Dugaan Nooraini

Dugaan niaga masa muda ada lelaki jatuh cinta sampai hilang rasa malu.. Dugaan Nooraini : Part 45

Sy semakin riang menjalani kehidupan yg padat dn semuanya sy rasa ringan sejak niaga ni.. Kerana pekerjaan baru ni (buka kedai kecik) sy merasakan memerlukan fokus… dn sedikit sgt tenaga jika dibandingkan dgn noreh mmg beza sgt..!!

Menoreh memerlukan sy memerah sepenuhnya  tenaga.. Niaga kena fokus dn akal yg panjang.. Meskipun niaga ni lbh sgt susah sebenarnya…

Tapi inilah kelebihannya bila sy biasa hidup susah, semuanya sy rasa mudah lalui ujian2 lain.. Hati sentiasa je rasa shukur dn tenang bila dalam payah dn penat..

Ami ingatkan anak2 Ami.. Kamu semua hidup senang sgt.. Itu yg melemahkan semangat nak berjuang kalau terus malas dn suka hiburan…!!.. Masa kamu tidur ami kerja dari kamu semua masih bayi sampai sekarang.. Sekarang Ami dah tua dan terlalu bersusah payah nak bagi kamu semua kehidupan, Ami kepenatan tenaga dan jiwa… PENAT & SUSAH NI lah yg bawa Ami dan kalian kemari.. Yg utama sekali terima kesusahan sebagai ilmu berguna.. Itu yg AJAR AMI JADI KUAT DAN HATI TAHAN BILA ADA MASALAH..

2013, di Turki bersama anak2 dn cucu2..
2013, di Turki bersama anak2 dn cucu2.. 

Sy bergembira sekali sejak niaga kedai jual ikan ni, kerana sy ingat hidup jauh dari jiran2 yg dekat rumah, hidup makin aman dri fitnah lepas ni..

Sy lupa sy paling muda dan paling daring berpakaian.. x macam wanita kampung..(he he zaman muda kan).. Sy hanya bersangka baik kepada semua peneroka.. Masing2 ada isteri xkan nak mengendap atau ada perasaan cinta pd sy isteri org kot..!!

Sy lupa pernah org mengendap sy semasa dirumah.. (itu kan peneroka) Walhal di kedai ni lebih mudah untuk mengendap.. Sbb x kukuh binaan dan mandi pun kat sungai.. Zaman dulu lelakinya kalau kat kampung mmg habit mengendap pompan mandi.. (Maklum lah xda internet.. Kalau ada insternate myb x nak dia mengendap kot)..

Seperti biasa sy menjual ikan dn sayur.. Isi dalam kedai penuh dgn barang2.. Kedai makin banyak jualan makin meningkat setiap hari.. Kedai sy boleh katakan lengkap keperluan memasak..

Belian kami dengan Alex dipasar setiap hari semakin banyak… Alex terkejut, ada kala ex suami 2 kali ulang alik ambik barang pun pernah.. Maklumlah naik moto dgn raga buluh besar.. Mana boleh isi banyak.. Barang runcit lagi, ikan sayur lagi, buah2an lagi.. sarat isinya..

Alex menyatakan kepada ex suami mahu melihat apa yg menyebabkan kami niaga laku sgt.. “..Man sy mahu datang lu punya kedai.. Sy rasa u punya bini manyak pandai niaga itu sebb u niaga boleh manyak ong ma..”  

Ex suami begitu bangga dengan pujian Alex ttg perniagaan kami “..Ya sy punya orang rumah banyak pandai toke niaga.. Dia ramah lagi pun dia boleh cakap bahasa Indon .. Org Indon suka lah sama dia”..

EX Suami mengiyakan komen Alex.. “Sy mahu datang lah lu punya tempat.. Sy x pernah jumpa org niaga ini macam.. manyak cepat awak naik..”…

Kami x pernah balik rumah selepas sebulan niaga.. Hanya duduk kedai je.. Rumah jadi semak sampai naik belukar.. Kain baju, tilam dan keperluan memasak semua dah bawa ke kedai.. Kesibukan niaga mmg luar jangkaan..

Contoh gambar kedai runcit masa sy berniaga..
Contoh gambar kedai runcit masa sy berniaga..

Kini bukan saja isi barang niaga bertambah,  malah sy membesarkan ruang kedai yg sempit tu.. Sy sudah menambah rak2 dan para2 kayu utk menyusun barang2 runcit..

