Bicara Bonda

Hamba Abdi atau Isteri ???

Wanita ini ..saya kenali +- 20 tahun lalu .!! Sebelum ST dibina…kelulusan UPM..umur 44 tahun. Sangat baik akhlaknya dan kuat agama..rajin serta taat pada Allah dan suami. Ia dipaksa menjadi buruh siang dan malam membungkus kurma, kismis menjual tulisan khat dimana-mana expo dan bangunan kerajaan. Dia mengangkat barang berat dan 2 kali mengalami keguguran. Ingin menjadi isteri yang taat dan mengharap syurga Allah, dia lupa kepada hak dirinya sebagai manusia, ibu dan isteri..Dia melahirkan anak, suami tak datang jenguk apa lagi menjaganya..!! Sihat suami dia datang kepadanya, dia sakit suaminya tinggalkan dia..

Semasa dalam pantang dia merayu dan mencari suaminya untuk datang dan mendaftar surat beranak . Suami tak peduli dan menjadi sukar mendaftarkan sijil kelahiran kerana tiada IC suami.. Dia mendapat meroyan kerana tekanan dan masih sabar meneruskan perkahwinan dengan harapan suami berubah..!!

Sering kali ia dimaki dihadapan orang ramai , perasaan rasa teramat malu kerana baginya isteri yang bertudung labuh mencerminkan keluarga islam yang bersopan santun dengan ciri keislaman. Tetapi nista suaminya “Bodoh, banggang, anjing, sial, perempuan neraka” amat tidak sesuai dan mengaibkan. Tekanan mental setiap hari dengan ayat kasar lain perempuan bodoh, engkau hitam, jangan harap cinta aku, kau menangis aku lagi benci, tak lakulah air mata kau, neraka jahanam tempat kau dan macam-macam lagi …Peritt… ingin bahagia dan disayangi tapi di PERGUNAKAN sebagai hamba abdi ..!! .

Selepas bersalin suaminya tidak membenarkannya menjaga anak dan anaknya perlu diserahkan kepada ibunya demi patuh kepada suami..!! Dia inginkan status isteri, redha Allah, insan ini BERTAHAN kerana malu dengan perceraian sehingga merosakkan masa depan sendiri. Keluarganya jenis tak masuk campur dan membiarkan wanita ini membuat keputusan sendiri dalam kehidupannya.

Kawan saya ini selalu menelefon saya dan sering saya bagi nasihat. Dia tak mahu berjumpa saya setelah puas saya pujuk.. “Kakak kita tak setaraf saya malu – saya ikuti kakak dari jauh ya” saya sangat marah kesabaran yang tak berbaloi, nasihat saya tak bermakna bukan dipakai pun, dia masih bertahan ..sehingga keluar kata-kata kasar tetapi fakta saya sampaikan. Setelah 15 tahun baru dia tersedar.. nasihat saya..!! Akhirnya dia lari dari suami yg ingin membunuhnya. Sekarang dalam proses tuntut cerai, dah bertahun-tahun..tak lepas lagi kes cerai dan tak mengaku. Dia mengalami masalah kewangan – tekanan jiwa, dia cuba berniaga tapi bankrupt – minta kerja tak dapat sebab umur dah tua.

Dia berkerja kilang untuk sara anak…tekanan hidupnya makin berat..dia mula meracau..jumpa pakar psiaktri..Doktor sahkan dia mengalami tekanan mental yang sangat teruk..dia mula bercakap sorang-sorang, tidur terkejut-kejut, ketakutan, mengigil sepanjang masa dan tak tahu  arah hidupnya..SAYANG :(( ..sedihh sangat…dia tak tahu hak dirinya dimana.. Seorang yg ada kelulusan bio teknologi makanan..cerdik..jadi bodoh dek kerana “suami “..dia tak tahu mencari arah hidup..Insan ini sentiasa berzikir ..saya rawat jiwanya..tinggal dengan saya dan bantu menguruskan anak-anak kecil saya..banyak lagi yg sy tak  muatkan disini kisahnya.. Ramai lagi wanita sepetinya… Wanita ini akhirnya pulih selepas tinggal dengan saya selama 8 bulan.

Ia boleh menguasai MINDANYA ..dirinya sekarang dengan baik..sebab itu tajuk seminar saya.. “CARI LUBUK EMAS DAN KENALI POTENSI DIRI”. Saya merawat teman baik saya ini seperti saya merawat minda saya sendiri..

Dia akan bersama saya pada 9hb Mac 2014 beliau akan memberikan ulasan serba ringkas pengalamannya berniaga bermacam jenis perniagaan tetapi semuanya gagal..kenapa ..?? Bila dia tinggal bersama saya sekarang banyak perkara yang menyedarkan dia. Kata-katanya pada saya.. “Untuk menjadi orang luar biasa kena berfikir, bertindak, berkerja pun luar biasa”…

Ia sekadar iktibar sebagai renungan bersama.

Layari :

http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

 

4 Comments

  • bunga

    Sejujurnya kisah hidup saya taklah seteruk itu.tapi saya sangat benci lelaki yang tak menghormati wanita..walaupun kehidupan saya tak sebaik mana tapi pandangan orang saya cukup segala2nya.tak tahu sama ada saya bodoh atau kasih saya kepadanya,dalam hati hanya Allah je yang tahu.sedikit sebanyak pegalaman yang puan kongsikan dalam rumah tangga ada persamaan dengan saya.saya hanya mengenangkan anak sahaja kerana mereka tak tahu apa2.

  • Ustazahain

    Subhanallah kasihannya wanita ini, semoga puan dapat membantunya selain wanita ini perlu berusaha menangani masalah ini dengan baik.Rapat dengan Allah SWT pasti segala masalah akan terungkai

  • syahar amir a gani

    assalamulaikum Puan, saya nak tumpang bertanya pengalaman macam mana nak mula berniaga- bukan produk berasakan kosmetik atau sebagainya

    Lebih kepada service/perkhidmatan-

    saya tiada pengalaman, tetapi beriya sangat untuk berniaga, tapi masih banyak sgt hutang- tiada simpanan- masih berkerja tetap tapi hilang kepuasan kerja- hilang rasa bersungguh

    harap dapat maklum balas dari Puan

    syahar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!