Dugaan Nooraini

Nama Sendayu Tinggi wujud sejak zaman menoreh getah.. Dugaan Nooraini : Part 37

Org berbudi kita berbahasa.. Begitulah kebaikan org pada kita akan tetap  di kenang sampai bila2 pun…. Kerana dalam keadaan susah bila ada org menghulur bantuan x terkata senang dan lapangnya hati kerana  beban yg sedang yg di tanggung ada kalanya kita perlukan sokongan orang lain..

Sy masih berhubung dgn keluarga Pak Cik yg merawat ex suami masa dia x boleh berjalan tu.. Meski pun sibuk niaga kami mencari peluang utk terus membina hubungan keluarga dgn org2 kampung..

Masa sy susah mereka yg sudi mendekati kami menghulur bantuan. Sedangkan keluarga sendiri jauh, yg dekat kenalan x dapat nak membantu.. Seronok berkawan dgn org2 Pahang… Meskipun mereka berwajah serius tapi bila dah rapat dgn mereka, Subhanallah kasih sayangnya tulus ikhlas sgt bersih sekali berkawan.. (Sy cuba mencari mreka tapi x da dikampung dah.. Myb dah lama sgt.. Atau mreka dh meninggal )..

Pada 1 petang sy mengajak ex suami ke rumah Pak Cik tu.. Semua anak2 sy angkut.. Penuh lahh moto (hodoh betul rupanya bertenggek anak 2 orang kat tangki moto). Nak buat macam mana itu ke kenderaan kami ada..Tibanya kami disambut dgn ramah dan gembira oleh keluarga Pak Cik.

petaiMereka menjamu sy masakan org Pahang. Hidangan kali ni bukan gulai tempoyak Tapi Sardin dalam tin yg di masak dgn cili api dgn santan, kerabu daun2 ulam dan petai.. Masa sembang 2 tu Pak Cik kata ada sepasang suami isteri, mreka x da anak..!!Nak menjual tanah.. Isi dalam tanah tu getah kampung.. Dalam kebun tu ada petai .. Yg nak jual tanah tu namanya Pak Teh yg juga kawan akrab Pak Cik tu… Selesai makan Pak Cik tu membawa kami berkenalan dgn Pak teh..

Ya Allah lebih ramah baiknya Pak Teh.. Isterinya melepak putih macam cina.. Bermata sepet.. Pak teh  perlukan duit sbb isterinya ada kanser.. Memandangkan xda anak,  dia kata x guna simpan tanah tu.. Lebih baik jual utk isterinya berubat.. Murah je 3 ekar RM 1500..

Sy agak berminat dan nak tengok tanah tu esok petang. Kesempatan tu Pak Teh ingin sekali bersahabat dgn sy dn menjadikan kami anak angkat mereka.. Pak Teh ada moto scrambler.. Esok petang seperti yg dijanjikan Pak Teh dtg sendirian ke rumah kami sebagai ziarah Pertamanya..

Petang ni sy pergi bersama ex suami dn Pak Teh melihat kebun getah tu.. Dalam 40 minit dari rumah kami.. Jika kebun getah hak felda kami tu dekat hutan belantara.,… ha ha ha ha Yg kebun  yg nak beli ni dalam hutan belantara.. Ayo yoooo… Kami masuk kedalam kawasan hutan yg agak tebal..

20140120_130410
Cara panjat pokok petai..

Pak Teh menunjukan 2 pokok petai besar yg sgt pokoknya.. Ada pokok jering dan pokok2 getah kampung yg sgt besar..  Sy teruja.. Dalam meninjau2 tu.. Pacat besar2 lebih dahsyat pacat2nya dalam kebun getah felda.. Geli betul.. Tapi kesungguhan nak  ada harta sendiri sebagai pelaburan semua tu sy ketepikan rasa takut atau geli berada dalam hutan..

Kerana sy melihat ada juga kebun2 getah lain.. Tapi xbanyak.!!.. (bila kenang balik kerja Allah x sangka sy boleh jadi ushawan duduk kat ofc.. Ingatkan selamanya toreh getah buat getah keping).. Takut tetap ada… Sy lawan rasa takut.. Kat mana2 pun kalau nak mati.. Sy akan mati.. Nak beli tanah mahal2 x mampu.. Sy betul2 berminat nak beli..

P1010931
contoh bangsal menjemur getah keping..

Esok sy akan bayar dan sy tanya Pak Teh minta ajar buat getah keping.. Semuanya berjalan seperti yg di rancang.. Dan sejak mengenali Pak Teh sy makin banyak mengenali org2 kampung pendalaman Pahang.! Di dalam hutan belantara yg tebal sy meredahnya… Saya makan durian hutan, mandi air sungai yg dingin.. Sy belajar makan gulai bunga durian dan banyak juga makanan pelik tradisi Pahang..

Tapi sy dah lama x berjumpa nenek yg merawat sy dalam pantang masa bersalinkan si Anten.. Setiap kali sy dtg dia x da dirumah.. Bukan sy x cari nenek.. Tapi sering dia xda kat rumah… (Nenek keajaiban sejarah hidup sy. Misteri dalam hidup sy, entah dia manusia ..Atau x.. Agaknya dia anugerah Allah utk sy belajar sesuatu .. Allah sayang sy)..