Alex datang ke kedai kami, dia x beritahu kami pun nak datang.Tau2 je muncul depan kedai dan senyum melihat sy sibuk dgn pelanggan.. Sy x pernah minta hutang jauh sekali menipu sesama manusia masa niaga.. Alex menyimpan rasa dn suka kepada kami.. (sy berjaya berkembang sbb Alex percaya sy.. ikuti akan dtg lebih menarik bisnes sy )

Sy terkejut dn mengalu2kan kedatangan Alex.. Pengalaman sy bangsa ni banyak membimbing sy, mengajar sy, dan banyak sy meniru sikap mreka yg positif. YG PENTING NIAGA KENA JUJUR WALAU DGN SAPE KITA BERURUSAN..

Sikap bangsa melayu (PENEROKA) masa tu yg memboikot sy dn prejudis terhadap sy.. Sy mendekati bangsa cina sebagai mentor niaga.. Sy bersahabat dgn bangsa2 lain sebagai teman bercakap.. dan org2 kampung Pahang yg penyayang terhadap sy.. (sebab tu sy kalau jawab pm di FB atau whats up ke.. teks terimakasih dri pengirim akan sy  jawab kembali .“Kasih puan berharga dn bermakna buat sy”..

MUSIBAH DENGKI DN BOIKOT PENEROKA TU BAWA PINTU RAHMAT SEBAGAI ILMU PENDIDIKAN AWAL KEPADA NIAGA DAN SY MENDALAMI ILMU2 HERBA BANGSA ASING.. SABAR DAN BERTAHAN DGN DUGAAN.. Mengenal dn mengawal emosi sgt penting sehingga sy boleh MENGENAL MARKETING BAHAVIER DALAM HAL BISNES..

Selepas 4 bulan niaga kami makin menjadi2 terus mencanak naik sama naik dgn dugaannya juga.. Duduk dikedai rupanya membuka ruang fitnah yg lebih banyak.. Peminat misteri datang, lebih nyata berdiri depan mata & luar jangkaan.. Ada yg sy marah dan ada yg sy suka..

Insiden pertama sy lalui…

Biasanya tengahri jumaat akan lengang sbb org solat jumaat.. Terutamanya lelaki semua ke mesjid.. Datang sorang suami org (peneroka felda) datang membeli ikan.. (xsolat jumaat ke dia ni.. x malu betul datang beli ikan..!! ..Yg sy pulak x tau hukum masa tu.. Rupanya haram berurusan jual beli masa org solat jumaat)

Waktu yg sunyi tu sy x menyangka perkara ni berlaku.. Sy fikir hanya antara penjual dgn pembeli je.. Semasa dia menyambut ikan dri sy terus dia memegang tangan sy.. “..Ita ko tau x..Aku dah lama suka dgn ko Ta.. Bertuahnya aku kalau ko pun suka kat aku Ta, Aku x tahan pandang ko Ta….”..

Sy terkedu sekejap dn bila tersedar sy sentap tangan sy dan cakap pdnya “..Apa ni Din (bkn nama sebenar) xmalu ke, gatalnya ko x sedar diri.. Awak tu laki org.. Hormatlah, sy kat sini niaga tau..”.. Sy bercakap dgn nyaring dn marah sekali supaya ada org dengar dgn harapan dia akan berhenti memegang tangan sy..

Anak sy keluar dari dalam kedai.. Baru dia lepaskan sy dan “Ta aku x kan putus asa, aku suka ko.. Ko cantik Ta.. Aku gerammm bila pandang ko..”..

Dia berlalu dengan cepat meninggalkan kami.. Anak2 kecil x faham sekadar bertanya.. “..Napa mak marah org tu.. Mak jerit nape”.. Sy senyap x menjawab dn terus kedapur belakang kedai.. “T tengok kejap sementara org xda ni, mak nak masak”…

Ex suami balik dari solat jumaat cepat2 sy menceritakan apa yg berlaku tadi.. Tapi yg sy dapat ialah sakit hati melihat responnya .. “x marah dan tanpa sebarang komen..”.. Hati sy berkata2 dn sgt pelik LELAKI ATAU INSAN APA KAH DIA NI…

Sakit betul hati sy.. Xda perasaan ke.. Cemburu ke atau nak protect ke..!! Kalau sy jadi dia pasti sy melenting sbb hak sy diganggu dn sy akan jumpa lelaki tu bersemuka.. Supaya x ulang lagi sikap buruknya terhadap isterinya..

