Bicara Bonda

Taksub Cantik, Nak Duit Cepat, Pakai Susuk.

Seronok dengar cerita dan pengalaman orang lain. Kisah susuk ni sejak zaman tok kadok dah ada! Alahai permainan syaitan. Kalau lelaki tak solat pandang mereka macam bidadari, tak nampak sehari angau melilau, kalau ada duit semua nak dibagi kat perempuan tu, anak bini semua lupa hanya wanita tu saja yang dia nak!

Pemakaian Susuk demi mencapai apa yang dicita
sekadar gambar hiasan

Berbeza dengan lelaki jaga solat dan amalan agamanya, mereka nampak muka wanita yang pakai susuk menakutkan, buruk macam hantu. Saya nak kongsi beberapa cerita dari pengalaman yang berbeza-beza.

Ini saya ambil dari pembantu rumah saya. Makciknya pernah mengamalkan susuk. Ini ialah pantang larang dan cara memasukkan susuk.

Orang yang berhajat ingin memasukan susuk akan berjumpa bomoh dan memilih emas atau intan. Susuk yang paling mahal ialah intan. Sebelum memasukkan susuk ke dalam badan, bakal pemakai susuk haruslah berpantang selama seminggu sebelum memasukkan susuk. Mereka tidak dibenarkan memakan atau meminum makanan yang sejuk.

Bahagian susuk wanita

1) Susuk di kemaluan 

Biasanya dipakai oleh pelacur dan wanita biasa juga ada memakainya. Susuk pada kemaluan wanita dipasang 2 biji iaitu kiri dan kanan. Jika pelacur memakai susuk di kemaluan pasti pelanggannya sangat ramai. Wanita yang memakai susuk lelaki sukar melupakannya. Melekat dan dikatakan sangat ‘SUPERB’ Cik Tom wanita ini. Paling bahaya jika sesama pelacur itu bersaing kerana sama-sama mengamalkan susuk! Mereka akan berjumpa bomoh untuk mengeluarkan susuk pesaing!

2) Susuk pada tepi bibir 

Dipasang ditepi bibir. Lelaki akan terpesona akan senyuman wanita ini. Biasanya untuk memikat lelaki, penunduk atau ingin mendapatkan harta.

3) Susuk di tepi mata

Dipasang ditepi mata. lelaki akan tergoda dan termimpi-mimpi siang dan malam kecantikan mata wanita itu.

4) Susuk di bawah lutut

Sama fungsinya memikat, menundukan dan mengikis harta. Cara menggunakannya ialah dengan memijak kaki lelaki yang dihajati kemudian lelaki tersebut akan menuruti semua kehendak wanita itu.

5) Susuk di Payudara

Dipasang pada kedua belah Payudara. Lelaki begitu asyik dan terpaut dengan kecantikan payudara wanita yang memakai susuk. Susuk ini mampu mengawal jiwa lelaki yang dihajati.

 

Pantang dan Musibahnya

  • Ada bomoh yang menjual emas dan intan tiruan yang akan menyebabkan kudis dan busuk pada tempat yang dipasang.
  • Bomoh yang memasukkan susuk amat penting untuk mengeluarkan susuk.
  • Bomoh juga memberikan servis mengganti yang baru selepas tamat tempoh.
  • Jika tidak diganti selepas tarikh luput, dikhuatiri berkudis dan kuasanya berkurangan.
  • Bagi susuk intan yang mahal – ia agak susah untuk dikeluarkan.
  • Susuk pada kemaluan wanita pantangnya nenas dan pisang.
  • Antara lain susuk pantangnya ialah daun kelo – betik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!