Hati sy jadi liar & Cina bagi modal 40K.. Dugaan Nooraini : Part 46
Semalam Khamis 16hb April 2015, badan sihat, hati benar2 lemah.. Sy x mampu buat kerja langsung.. Pujuk diri sambil layan whats up.. Layan FB…
Akhirnya sy tertidur… Lepas tu jam 4.30 balik ambik anak sekolah.. Buntu sampai bodoh rasanya mikir perkara yg sy x jumpa jln penyelesaian..
Kegelisahan ku makin hari makin mencengkam (lirik lagu sudirman lah kot) oh kerajaan.. wahai pemerintah… Kami ni org ada hati dan perasaan… Doa org ramai ni.. kalau hari2 menyumpah tu x takut ke..??
Golongan rakyat susah terasa azab rasanya nak belanja.. Bagi golongan koperat jenuh dikejar dek LHDN, dan berbagai serangan dalaman bisnes yg melibatkan dgn kerajaan paling susah dn perit.. Bab ni paling azab sy x kuat semangat.. Memberontak pun x kan menang.. Senyap dn tahankan…
Masa susah sy dulu awal nak bangunkan niaga ni, sah2 lah jenuh dgn tenaga 4 kerat.. xda duit.. bersekang mata nak berjaya.. Kerajaan x tolong sy pun walau sesen walau sehari xpernah menjengah.. Bila senang rajin mereka bertandang..
Dah berjaya jenuh kena sesah dek kerajaan..!! Merintih hati merayu.. Xda ke jalan sy ni niaga tgh susah sgt.. Ada cara x..?? Sy merayu tp x da herannya pun..
Hati marah dn berkata “Bebaloi x kerja sy ni..??? Hutang jadi banyak akibat penalties dn berbagai lagi kesalahan.. Stop niaga dn jadi org biasa lebih senang xda sumbangan duit kepada negara, hati x sakit.. Kata nak bantu peniaga melayu… Cakap bukan main lagi..”
Niaga ni 9 dari sumber pintu2 rezeki kata Rasulullah.. Azabnya sy lalui ha ha ha ha… Sy sambung kata2 Rasulullah Saw.. “9 DARI pintu2 kesusahan IALAH DARI NIAGA HANYA 1 JE KESENANGAN IALAH ADA DUIT..” Bahan dek kerana duit tu yg dikejar dek kerajaan dn org2 jahat seperti perompak.. (ADA DUIT SUSAH XDA DUIT PUN SUSAH)
Sy ni panas punggung, nampak macam berduit kan… Sampai dh kering duit sbb x nak masuk mahkamah.. Surat mereka “Sila jelaskan jika x bayar dlm masa sebulan pengarah masuk penjara..”
Hebat betul sy ni disiapkan sebelah kaki ku ke penjara.. Anda berhutang dgn kerajaan..!! (Inilah surat2 yg mengerikan sy terima setiap tahun).. INI BARU REAL AGAKNYA SOKONGAN KERAJAAN PADA PENIAGA..
Meskipun niaga itu jihad namun banyaknya org jahat… (ha ha ha berpantun lah pulak).. Ni bukan kondem tapi luahan sy kat kerajaan.. Mana tau tulisan sy ni boleh membantu semua ushawan..!! Kalau sy jadi PM (layak ke sy ha ha ha gurau je)… Membantu biar ikhlas.. Kalau x nak bantu xpa lagi… tapi jangan tambah beban kami.. Tolongggg…
SEKARANG BANYAK KEDAI TUTUP, BISNES LINGKUP.. SUKA KE MACAM NI EKONOMI DN SEMANGAT PENIAGA LEMAH.. PENIAGA MELAYU MAKIN MUNDUR SBB APA..?? Ini yg membuatkan sy benci nak niaga dah.. DAH JADI MACAM KULI DEPA..!!
