sihir. Bagi anda yang pernah mengalami gangguan sihir akan boleh menyelami cerita saya dan merasakan azabnya! Tengkuk jadi berat, tak bersemangat nak berkerja, berdebar-debar, perasaan benci yang melampau kepada pasangan. Marah dan sedih tanpa sebab! Berbagai jenis sihir dan saka. Jika ia bercampur akan mengganggu kehidupan, kata suami saya! Bila hati lalai pada Allah, syaitan jin sihir mudah datang mengganggu. Perkara asas ibadat sangat perlu diperbetulkan. Tertib awal wudhuk sehingga solat, banyakkan mengaji Al Quran di rumah. Ganguan sihir yang melampau, bayangkan menantu saya basuh kereta lewat petang nampak Pontianak elok dia berposing seawal jam 7.00 petang! tak…

  • Biodata Bonda

    Tak senang seperti yang disangka…

    Tundukan suami atau isteri, atau nak mendapatkan cinta orang yang disukai atau kerana hartanya! Mendapatkan hajat melalui hubungan syaitan dan jin. SYIRIK dan DOSA paling besar menyekutukan Allah SWT. Hidup panas, tak berkat, mati lagi susah! Pengalaman hidup saya tak pernah lekang dek ujian.. bertindak cepat buat keputusan dapat menyelamatkan keadaan jadi lebih parah… Janda miskin orang kata jahat sebab nak rampas suami orang dan nak tumpang senang.. Wanita kaya lebih lagi susah ranjaunya! Nak cari orang yang ikhlas sayang kita sangat susah! Sayang ada makna.. nak mengaut harta dan ambik kesempatan. Ikatan perkahwinan, talak dan gunakan kasih sayang kononnya! Bila bercerai tuntut duit macam kes ugut.. bukan sikit.. BERBELAS…

  • Biodata Bonda

    Ibu tetap terbaik..!!

    Inilah mak saya Aminah Abd Satar. Mak merupakan anak yang paling dimanja kerana anak bongsu. Ia sangat disayangi dan semua kehendaknya dituruti oleh kedua ibu bapanya. Amat berbeza dengan kehidupan mahupun sikapnya dengan abah. Sangat kontra! Tidak apa yang menarik ingin saya ceritakan disini tentang ibu. Apa pun segala perbuatan terhadap saya adalah kejahilannya semasa muda. Allah telah takdirkan saya lalui begitu dan gantikan kehidupan saya jauh lebih baik dari orang lain! Allah maha adil. Meskipun perjalanan saya sakit tapi saya berterima kasih kepadanya kerana apa yang saya terima dari dia adalah pelajaran yang banyak hikmahnya! Semasa tahun 2003, saya pernah didatangi oleh 3 orang pensyarah Universiti dari Jepun, UM…

  • Ayah Puan Rozita
    Biodata Bonda

    Abah lelaki handal dan hebat…

        Arwah abah saya Ibrahim Hj Ashaari lelaki yang hebat terbaik dalam hidup saya. Semangat yang luar biasa.. pendiam dan bercakap dengan motivasi dengan ilmu. Inspirasi dan saya sangat meminatinya SEJARAHNYA. Abah berketurunan Banjar dan kacukan Arab. Cerita kehidupannya membuka minda saya. Ibu bapanya berpisah . Nenek menjaga kesemua 8 orang anaknya. Arwah atok tak ambil peduli kerana ada isteri baru. Abah merupakan anak kedua dan anak lelaki yang besar membantu ibunya menyara kehidupan. Abah membuat kerja sawah padi sambil bersekolah. Setiap hari lauknya hanyalah kangkung goreng, garam dan mencari ikan di parit. Keluarga abah ketika itu paling miskin di kampung dan sangat hina. Rumah abah tiada dinding hanya…

  • Dia kawan rapat saya – Anak sulung - Rakan Perniagaan
    Biodata Bonda

    Dia kawan rapat saya – Anak sulung – Rakan Perniagaan..