Sejak lama x noreh badan sy makin segar bertenaga tapi sy nak kembali menoreh.. Sejak beberapa bulan harga getah naik.. Ehhh rugi lah x noreh… Sy nak menoreh semula tetapi x banyak sampai 20 ekarlah.. Sy menoreh 5 ekar kebun felda dan terus ke kebun sendiri yg sy beli tu.. Maklumlah teruja sbb tanah sendiri..

EX suami masih meneruskan cita2 sy dgn berniaga ikan sayur.. Kami menoreh bersama 2 hari sekali… Kami mendapat amaran dari pegawai felda kerana x menghantar hasil getah.. “Niaga boleh tapi kebun kena hantar hasilnya juga..Itu syarat duduk felda bukan terus x menoreh..”.. Begitulah bentuk amaran.. Sentap juga.. kih kih kih.

Ex suami berjualan macam biasa sambil mempromosikan yg kami nak buka kedai. Jiran semua mengintai2 setiap kami balik kerana kami pasangan pelik melihat cara hidup kami semakin2 pelik sejak kebelakangan ni… Yg dtg berziarah ke rumah kamu juga bukan org felda., Tp keluarga org Pahang yg pelik2..

Sy sudah banyak barang kemas.. Pencapaian bermakna.. Susah hati je sy tengok gelang., penat je pakai gelang.. Berkilat dan berharga emas sy ni.. Seronok dah sy rasa.  Kini balik kebun sy bawa getah keping sidai kat belakang rumah.. Lebih heran jiran.. Banyak desas desus pelik..

Ada kala sy menjual petai.. Banyak sgt buahnya menambah pelik dn cemburu ada dikalangan jiran sebaris sy.. Disebabkan sy x campur org maka sy x bergaduh dgn jiran..Sy x suka fitnah sy x suka bergaduh.. Walaupun sy berani nak bergaduh..

Sepanjang sy menoreh kebun getah sendiri tu banyak kejadian sgt2 menyeramkan..

  1. Bila sy balik jam 6 keluar kebun tu..Bau wangi yg teramat sgt mengekori kami..Tegak meremang bulu tengkok..
  2.    Sy berjumpa tahi gajah bersepah2 dan mesin getah keping sy pun ditendang.
  3.  Dikatakan ada kubur org asli kat situ ..Dan sy sering jumpa org asli..
  4.  Sy berjumpa ular yg pelik 2 warnanya didahan2 kayu..
  5.   Paling menakjubkan ..Mengerikan.. MASA 1 PETANG SY MENOREH, SUARA ORG BAGI SALAM PADA SY..SY JAWAB Lah.. GARAU PARAU SUARANYA.. SY INGAT ex suami mengusik sy (walaupun dia x pernah mengusik sy).. Bila sy mencari2, dimana ex suami.. Rupanya ex suami dibawah bukit nun jauh sedangkan sy diatas bukit.. (Suara apa itu..MYB jin Islam).. 

Bagaimana sy mendapat nama sendayu tinggi.. haaa ni lah ceritanya.. Dalam hutan tu sy duduk berehat.. Bawah pokok besar sangat.. Sy berangan2.. Apa agaknya sumber rezeki yg sesuai utk sy masa depan sy.. X menoreh x berpanas.. Guna akal je.. Boleh jaga badan..

Satu hari sy pernah bersembang dgn seorang ibu tua yg sy panggil nenek dibawah pokok besar tu.. dgn slang bahasa Pahang pekat.. Dia menceritakan ttg hidup dia.. Makanan.. Dan herba.. Sy tanya apa nama pokok ni.. Saneh Dayo boleh buat ubat juga katanya.. TERFIKIR SY WAKTU SY PENAT POKOK NI MEMBERI TEDUH, RASA DAMAI DN BANYAK MENAFAAT.. Kalau sy ada niaga nanti sy nak buat namanya sesuai dgn cita2 sy.. Dan bila org sebut dia 1 doa.. Dan nama syarikat itu akan mengingatkan  asal usul sya..

Sendayu Tinggi bermakna Seni Dayung Tinggi.. Bukan senang nak berkayuh sampai ke destinasi cita2 sy.. Hanya tenaga 4 kerat.. Otak dan kesungguhan :

Jika sy ditengah lautan..
Darat itu penting buat sy
Jika kepenatan itu halangan
Buktikan kejayaan itu buah tangan
Sy nak bawa ole2 terindah buat keturunan sy
Kalau sy xda nanti keturunan sy akan sebut Sendayu Tinggi itulah asal usul nenek kamu..
Berani terima hinaan org dan lalui cabaran
Pelajaran penting meskipun xda pelajaran nenek masih mencari ilmu , kerana rasa rendah diri Nenek nak hidup bermaruah…
Org kata Nenek perempuan x baik.. Nenek nak buktikan bahawa nenek wanita terbaik..

