Bicara Bonda

QASIDAH ILHAM ULAMA BESAR MEKAH – Rawat sawan tangis..

Setiap kali ke mekah saya mencuba mencari peluang untuk berjumpa ulama besar yang sangat terkenal di Mekah iaitu Sheikh Jamhuri Nurruddin Al Banjari Al Makki..Ulama ini berasal dari Kalimantan Indonesia dan telah menetap serta menjadi rakyat Saudi . Ia mempunyai sebuah banglo yang letaknya berhampiran dengan kota Mekah.

Saat sebelum kami berangkat pulang. Kenangan suami dan ulama Sheikh Jamhuri Nurruddin Al Banjari Al Makki.

Saya mengenalinya ulama ini melalui kenalan saya yang telah lama menetap di Mekah , dia belajar dan berguru dengannya. Kediamannya merupakan tempat dia mengajar pelajar dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Ulama ini sering mendapat jemputan dari kerabat diraja Brunei. Tuan Guru sering dijemput untuk melawat Madrasah di Malaysia atau Pesantren di Indonesia.

Setiap kali datang umrah saya akan berziarah kerumahnya, kami tak lepaskan mengambil peluang agar Tuan Guru mendoakan kami kebaikan dunia dan akhirat. Kedatangan kami untuk kali ke3 pada tahun 2010 bersama Maryam Nur Amani yang baru berusia 3 bulan.

Maryam Nur Amani semasa kecil.

Tujuannya ialah untuk minta doa dari Tuan Guru. Maryam Nur Amani kena sawan tangis . Siang malam menangis, saya sangat penat dan kurang tidur semenjak dia lahir. Bayangkan sepanjang 8 jam berada dalam kapal terbang dia menangis tanpa henti..Tuan guru menyuruh membaca qasidah dan selawat nabi semasa menidurkannya.

Gambar Maryam Amani berumur setahun 3 bulan dan cucu saya Nur Uzma Raisah.
Kini umur Maryam Nur Amani 4 ½ tahun bersama kakaknya Nur Ain Sufiah..Keletah dan sangat bijak bercakap.

Sangat indah qasidah itu dan Alhamdullilah anak saya berhenti menangis dan sangat bijak melebihi dari usianya..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!