Kami x bergaduh hanya sy memikirkan sikap ex suami sy manusia yg pelik.!! Sayang tp x jaga.. Sayang tapi x cemburu.. Janji memiliki.. Hati perempuan kan.. Mesti sy nak suami sy to be my hero.. ha ha ha.. (gelak sy)

Kami meneruskan berniaga, sy harap lelaki miang tu x kacau lagi.. Seperti biasa selepas 2 minggu kejadian tu, Din yg memegang tangan sy tu datang lagi… Waktu yg sama, tengahri jumaat yg sunyi.. Kali ni lebih2 melampau.. Tamparan hebat betul2 sy marah dn benci dgn Din dn ex Suami sy benci..

KEBETULAN EX SUAMI X SOLAT JUMAAT..  Alkisahnya..

Din kali ini melampau.. Dia datang sy x nampak sedang berkemas didalam kedai., garau suaranya panggil sy “Ta aku nak beli ikan ni..” (ikan sayur sy letak dekat luar kedai.. Barang runcit dekat dalam kedai).. Sy takut nak keluar..

“MARI LAH SINI AKU NAK BELI IKAN.. KO NAK NIAGA KE X..” Jerkah Din dengan kuat.. Sy hanya tercegat panik sementara DIN MENYELAK KAIN PELEKATNYA MENUNJUKAN ” SI ANUNYA.”… tanpa segan silu sebagai org islam dn suami dan bapak org… sambil bersuara “AKU SUKA KAT KO.. AKU X TAHAN TENGOK KO”…

Sy menjerit kuat .. “bodoh punya manusia xda akal ke.. macam binatang perangai..”.. Din ketawa dan terus naik moto dgn laju meninggalkan sy.. Sy rasa dia gila.. Mungkin dia ni lah yg sering mengendap sy semasa dirumah dulu..

Menggigil sy terus kedapur.. Pergaduhan teruk antara sy dgn ex suami selepas ni..

Sy: Awak dengar x tadi sy bergaduh dgn din..(mood mengigil sy bertanya)

Ex: Nampak.. Sy intai ikut celah2 lubang kedai.. masa tu sy masak maggi..

Sy: Ohhhh awak nampak rupanya… Masa dia selak kain pelekatnya awak nampak x..(mood dah nak marah)

Ex: Nampak lah.. mmg x malu betul..(sedikit komen je… boleh macam tu respond nya..)

Sy: Nape awak x keluar masa dia selak kain… Sesah lah dgn parang… Ajar supaya tahu adab… Kalau dah sampai selak kain depan sy apa ke jadah.. Awak tengok tp x bertindak apa2 langsung sebagai suami hhhhaaaaa (marah sgt).. Elok awak dok mengendap jer sambil masak maggi… Awak tu lelaki ke apa..??

Ex: Sy x nak gaduh dgn org.. Kita duduk sini bukan nak gaduh2 kita kan nak niaga..(menjawab dgn lembut je)

Sy: Ya Allah ada gak lelaki macam awak ni.. Bodoh dn dayus betul.. Kalau sampai macam tu awak x bertindak.?? Selayaknya awak x layak pun jadi laki sy.. Sy x kisah kalau awak x cemburu tp kalau sifat melindungi sy pun xda.. Ehhhh x payah jadi lelaki lahhh..(teramat marah)..

Ex suami penyabar x kena tempat atau dia penakut..(Andaian sy lah )… Sy x boleh respect dia.. Bagaimana org lain nak respect sy sebagai isteri dia.. Kemarahan sy masa tu dah sampai hadnya..

Dia x menyahut kemarahan sy.. Pergaduhan tu macam sy je yg syok sendiri.. (Cakap dgn batu lagi baik).. Makin lama kawin, makin jelas sangat banyak kelemahan ex suami..

Rasa tawar semakin lagi lah tawarnya… Sikap pengecut ni akan menyebabkan sy makin bencikan ex suami.. Meskipun jarang bergaduh x bermakna sy bahagia…

Sgt tertekan dgn ex suami dn insiden hodoh tu…!!! dn lepas ni akan datang lagi lelaki yg x tahu adab yg menggangu sy kerana ex suami x berani menjaga hak dia sebagai suami..

Bagaimana sy nak menyemai rasa suka atau setia pd nya sedangkan nilai2 pemimpin xda.. kosong..!!

Peniaga wanita kuat berniaga tapi semangat akan lemah bab keluarga, kasih sayang dan konflik perkahwinan.. Selepas kejadian tu mood jadi kacau..

