Dugaan Nooraini

Yati Protes Geram Sbb Sy Degil.. Dugaan Nooraini : Part 70

Assallamualaikum kepada semua pembaca blog yg sy kasihi..

Lama sangat sy x update blog kerana kesibukan waktu berkerja sehingga tak berkesempatan langsung bersendirian utk menulis..

Kalau FB ada staff yg bantu jaga utk jualan online. Berbeza dgn blog hanya sy yg menulisnya. Ye lah semuanya ttg diri sy terutamanya bab petua dn kisah silam.. Sy je yg tahu dn sy kena mengingati kembali kisah2 lama tu..!!

Menulis blog ni pun niat sy utk memberikan panduan kepada generasi muda dalam megharungi hidup yg serba mencabar. Kekuatan semangat dan minda sangat perlu. Maka sy menulisnya hanya utk menemani anda yg dalam ujian, myb ia sesuai sebagai nasihat dn pemberi semangat kepada pembaca yg sedang dalam ujian kehidupan. Semua org ada masalah dan bukan kita sorang jer yg susah, malah ada org yg lebih susah.

 

Kisah sy lagi dalam Dugaan Noor Aini Part 70..

Bangun dari tidur meskipun sibuk menguruskan rumah tangga petanda mimpi malam tadi bermain2 dalam fikiran, sy takut kerana merasakan perceraian semakin dekat. Mmg hati x pernah ada rasa sayang pd ex suami tapi sebagai manusia sy tetap berasa kasihan dn x yakin dgn nasib sy jika hidup sendirian dimasa yg kedepan.

Sy pula xada kawan2 atau saudara sebagai merujuk perkara kecil apalagi yg besar. Sy perlukan nasihat dan bimbingan.. (Sbb tu sy akan guide anak2 supaya memilih kawan yg baik dn bijaksana. Ia sgt penting supaya kita dapat nasihat dn teguran. Mereka ni mewarnai sikap dn cara kehidupan kita.. Takut salah langkah dalam apa jua keputusan.)

Bagaimana melalui perceraian.? Sy x pernah curang tapi sy tetap mahu mencari kehidupan lain tanpa dia sebagai teman hidup yg membebankan. Waktu itu sy terfikir adakah semasa sy berkerja di KL nanti sy mencari lelaki lain..

Atau sikap dia yg lemau tak mahu berubah sehingga sy optimis bertindak lebih drastik.. Sy umpama menanggung 4 manusia yg perlu di didik dn diberi makan… “Alangkah bahagia dn senangnya kalau dapat lelaki bijak, kuat dn bersemangat juang tapi sy x berani bercerai kerana siapa nak kawin dgn janda miskin beranak 3, dn x berpelajaran.. Ahhh merapu je anganan sy ni.. Jangan difikir itu hanya mimpi, perjalanan takdir kedepan x sape yg nampak dn biarkan takdir tu lah menentukan “

Sy nekad pergi ke KL esoknya dan sy tak dapat bayangkan bagaimana sy lalui pemergian sy yg lama pada kali ini. Sy banyak memerhatikan anak2 hari ni dan mencari kesempatan mendekati Yati utk menyatakan dn mengucapkan “mak nak pergi esok”.. punyalah berat.

Sy    : Yati.. Nampak tak beg besar yg Mak dah kemaskan tu (menahan sedih)
Yati : Haah nampak Mak.. (Muka Yati masam dan terus diam sejenak)
Sy    : Yati jer mak boleh cakap sbb adik2 x faham kan.. Mak kena pergi tinggalkan Yati, Abah & Adik2 kali ni. lama kali ni Yati, baru Mak balik.. (terus x boleh sambung dah, menahan tangis)
Yati  : Yati x suka tau Mak.. Tapi yati x tau nak cakap apa lagi.. (Tegas menahan geram. sy kenal Yati dgn cara dia menjawab sambil menangis)

Kami sama2 menangis dn sy hanya mampu memandang Yati dalam hati sy bergoncang kesakitan sambil berdoa pd waktu itu supaya sekiranya Yati dan anak2 memahami, membantu dan x menyalahkan sy sebagai ibu yg muda.. Sangat kuat mengejar cita2 tanpa rasa kasihan sanggup meninggalkan mereka sewaktu anak2 masih kecil..