      Kami lalui bersama azab cari makan Rozita dan Yati Yati Anugerah Allah terbaik untuk saya dan contoh untuk adik-adiknya. Semasa melahirkan Yati ketika itu umur saya 17 tahun. Saya tidak pernah bersedia jadi seorang ibu dan tidak mengerti apa itu erti perkahwinan. Usia terlalu muda dan berkahwin secara paksa dari keluarga menjadikan saya melaluinya dalam tekanan. Perasaan saya kepada anak-anak bukan sebagai ibu tetapi seperti seorang kakak menjaga adiknya ketika itu. Bila Yati berumur 5 tahun baru saya sedar bahawa saya ibu kepada 3 orang anak. Sejak itu saya makin bersemangat untuk meneruskan kehidupan atas naluri keibuan. Jasa ibu pada anak mengandung mendidik dan membesarkan.. tapi cerita saya kali…

  • Biodata Bonda

    Beg Guangzhou – Beg tangan inilah yang berharga RM250…

    Beg Guangzhou – Beg tangan inilah yang berharga RM250 – menjadi isu hangat di internet. Ha.. ha.. ha.. Kecoh.. Tak ada yang kena, niat saya bercerita perkara betul untuk dijadikan iktibar, orang kutuk juga. Orang tak suka! Saya tak malu sedikit pun mengaku asal saya yang tiada pelajaran dan penoreh getah. Kalau dah itu sejarah hidup saya, tak kan saya nak beli status doctor kot! hanya semata-mata nak dipandang mulia disamping nak lariskan produk jenama saya. Prinsip saya jelas: Saya mampu beli darjat jika untuk ada nama agar dihormati dan disanjungi. Saya tak mahu menipu orang apalagi diri sendiri.. ia kelihatan seperti syok sendiri, bodoh dan memalukan. Kita tahu siapa…

  • Petua Bonda

    Teknik kupas bawang…

    Teknik kupas bawang… Untuk mengelakan pedih dan senang menguruskannya. Masukan bawang dalam peti beku dalam 1-3 jam jangan lebih untuk menghilang gas pedih. Merendam dalam air garam dan sedikit cuka sebelum mengupas. Paling senang ialah mengunakan pisau tembikar dan cara ini sangat sesuai untuk majlis kenduri. Petua saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi.. Layari : http://jrm.com.my http://rozitaibrahim.net https://www.facebook.com/JRMOfficial http://instagram.com/official_jrm https://twitter.com/official_JRM

  • Petua Bonda

    Rawat Muntah…

    Rawat muntah : Ambik tali kasut yang agak panjang Bacakan selawat atas nabi setiap kali satu simpulan dengan niat dalam hati  “ Ya Allah berhentikan lah muntah sipolan bin polan dengan izin mu “ Buat 3 kali simpulan dan 3 kali niat sama step yang awal tadi Akhir sekali ( simpulan ke4)  ikatkan pada leher anak atau siapa yang kerap muntah dengan niat yang sama sebagai kunci dan ikat mati.. Petua ini sangat berkesan – dan bila sudah sembuh Mulakan buka simpulan mati pada leher sedekah fatehah pada Rasullullah SAW Mulakan buka 3 simpulan yang lain dengan zikir – selawat – subhanallah- alhamdullilah –lailahaillalah- allah hu akhbar. Petua ini jangan…

  • Petua Bonda

    Rawat – Bersalin kembar darah sangat menyakitkan…

    Petua cara merawatnya ialah ambil kelapa yang dikopek ( Bukan kelapa parut ) Masa mengigit tubacakan Bismillahirahmanirahim dan berdoa “ Ya Allah aku berdoa dan hanya pada mu aku bertawakal. Ringankan bagi ku kesakitan dan hentikan kembar darah ini , maka permudahkan bagi ku melahirkan anak ini ” Salawat 3 x kepada nabi. Kunyah bersama gula merah. Sambil dalam hati zikirkan : 1) Astaghfirullahalazim 2) lahaulawakuw wata illa billah hil ali yil azim 3) laila ha illa anta subhanaka inni kuntum minozalimin. InsyAllah serta merta sakit akan berkurangan dan kembar darah akan berhenti ..mudah pula melahirkan..!!       Petua saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi.. Layari…

error: Content is protected !!