Tambahan pulak dgn Gst ni.. Bukan niaga x laku, permintaan ada, sy pun kesian kat rakyat sebagai pembeli.. Sy turunkan harga.. ada untung 20 sen tau, jadinya untung nipis, barang mentah makin mahal..
Sy kena jual lagi murah, sampai xda untung supaya ada pembeli.. Niat hati supaya boleh bertahan lagi niaga tp SERANGAN KEJAM NI BUAT SY RASA NAK BERHENTI NIAGA..
KALAU SY X NIAGA DAH bukan bermaksud x maju atau bankrupt.. Jiwa kacau.. x sanggup jadi mangsa.. Macam jadi bodoh kerana mereka2 ni.. (paham2 je lah)..
Selepas melepaskan geram tadi maka sy teruskan dengan dugaan Nooraini..
Sy x boleh menerima hakikat yg ex suami x sehebat lelaki idaman sy seperti ayah sy.. Sikap memperbandingkan dia dgn ayah “kalau dia macam ayah dn kenapa dia bodoh.. Kenapa sy kena hidup bersama dia..??”
Ayat2 berbisa tu amat mengacau fikiran sy.. Mood dn fokus terganggu selepas insiden buruk dr lelaki tu.. Dah lama kami x bergaduh.. Pergaduhan kali ni paling jiwa sy makin liar..
Sifat keibuan, wirawati berjuang utk anak2 bertukar kepada pemberontak.. Jiwa remaja mempengaruhi.. (sebelum ni sy x terfikir mencari kebahagian diri sendiri selepas insiden tu sy terfikir.. Sy masih muda dan jauh kena lalui.. Mesti banyak peluang dn keseronokan hidup tanpa suami macam ni.. Sy nak cari Mr. Right utk hidup sy)..
Hati sy jd jahat dn ada semangat baru “Aku muda lagi, banyak org nak pun berebut org nak.. Sy bukan hodoh.. Kalau jadi janda pun mesti boleh dapat penganti.. Sy nak cari org pandai dn kerja tetap.. Suami yg x menyusahkan sy..”.. Sebelum ni hati xda ayat2 ni.. Pendedahan luar sejak meniaga sy merasakan sy makin berhati kering dn berani.. Sy dah x takut dgn apa keluarga dn respond mak.. Sy nak kepuasan hidup.. Itu je matlamat sy..
7 tahun bersamanya buat sy makin dekat nak tinggalkan ex suami.. Tunggu sikit lagi sy bagi kamu peluang.. Sy akan pergi juga.. Tapi anak sy xkan serahkan.. Gitulah hati sy memendam rasa..
Selepas kes tu anak2 jadi mangsa kemarahan sy, sy jadi pendiam dan muka x semanis biasa.. Kerana kepala hanya memikirkan marah, benci yg bertan2 timbunannya kat ex suami..
Mana boleh perasaan begini selama2 umur rungut sy dalam hati.. Hidup kami je bersama, tapi hati tetap xda padanya.. 3 bulan perasaan berterima kasih pd ex suami.. 6 bulan pula benci melihat ex suami..
Perasaan memberi peluang dan takut bercerai membuat kan sy bertahan lagi hidup bersamanya.. Agaknya kalau sy ni liar masa tu dn ada lelaki yg sempurna mengoda sy.. Ishh mmg mudah tergoyang dah..
Mau x nya.. Dalam hutan ni semua lelaki sama je lemaunya dgn ex sumai.. Maka sy x berseleralahhh… (ha ha ha sy bergurau tp serius ni..)
Sy mandi di sungai dgn anak2.. Hanya waktu pagi dn jam 5ptg sahaja.. Tempat tu agak keras maklumlah kira belukar juga.. Mesti banyak jin dn makhluk halus.. Takut tersampuk kalau mandi lewat petang.. Sy sangat berhati2 masa mandi.. Takut kena hendap dek lelaki miang..
