Dugaan Nooraini

KUIH SY ADA TAHI LIPAS.. Kesian sy tengok kuih sy difitnah Dugaan Nooraini : Part 17

Sambungan part 17, 

Tingggggggg…. Perjalanan pulang kerumah menaiki bas x terasa pun jauhnya.. Kerana kepala merewang masuk ke alam lain.. Sayup2 kedengaran bunyi loceng.. Mengelamun sy mencari idea mencari duit sebagai sampingan pendapatan yg lain.. Minat sy kepada dunia kecantikan bukan masakan..!! Bagaimana saya nak menjual kosmetik sambil menoreh getah nanti.. Jual goreng pisang dan karipap sekarang mmg untung sebab semuanya hasil bertanam sendiri.. Lepas ni kalau pisang dah x bermusim semua kena beli,  maka kos jadi lain..

Sebenarnya hajat hati sy nak buat selingan sambil menoreh getah nanti.. Sy bukan nak menjual kuih sebagai sampingan pendapatan utama.. Penat dan mengotorkan tangan.. Kerana makanan ni risiko rosak dan menguruskan leceh.. Berpanas dengan api merosakan tangan dan muka.. Sy x berhajat utk berterusan menjual goreng pisang sebab orang akan jemu. Saya kena buat satu kelainan.. “Ha kak dah sampai.. Jauh betul sy tengok akak mengelamun”.. Tersentap sy ditegur oleh kondaktor Bas.. Senyum sy balas kepada kondaktor bas tu kerana mengingatkan sy..

Sy mengumpulkan semua beg2 plastik belian masa di Lipis tadi.. Sy pun turun dan terus berjalan menuju ke moto yg  sy letakan / tumpang dekat rumah orang kampung.. Sy start moto dan terus menuju ke rumah.. Antara Padang Tengku ke rumah ambik masa dalam masa 40 minit.. Jalan tanah merah kiri kanan hutan tebal.. Kini dah jadi High Way Gua Musang Kelantan.. (Setiap kali ke Kelantan sy akan singgah melihat tempat zaman daif sy dulu tu.. Sayu sedih rumah tu jadi macam reban ayam sekarang dan teringat sy membesarkan 3 anak2 sy dengan perkahwinan pertama sy..)

Setibanya dirumah ex suami menyambut sy dengan anak2 di depan pintu rumah .. “Mak balik, yea yea mak balikk Abah.. Banyaknya Mak beli kan Abah.. Banyak nya”.. Jerit Yati.. Saya senang sekali melihat Yati gembira.. Sy menongkat moto ketepi rumah .. “Yati ni baju baru Yati.. Baju bundle, banyak Mak beli 5 helai setiap sorang.. Adik2 pun ada.. Ni anak patong kelip2 mata biru.. Mak beli sbb dah janji hari tu kan.., Lepas ni Mak noreh getah pulak.. Yati kena tengokkan dan jaga adik.. Kalau Mak banyak duit nanti kita boleh hidup lebih baik dari sekarang.. Yg penting Yati kena tolong Mak ..dan Mak pulak kena kuat2 kerja”..

Ex suami bab menjaga anak mmg suka dan boleh dipercayai..!! Anten bayi sy lena tidurnya masih dalam buaian.. Sy terus ke dapur menyiapkan kuih utk dijual petang ni. Mungkin terlalu kerap menjual kuih.. Jualan sy sedikit merosot.. Habis semua ceruk kongsi Indonesia telah diterokai. Saya pula sudah agak mahir menoreh getah berlatih dengan batang pulai tu lah.. Hanya tinggal 2 minggu saja lagi kami akan mula menoreh getah.. Meskipun jualan sy merosot.., sy berpuas hati kerana sekurang2 sy sudah melihat dan mencuba bentuk ikhtiar sy.. Sepanjang menjual kuih ke kongsi Indonesia x pernah ada komplen.. Alhamdullilah..

Sy mmg tidak bergaul dengan masyarakat kerana sibuk urusan anak2 dan memasak.. Sy cuba meningkatkan jualan dan mencari alternative lain.. Sy menyuruh ex-suami meletakan kuih dikedai2 kopi dalam kawasan felda (waktu pagi).. Sy gandakan usaha..Kena masak pada waktu pagi dan petang.. Sambutan awalnya ok..Lama kelamaan tuan kedai komplen goreng pisang sy ada tahi lipas.. Rasa lipas..