MASA MUDA NENEK SUKAR SGT NAK HIDUP.. HARGAI MASA, MARUAH X BOLEH DIJUAL DN JGN SAMPAI TERGADAI…WAHAI ANAK DAN CUCU KU..  Selalu nenek cakap dgn diri sendiri masa muda2 dulu..Kalau sy miskin bodoh anak cucu akan warisi kelemahan sy.. Org hina 2 seluruh keturunan kita.. Cukup nenek rasa sorang.. Kalian jangan..

Hari ni sakit, mudahan ikhtiar nenek tu Allah akan buka jalan .. Insyaallah sy sambung esok perjalanan hidup sy, memulakan bangsal jual ikan..

17 Comments

  • ninazaimie

    Sungguh cantik perancangan yg Allah aturkan buat puan….semoga puan sekeluarga terus diberkati dunia akhirat..

    • jamuratu malaya

      Cik Nina yg sy kasihi..
      sebenar nya sy menulis ni..sy bayangkan sy zaman susah dulun, dn sokongan moral yg sy perlukan..sy menulis sambil merayu bagi semangat..kepada jiwa2 yg sedang diuji Allah

  • Norliah Abd Rahman

    Teruskan bercerita..kongsikan pengalaman dan ilmu…Ini istemewanya bila wanita spt anda berbicara..Banyak yg boleh saya pelajari baik dr segi penceritan juga penulisan Puan..Insyallah nama ‘Sendayu Tinggi’ sudah pasti akan akan menjadi sejarah bukan saja bt Puan dan keluarga bahkan seluruh Rakyat malaysia tak ketinggalan juga d asia..Tahniah dr saya..dan selamat menyambut hari WANITA.

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum Pn Norliah..Segala bentuk nikmat dn kesusahan kadang2 melalaikan. .seronok atau lebih rasa sedih..susah kontrol diri..Akal dn iman ni sumber kekuatan seluruh badan kita..terimaksih sudi komen..sudi pula baca kisah silam sy

  • Azizah

    Salam Puan, you r truly amazing and inspiring. Love to read your stories. How I wish I could be like you. May Allah bless you Puan….

    • jamuratu malaya

      Waalaikumusalam. .CIK AZIZAH

      Sy pun xkuat..sy pun nak hidup macam org lain. .sy pun x tau mana punca nya nak mulakan..Sy teruskan sbb sy nampak xda peluang dlm hidup sy ni..hanya takut..bila sy takut sy nak lari..Sy xnak jadi pelarian dn ketakutan. .

  • Rahayu Ismail

    Assalamualikum..Membaca dan terus membaca cerita demi cerita tentang kesusahan dan kepeitan puan memberikan saya satu semangat tinggi… benar kata org Pengalaialah satu ilmu yang sangat berguna..

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum cik Rahayu..

      Betul cik Ayu, sesuap nasi itu mungkin mengenyangkan kita dgn penuh nikmat dan berpuluh suapan belum tentu dapat senikmat itu., Maka syukurilah hidup kita meskipun sedikit. .Wallahualam

  • Ria Hanny

    As Salam….Saya peminat Puan Rozita….Puan memang mempunyai semangat yang kuat….Allah S.W.T sudah memilih insan yang dia sayang untuk diuji…..sedih n sebak biler saya baca kisah Puan….Alhamdulillah Puan berjaya menjadi usahawan terkenal…..cita2 menjadi kenyataan…..tahniah Puan…semoga saya dapat jadikan Puan inspirasi untuk berjaya seperti Puan…Amin3.

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum Ria, terimaksih suka dgn sy..Sy hargai sekali..sy x kan sia2kan perhatian Cik Ria..masa muda dulu xda org sayang sy..Seronok bahagia sy org sayang sy..wlaupun kita jauh

  • ilasaleh

    semoga saya sekuat puan melalui cabaran hidup.. bila baca cerita puan.. sangat tabah nak banding dengan dugaan saya.. mak selalu cakap “indon datang sini pun boleh hidup..kita org malaysia nak putus asa “

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum Cik Irfa., terimaksih komen..Sy pun senang jika cik senang..Kisah silam sy sgt bermakna sy simpan disini..Dan banyak yg sy x cerita kat anak2 sy..tp apa sy tulis ni sebagai sejarah sy..Sy nak simpan kat sini..Supaya boleh jadi rujukan..Jangan lemah semangat. , jangan mengalah..Kita nak cari hidup yg lebih baik…

  • Nurul Farhana Binti Abd Latip

    Salam Puan 🙂
    Sy masih ingat iklan sendayu tinggi di awal thn 2000. Dimana seorang wanita kampung yg lesu & xbermaya ditransform oleh seorang nenek tua lakonan Ruminah Sidek dgn ilmu kecantikan asli herba2.

    Pd waktu itu sy baru berusia awal 20-an & baru beranak sorang. Betul2 memberi inspirasi kpd sy utk menjaga kesihatan dalaman & luaran utk suami.

Leave a Reply to Nurul Farhana Binti Abd Latip Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!