Sy x boleh mengawal emosi sedih dn marah..(layan perasaan).. Sy terlalu mengikut naluri sy mahukan kesempurnaan memiliki pasangan yg sy impikan seperti sifat2 terpuji ayah sy..

13 Comments

  • bahtera kasih

    huhuhu…seram sy dgr kisah puan kali ni….erm…kalau sy ada suami yg sopan x bertempat gitu bleh jd naik hantu jgak…Alhmdlh…segala penat lelah n kesabaran puan terselit hikmah yg besar kn…kn…

  • wnuruladila

    Salam Puan..1st time sy komen ..sy mmg xpnh miss tunggu cerita2 Puan.. MasyaAllah byknya dugaan Puan lalui sblm jd mcm skrg..setiap Kali baca sy membayangkan suasana Dan kehidupan Puan dahulu.. Semoga terus berjaya Dan memberi inspirasi kpd org pain..

  • butterfly

    Puan,puan teruskn cerita puan ye.sy suka baca kisah hidup puan.memberi kekuatan pada saya untuk maju dlm hidup tnpa bergantung pd org lain.terima kasih puan,byk teladan yg sy dapat.

    • jamuratu malaya

      Ila saleh, mmg rasa sedih dpt pasangan lemau..tp kesian dia..sampai sekarang masih x leh ubah cara hidup dia..nasib baik anak2 dn sy masih x lupakan dia..perceraian tetap berlaku..ehsan masih berterusan

  • sue

    Aduhai…dahsyat betul pengalaman hidup yg puan lalui…saya baca ni pun kalau puan marah, saya ikut marah…bila puan sedih, sy berlinang air mata…bila puan menjerit, sy ikut jerit bacanya…
    terasa sy ada ditempat tu..bila baca cerita puan ni…Patutlah puan berjaya skg…

    • jamuratu malaya

      Sue…yg dikasihi

      Sbb tu kalau mak kita bebel jgn marah..Sy kalau bebel anak suka..sy nak mengajar, supaya anak2 x tersasar…pengalaman org tua ni bagus..ajak keturunan jadi baik2..jgn tiru buruk perjalanan silam kami…

      TTangisan susah sy anak2 sy x faham..sy sedih puan..

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum, bonda, arwah atuk sy anak dia 13 anak, ada yang sy kenal 17 anak 4 isteri bahagia je . rahsia orang dulu ramai anak bila musim hujan menjadi je. malam mana ada hiburan. tu je lah hiburan suami isteri.

    sy suka campur keluarga orang. sy jenis suka merempan. sbb dpt banyak belajar pekara baru. kalau keluarga orang jenis sombong bajet bagus2 ni . go to hell lah.

    bukan semua org kaya sombong. ada je orang kaya baik layan sy elok. mereka ni kdg ajak sy makan borak tujuan nak baca sy. orang2 tua kaya pengalaman akan test dulu sebelum beramah mesra.biar kita nampak bodoh di mata orang tua asal semangat ceria tetap ada walau hati tengah berduka.

    lagi satu orang tua ni kuat membebel. cucu mereka xnak layan sy lah jadi tiang elektrik dengar ceramah mereka. ada yang ok. ada yang tak ok. yang tak ok ni dia cerita zaman dia jadi politician kt singapore cerita zaman kegemilangan dia. sekali dua ok tp masuk berpuluh kali dengar naik biru telinga sy.

    tu lah orang tua kaya pengalaman nak berkongsi dengan generasi akan datang. sy xjadi kaya lagi moga sy kaya budi bahasa, iman, harta benda , duit, dan meletakkan kebendaan bukan matlamat.

    sy suka tgk alif syukri naik supercar kereta mewah. realiti sebenar orang kaya betul tidak begitu. sy kena cari role model betul .

    tips untuk anak bonda alif syukri. cuba tanya suami bonda khasiat air kolah masjid. kalau turun melaka cari 7 air kolah masjid, minta suami bonda buatkan air doa atau air ikatan kasih sayang minta datin masukkan dalam kolah mandi atau minuman atau masakan.

    sy dah kena air kolah masjid mujarab. Allah sembuhkan sy. kadang orang jahat sebab bukan dia nak ada benda di luar kawalan dia iaitu mahluk ke tiga iaitu jin iblis. terima kasih sudi baca luahan sy bonda.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum, bonda, no comment tak tahu nak gelak atau camne? ex suami bonda ni mungkin terlalu penyabar sangat kut.. wallahuallam.

Leave a Reply to jamuratu malaya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!