Satu petang selepas mandi sy mengurus anak2 dn kedai dalam mood kemarahan meluap2 tu sy lihat Alex datang lagi dgn barang2 penuh dalam lorinya.. Orang berbudi kita berbahasa.. Alex berhenti depan kedai..
“Ita apa khabar..” Alex macam semput termengah2 keluar dari lori bersama pembantunya.. Sy menjawab dengan hormat “Baik je Alex.. Awak dari mana ni.. Banyak barang tu nak hantar kemana”.. Alex senyap dan terus menurunkan barang2…
Sy panik kenapa Alex turunkan dekat kedai sy.. Sy x order pun.. Sy pula x berani banyak soal sbb Alex nampak penat.. Ex suami melayani Indon beli barang.. Bergaduh pun kami, yg bestnya sy x nak org x nampak kami dlm konflik..
Masih bercakap masa berdepan dgn org.. Ishhh sy control.. ha ha ha.. hakikatnya kami mmg x kan sekali duduk dekat 2 (pepaham le.. tahan pulak dia).. Ex suami takut dgn sy..!! Sy makin garang..
Selesai menurunkan barang.. Alex mengeluarkan bil kepada sy.. “Ita.. Man sy percaya awak boleh maju niaga.. Sy kasi ini barang tambah kasi lagi naik awak niaga.. Ada duit awak bayar lah.. Ni bilnya.. Buat betul2 tau niaga.. Sy percaya awak..”..
Sy x percaya keadaan yg sedang berlaku ni.. Malu.. Terharu.. terkedu bangsa cina lagi baik menghargai sy… Nilai barang dia bagi dalam 40k.. Mau x terkejut sedangkan sy xda duit banyak tu..
Beras.. gula.. rokok gudang garam.. biskut.. dan banyak nilai keperluan niaga kedai runcit.. INI LAH NILAI JUJUR DN X MEMINTA2.. ORANG X BENCI DAN ALLAH BUKA JALAN MUDAH…
Alex berlalu balik.. Dan peneroka2 yg sedang mengopi dikedai2 kopi memerhatikan kami dgn longgokan barang yg banyak.. Mesti mereka kata sy banyak duit baru 4 bulan niaga dah banyak isi dalam kedai.. (sy takut fitnah..)… Yg sy tau.. Sikap manusia ni sy x kan boleh tutup mulutnya..
Sy masukan semua barang2 tu kedalam kedai.. Anak2 menjerit kesukaan “Mak banyaknya mak macam2 ada kan Mak dalam kedai kita.. Mak jual lah keropok dn gula2.. seronok kan Mak kami boleh makan”.. Jerit Anten.
Yati x banyak soal.. Ani senyum je.. Adik kakak meloncat dia pun meloncat lah.. Ani x faham apa.. Hanya tau minta makan minum dn buang air besar.. Sy lapang dada Ani dah berjalan jarang sakit.. tp x fasih cakap, xpelah..
Kedai sy berbau kedai runcit.. Berlantai simen.. Sy pengemas orgnya.. Kedai sy bersih teratur..!!. Kini felda mengumumkan depan kedai sy ada pasar malam.. Sy makin gembira kerana kedai sy menjadi pusat org berkumpul..
India sebelah tu masih bermanis muka x nampak cemburu dgn kedai sy nampaknya.. Sbb kedai sy masih kecil dn x menarik macam kedainya..
Zaman dulu mana ada pauch bag, sy buat getah panjang dan mengikat timba dgn getah tu sebagai tempat duit.. Bila sy tarik timba turunlah.. SY LEPAS TIMBA TU NAIK.. ha ha ciri2 keselamatan konnnya… Nak elak pencuri ambik duit.. Sy xda meja kaunter cashier.. Semua ruang berharga dn sy jadikan tempat barang..
Semakin maju niaga, ex suami berhenti menjaja dikongsi2 Indon.. Kami mendapat surat amaran lagi kerana kurang menghantar getah.. Maka ex suami menoreh pagi dn sebahagian ladang upah kepada Indon..