Saya minta ex suami minta pada Tuan kedai tu bagi sy sample kuih yang ada rasa tahi lipas tu.. (TAK  BAGI PUN).. Kalau x nak jualkan cakap je lah terus terang.. Mudah je ..!! x payah cakap ada tahi lipas dan bagi alasan fitnah.. Semua akan jadi mudah jika cakap benar… Kalau nak perbaiki maka sy akan perbaiki.. Sy terima apa sj komen kalau sy salah sy akan betulkan..

Kalau tak suka cakap je x suka, sy  akan cari lain.. Bukan berkias begini.. Ia menyusahkan dan akan jadi panjang.. Ikhtiar bukan 1 dalam prinsip hidup sy.. Sy makan dan  test satu persatu… x da pun kesan dan rasa tahi lipas..!! Selama beberapa bulan sy jual di kongsi Indon.., elok x da ape2 komplen.. Sy ni pembersih.. Mana mungkin bagi kotoran nak jual dan bagi org makan, nanti rosak nama sy juga( sy sangat jaga maruah dan kepercayaan).. X sampai sebulan pun, sy akur ini ujian utk sy.. Dan sy berhenti menjual kuih yg menumpang dikedai kopi orang tu..

Sy buat laksa pulak..Tumpang kat gerai belakang rumah sy tu.. Dapat lah jualan sy RM6 sehari.. Strategi lain pula sy buat utk menjimatkan tenaga dan kos minyak.. Sy kurangkan menjual hanya seminggu 3 kali je.. Pendapatan seminggu menjual tu dapatlah minima RM 100 ke RM 130. Orang Indon mula jemu dgn kuih yg sy jual… Sy minta ex suami bertanya (research marketing) pandangan mereka org2 Indon tu… Apa yg elok kami jual selain kuih..

Pulangnya ex suami ke rumah.. Segera sy bertanya apa jawaban mereka.. Jawabannya ialah mereka minta sy menjual ikan sayur pulak.. Sy ada sedikit modal dan sy tau menjual ikan risiko lebih tinggi kerana semua kena beli.. Modal besar dan risiko busuk.. Xda peti nak simpan ..

Maafkan sy kepada semua pembaca blog.. Sy x sempat nak up date blog.. 2 hari ni sy sedih sangat ..!! Allah kurniakan sy macam2 nikmat. Semalam hari lahir sy, sy renung banyaknya dah sy lalui.. Sy kena perbaiki diri dan mutu iman… Umur sy bukan lagi semakin banyak… Tapi semakin kurang harinya…

Sepanjang hari sy menangis semalam bercampur baur rasanya.. Syukur, gembira.. Sedih dan hari ni setiap kali org terdekat menghargai sy.. Saya sayu sangat.. ADAKAH KEMATIAN SY NANTI ORANG AKAN INGAT DAN SAYANG SY SEPERTI NI..Sejak muda sy lalui hidup sendiri.. Nanti dikubur sy pun sendiri..Sy sunyi jugak sorang2 kat sana..Takutt… Doakan sy juga ye.. Kalau sy dah tak da nanti..

Sy sambung lagi esok Insyaallah dugaan Noor Aini..

19 Comments

  • siti fadillah

    Yang ni sy suka bc tulisan puan…sy akan termenung semula n adaptasi tuk diri sy…banyak pengajaram dr kisah puan tuk sy teladani….

    • jamuratu malaya

      Cik fadilah: Ada pepatah sy …Kenapa perlu melalui perjalanan org yg teruk..cukup kita mendengar/membaca dri org itu dn kita ambik menafaat nya supaya kita x lalui kesukaran dr kesilapan org tu

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum cik Aniqah yg sy hormati: sy ni x pandai menulis..sekadar ikut apa sy rasa melalui pengalaman sy je..berbanyak2 penghargaan sbb cik sudi membaca dn singgah pulak tu kat blog org tua..

  • Jurina

    Sedihla sy puan.. Semoga Allah memanjangkan umur puan dan beri nikmat kesihatan buat puan utk masih boleh buat amal ibadat dan mencurah ilmu kpd kami yg mengagumi puan..
    Semoga apa yg terlerai bertaut kasih kembali buat puan dan anak2.. Andai puan pergi, biarlah dgn sarat rasa bahagia..aminn..
    In shaa Allah puan akan sentiasa dikenang oleh masyarakat.. Bila sentiasa dikenang, doa pasti mengiringi..in shaa Allah..

