Bicara Bonda

WANITA BANTU SUAMI KERJA KILANG – GILA KENA ROGOL

Salam semua kaum hawa, yang sangat saya kasihi..!! .Tadi saya baca kat sinar harian 3hb kat online kisah wanita mengandung kena rogol. mengingatkan saya pada seorang wanita..

GERAM DAN SAKIT HATI..Kesiannya wanita tu..mudah2an Allah berikan dia kekuatan dan semangat..dahlah mengandung…Mereka tak bersifat kemanusiaan..!! Mereka merosakan keluarga dan masa depan orang lain..

Cuba bayangkan..cerita disini ..!! Isteri ni keluar mencari rezeki kerja kilang dan dirogol beramai-2..Anak 2 mereka kecik lagi..BERAPA ORANG YANG DISAKITI..BERAPA ORANG MASA DEPAN JADI GELAP , AKIBAT KERAKUSAN PENJENAYAH BEGINI..malu LAHHH .. kasihani kaum yang lemah..

Kisah benar yang saya nak kongsikan ..

Kawan saya mengajak saya bertandang kerumah jirannya , katanya mereka nak sangat tengok dan jumpa saya sebagai pengasas ST. Selalu tengok kat Tv je. Saya pun ikutlah dan berkenalan dengan jiran kawan saya yang berhajat itu. Ramai sekali keluarga mereka berkumpul meraikan saya sebagai tetamu..!!..

Masa riuh-2 tu saya nampak seorang wanita berusia dalam 30an duduk di sudut ruang tamu..Keadaannya tak terurus dan sangat kurus. Dia duduk bersimpuh sambil mengomel dan mencakar-cakar lantai . Melihat mata saya asyik mencuri pandang wanita tersebut kawan saya mencuit saya dan berbisik “ Ita pompuan yang menguis kayu tu sakit mental akibat kena rogol..sat lagi ..aku cerita kat ko “

Balik dari bertandang, kawan saya bercerita panjang lah…

Pompan tu kerja kilang masa tu balik kerja waktu malam. Tunggu laki dia ambik..Lakinya pulak lambat. Masa tu lah datang sekumpulan lelaki . Tangkap dia masuk kereta dan rogol ramai2. Lepas rogol mereka sumbat pasir dalam kemaluan pompan tu..Pompan tu pengsan.

Aku pun tak gamak nak tanya lebih-lebih. Kata mak aku lama pompan tu kat hospital ..!! S akit yang amat sangat , apa taknya..cuba hang bayangkan PASIR DISUMBAT KAT “ Cik Tom “..Melampauuu kan perogol tu..Kalau kakak depa , mak mereka kena macam tu ..Apa rasa depa..?? TAK FIKIR MASA DEPAN ORANG LAIN..KESIAN NASIB LAKI DAN ANAK-ANAK POMPAN TU..

Saya terbayang kat wanita yang mengandung kat sinar harian ni pula..Kesiannya…Bagaimana dia nak hadapi rumah tangga , trauma dan penerimaan suaminya akibat kejadian ini..dah lah tak lama nak bersalin..Ya Allah bantulah dia ..lindungilah anak, perkahwinan dan jiwanya..Kom kita doakan ramai-2.. dan JAGA DIRI ANDA SEBAIK2NYA..!!

5 Comments

  • asmaa

    Kenapa tergamaknya manusia berhati iblis. Haiwan pun tahu belas ehsan..sungguh rakus manusia sekarang…dunia sudah tenat..kenapa di buat wanita yang lemah sebegitu…aduh saat membaca saya dapat rasakan kesakitan nya..

  • Mohd Nawawi Rusli

    Assalamuaalaikum Pn. Rozita & Sahabat2 sekalian,

    Saya rasa terpanggil untuk menyatakan kesedihan atas perilaku tidak berperikemanusiaan ini. Moga si PELAKU diberikan petunjuk & hidayah atas segala perbuatannya. Bagi wanita yang tidak bernasib baik itu didoakan moga sentiasa dirahmati kehidupannya sekeluarga. Ingin saya kongsikan sedikit ilmu di sini untuk memohon perlindungan dari segala perkara yang tidak diingini berlaku KHUSUSNYA bagi kaum hawa.

    Bagi wanita bacalah Ayat Kursi, 4 Qul, Inna anzal na (hingga habis) & ayat 1000 dinar dan niatkan untuk perlindungan diri dari segala perkara yg tidak diingini (dengan izin ALLAH)

    Bagi suami amalkan ayat2 yang sama dan boleh dihembus kepada isteri, ibu, anak2 perempuan dan niatkan untuk perlindungan diri dari segala perkara yg tidak diingini (dengan izin ALLAH)

    Sekian sedikit perkongsian dan luahan simpati dari saya, moga kita semua mendapat manfaatnya.

    IKHLAS, nawawi

  • Jonas

    I read a lot of interesting posts here. Probably you spend a lot of time writing, i know how
    to save you a lot of time, there is an online tool that creates unique,
    SEO friendly articles in minutes, just search in google – laranitas free content source

Leave a Reply to Mohd Nawawi Rusli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!