Sokongan Indon menjadikan sy makin berjaya.. Pasar malam bermula.. Subhanallah jualan sy di hutan belantara tu boleh capai 4 ke 5 ribu sehari masa pasar malam…
Dalam kesenangan banyak kepayahan sy lalui.. Fitnah sy x tahan fitnah.. Next stori lebih sakit ujian sy disana… Antara sy dgn ustaz dn imam felda… Sy x lupa sejarah ni.. Paling sy benci org Hipokrit..!!
11 Comments
siti khodijah
Subhanallah hebat kan dugaan nak berbisnes ni..Tapi sy sangat kagum dengan semangat puan..Saya pun mmg niat nak niaga sejak kecil lagi,ada jugak rasa takut tapi saya akan cari semangat tu.hehe..Lagi 1,sy suka sangat baca cerita puan..teruskan menulis ye..try la buat buku ,gerenti laku..btw puas sy mencari tajuk Dugaan Noraini part 1..nak baca dr mula tapi tak jumpa..boleh puan bg link ??
jamuratu malaya
Siti khodijah..
Klik sejarah bonda dlm blog sy ni..semua kisah sejarah sy dalam kolumn tu puan
siti khodijah
terima kasih puan..
semoga puan terus berjaya dunia dan akhirat. 🙂
NorainiIbuAmmar
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (94: 5-6)
Disebalik kesulitan Allah akan sertakan kemudahan. Subhanallah. Nampak jelas dlm cerita puan ni.
Doa org teraniaya makbul puan. Semoga kita dapat pemimpin yg lebih baik.
jamuratu malaya
Noraini Ibu Ammar
Bila luah begini ..hari sy rasa lega..semoga Allah bantu sy..dn penulisan sy ada yg sudi buka mata..Niaga itu jihad. .Sebalik niaga sama ada kita peniaga yg jahat atau org lain buat jahat..
Dugaan Allah bagi supaya kita ingat Allah susah senang. .Kita dalam gengaman Allah
as dila
Subnahallah..hebatnye dugaan yg puan terima..rase mcm nak nangis..tp hujan rahmat diluar rumah yg turun dulu..^_^
#iuvUpuanRozita
ilasaleh
meniaga besar2 lebh sukar ye puan…. meniaga pun nak dimasukan dalam penjara… tak paham..tak paham…
Jurina Yusof
Ye la puan.. Bila bersusah payah cari duit atas titik peluh sendiri mestilah kita nak merasai hasilnyekan.. Baru kita puas n rasa berbaloi.. Tp bila byk benda plak dah kena nak membayar mmg rasa rugi Sgt.. Gaji bg Tinggi skit, org tax dtg cari sampai ke rumah..bkn skit nak kena byr plak tu.. Mmg rasa rugi je nk membagi ke diorg ni…
Perjalanan hidup puan mmg mencabar.. Semua wanita mmg inginkn diri sentiasa dilindungi selain sikap b/jawab..Baru rasa selamat nk kekal bersama. Kalo kahwin tanpa cinta..lama2 pon boleh jatuh cinta betul x puan..
Puan jgn la sakit hati sampai nak putus harap berniaga.. Kang ramai duk ketuk pintu umah puan minta Jamu termasuk saya heheee (gurau je ).. 🙂
Semoga puan sentiasa dilimpahi rahmat Allah.. Saya syg puan 😉
jamuratu malaya
Jurina yusof..
betul komen puan..bosan puan..kena attack jadi lemak semangat
butterfly
Puan,jgn berenti mniaga puaannn..sya tau puan org yg kuat,harap puan terus bersemangat meniaga kerana allah.smga semua urusan puan dipermudahkn allah.sy baru je amik royal v utk ksuburan.hope dpt mgandung kali ke-3.puan doakn sy yek.luvpuanrozita
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum, bonda seronok dengar hasil niaga bonda. pekara paling seronok bila dengar anak ketawa happy