  • hambaAllah

    Sy setuju dgn kyataan akhir puan krn sy jg brfikiran begitu..inshaallah kita saling mendoakn kpd semua muslim moga d alam barzah nnti mdpt kesejahteraan n rahmat Allah…tpi yg penting amaln kita jua la peneman setia.

  • kakcik

    Happy belated birthday Puan.

    Telah banyak asam garam rencah kehidupan yang Puan lalui. Bukan sedikit pahit getirnya. InsyaAllah, sinar itu sentiasa ada. Allah tidak pernah mungkir. DIA sentiasa bersama kita dalam susah dan senang. Selagi kita ingat dan sujud kepadaNya, InsyaAllah perjalanan seterusnya akan sentiasa dipermudahkanNya…

    Biarlah orang tak kasih pada kita asalkan Allah tidak pernah ‘lupa’ merahmati kita dengan limpah kurniaNya…

  • lina

    Selamat hari jd puan saya klau baca tulisan puan tak puas klau tak comment dari smlm dok pikiaq nak tulis apa sama samala kita agar semua amalan kita Allah terima dan tak muflisdi aakhirat nanti

  • Ekyn Zainuddin

    Salam puan.. tbaca ttg anten lahir tahun 1987, bmakna sebaya dgn sy..
    sebak sgt baca nukilan seorg ibu yg tluka. sy pun byk buat salah dgn mak sy.. degil, panas baran Allahuakbar Allah je yg tau bagaimana akhlak sy dulu.. Alhamdulillah hubungan sy dgn mak sy pun lebih erat slps kami menunaikan umrah n slps sy bnikah.. xdpt nak bygkn jika kelak sy ada zuriat sendiri n diuji sebegini.. moga Allah melindungi kita..
    moga Allah merahmati puan srkeluarga..

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum. .wahai anak yg sy kasihi..Ekyn Zainuddin

      Bila sy buka email sy sgt terharu …sy rindu sgt2 dgn anak sy…sayang sgt..tapi hati sy terluka sgt2 …sy pemaaf..x sanggup rasanya dah merasainya lagi ayat2 kasar anak ni ..biar lah dia ..sy melepaskan dia ..redha berlapang tanpa perlu ingat lagi..

      • Ekyn Zainuddin

        Allahuakbar sedih nya hati ni bila tbaca seorg ibu tguris hati dgn anak kandung nya sendiri.. ekyn doakn moga anak itu mdapat hidayah n sempat meminta ampun dan maaf dr ibu nya sblm menutup mata kerna sesungguhnya syurga dbawah telapak kaki ibu.. ekyn skrg kat Jeddah ni hari2 rindukn mak, dulu dok serumah selalu take her for granted, Moga Allah ampun kn dosa ekyn pd mak n moga sekalian ibu didunia dlindungi Allah selalu..

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum , bonda, saya suka starting dan ending cerita bonda, bonda masih buat baik kepada keluarga ayah yati, bonda cuma tak suka perangai dia. itu sahaja. bonda nak hidup selamat untuk anak2. bonda bukan kacang lupakan kulit.

    moga sy dpt tiru ahlak bonda. terima kasih. sy dh tgk yati kat youtube. minta puan yati makan banyak sikit ye bonda 🙂 sedih baca cerita dia masa kecil patung mata biru. nasib baik dah besar kalau x nak beli kan patung untuk yati.

    masa sy kecil sy syg adik sy. sy pernah mencuri patung batman ada motorsikal di kedai. seingat sy , sy curi sbb duit xcukup, sy simpan guna duit sekolah xmakan pagi petang untuk hadiah adik sy.bila kita tengok adik orang dpt hadiah kita nak juga adik kita dapat hadiah 🙁 masih mencari keluarga kedai tersebut dan bayar. kalau xjumpa sy sedekah ke masjid minta moga sampai kepada keluarga tersebut. kalau jumpa tetap sy akan bayar.

    kita nampak peniaga kedai besar mewah apa semua di sebalik ranjau rugi kena tipu bisnes kita tak tahu. jadi siapa ada mencuri atau terambil terhutang dengan peniaga sila lah bayar. usahakan. hutang tetap hutang. usaha berubah ke arah baik. kita takut bahagian kita ambil tu merupakan desakan hidup si peniaga. minta ampun kt Allah moga peniaga tersebut maafkan dan beroleh rezeki sangat lebih baik dan dapat jumpa bayar hutang.

    sy kena jadi baik macam bonda 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!