“Biar org kata sy jahat tapi jangan lah anak2 sy mengatakan sy jahat, bantu sy Ya Allah supaya anak2 sy x membenci sy. Sy bukan berpoya2 dn bukan niat sy meninggalkan mereka utk kerja sia2. Sy buat demi masa depan dn hidup mereka Ya Allah. Pemergian sy selama 2 tahun x lama.. Berat bagi keluarga kami Ya Allah, kerana sy yg paling kuat dalam membina kehidupan kami. Bantu sy Ya Allah demi rezeki dn perjuangan sy ni Ya Rabb.. Kuatkan semangat dn tenaga sy utk berjuang”..

Yati menangis dan sy tau dia juga x kuat nak hadapi saat ni.. Usia dia baru 6 tahun waktu itu. Sejak kecil Yati sgt tegas dn berani orgnya sikap rasionalnya dapat sy lihat sejak kecil lagi. Akhlak dn cara dia bertindak sesuai kehendak sy sebagai wanita yg berfikiran kedepan.

Meskipun sikap kerasnya dia x lembik seperti kanak2 perempuan lain. Berani tapi dia masih tahu logik dn peradaban antara anak dn ibunya.. Sikapnya sangat melindungi adik2 dn kepentingan keluarganya

Sy kelu tanpa bahasa.. Sy x boleh nak sampaikan kata apa2 lagi diwaktu ini melainkan rasa bersalah pada Yati. JIka boleh dirakamkan dgn video saat2 kesusahan sy waktu itu pasti sy lah org akan menangis dn sgt mensyukuri perjalanan dn pertolongan Allah yg maha besar..

Sayu waktu berlalu.. Makan tengahari sehingga ke waktu malam, sy kurang bercakap kerana esok sy akan ke KL.. Anten dn Ani seperti tiada apa2 yg akan berlaku kecuali Yati yg sangat beremosi.. Ex suami sy x beritahu apa2 sepanjang siangnya.

Malam itu sy sampaikan pdnya dlm keadaan berbisik. Jauh dari kedengaran anak2 “esok hantar sy ke stesen bas subuh2 waktu anak sedang tidur. Sy x nak anak2 tengok sy pergi. Nanti kejap lagi anak dh tidur sy nak letak beg besar sy keberanda supaya mereka x dengar sy keluar pagi nanti..”

Ex suami menganguk saja tanda setuju, sy masuk tidur ke kelambu anak2. Duduk sy sebentar dalam samar2 lampu pelita minyak tanah.. (cuba pembaca bayangkan umur sy waktu tu 23 tahun dan perasaan seorang ibu yg akan meninggalkan anaknya. Dalam hati rasa nak terbang menangis sedih sangat terbaring anak2 tidur berbaris 3 orang.. Berat dn tangisan hati ni Subhanallah sempit dada menahan. Kalau diingat kembali sy sendiri x percaya kuatnya semangat sy dan tega betul sy ni.. Maafkan lah Mak sebanyak2nya anak2 atas tindakan mungkin bodoh dn keterlaluan cara sy..!! ..Tp jika x berani Mak x mampu ubah apa2 nasib kita dn kita masih di Kechau lagi sampai sekarang…)

Kata2 hikmah sy buat pembaca semua sebelum sy meneruskan ke Part 71…

“Orang yang tamak kepada dunia, ia akan berusaha mendapatkan hajatnya utk perkara kemasyhuran atau kekayaan dunia. Ketika ia bermati2an mendapatkan seluruh perkara keduniaan jika tidak membawa urusan akhirat bersama2nya, akhirnya kekayaan dunia itu akan menjadi bala baginya dan membawa kesengsaraan baginya “

Indahnya kesabaran yang disertai dengan ilmu dan org yg memperbaiki akhlak, menajamkan mindanya melalui ilmu. Beramal bila ada ilmu.

Percayalah kesempurnaan & yang paling sempurna adalah dengan mendalami agama, sabar menghadapi musibah dan berjimat dalam mengeluarkan perbelanjaan hidup..

7 Comments

  • salwani

    alhamdulillah..yeay akhirnya ada sambungan terbaru..
    sya bru jumpa blog bonda minggu lepas, dlm masa 3,4 hari sya habiskan baca part 1 smpai 69.
    sedih ingatkan bonda xsempat nk update lagi sambungan part 69. izinkn sya pngil bonda ya, sbb lpas baca kisah2 bonda, rasanya bonda dekat sgt dihati sya..umur pon lebih kurang mak saya. teruskan menulis ya bonda, mmg jadi inspirasi kpd wanita diluar sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!