Petua Bonda
-
Tajuk : Minuman rutin saya waktu pagi..
Jus 3 buah adalah perkara yang saya akan buat setiap hari Orange 1 atau 2 biji Sebatang karot Epal hijau 1 biji Kadang-kadang saya campur – akar pegaga – delima – belimbing Kenapa saya minum perkara diatas ini…!! • Ayah saya pernah dirawat oleh pakar sendi yang sangat terkenal dari Indonesia. Dia menghuraikan setiap fungsi kebaikan 3 buah yang saya makan ini dalam merawat badan, sendi, dan kulit. • Tinggi fiber – zat – mineral- rawat kulit-kolon- usus- dan kerosakan kulit. Buah-buahan ini membantu saya lebih sihat dan senang kurus. • Saya mendapat tenaga walaupun tak minum gula dengan hanya manisan buahan ini sudah cukup mengenyangkan dan membantu menjaga kulit…
-
Pokok kucing galak-Lelaki lemah tenaga batin…
Assalammualaikum… Pokok kucing galak rawat lelaki lemah tenaga batin.. kencing tak lawas.. penyakit darah tinggi.. Sangat baik utk merawat masalah tenaga batin leaki…cabut pokok dan akarnya , Basuh bersih . direbus sekali..Minum setiap hari ia akan membantu merawat masalah kencing yg x lawas dan darah tinggi..Setiap kali minum bacakan pada air .Bismillahirahmanirahim..Salawat 3 x dan niatkan ..Aku minum air ini niat minta kesembuhan dan shifak . Semuanya kuasa dan izin mu ya Allah ..maka sembuhkan akan diri ku dari ” SEBUT NAMA PENYAKIT”. Pokok ini sangat disukai oleh kucing…Selepas kucing beranak ia akan mencari pokok ini.Pokok ini membuatkan sy berfikir bahawa Allah menjadikan binatang dan pokok untuk keperluan manusia..Kucing pun makan…
-
Teknik kupas bawang…
Teknik kupas bawang… Untuk mengelakan pedih dan senang menguruskannya. Masukan bawang dalam peti beku dalam 1-3 jam jangan lebih untuk menghilang gas pedih. Merendam dalam air garam dan sedikit cuka sebelum mengupas. Paling senang ialah mengunakan pisau tembikar dan cara ini sangat sesuai untuk majlis kenduri. Petua saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi.. Layari : http://jrm.com.my http://rozitaibrahim.net https://www.facebook.com/JRMOfficial http://instagram.com/official_jrm https://twitter.com/official_JRM
-
Rawat Muntah…
Rawat muntah : Ambik tali kasut yang agak panjang Bacakan selawat atas nabi setiap kali satu simpulan dengan niat dalam hati “ Ya Allah berhentikan lah muntah sipolan bin polan dengan izin mu “ Buat 3 kali simpulan dan 3 kali niat sama step yang awal tadi Akhir sekali ( simpulan ke4) ikatkan pada leher anak atau siapa yang kerap muntah dengan niat yang sama sebagai kunci dan ikat mati.. Petua ini sangat berkesan – dan bila sudah sembuh Mulakan buka simpulan mati pada leher sedekah fatehah pada Rasullullah SAW Mulakan buka 3 simpulan yang lain dengan zikir – selawat – subhanallah- alhamdullilah –lailahaillalah- allah hu akhbar. Petua ini jangan…
-
Rawat – Bersalin kembar darah sangat menyakitkan…
Petua cara merawatnya ialah ambil kelapa yang dikopek ( Bukan kelapa parut ) Masa mengigit tubacakan Bismillahirahmanirahim dan berdoa “ Ya Allah aku berdoa dan hanya pada mu aku bertawakal. Ringankan bagi ku kesakitan dan hentikan kembar darah ini , maka permudahkan bagi ku melahirkan anak ini ” Salawat 3 x kepada nabi. Kunyah bersama gula merah. Sambil dalam hati zikirkan : 1) Astaghfirullahalazim 2) lahaulawakuw wata illa billah hil ali yil azim 3) laila ha illa anta subhanaka inni kuntum minozalimin. InsyAllah serta merta sakit akan berkurangan dan kembar darah akan berhenti ..mudah pula melahirkan..!! Petua saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi.. Layari…
-
Teknik simpan cili api…
Basuh cili api Blender tanpa campuran bahan lain hanya cili api Kacau rata mengunakan mesin Panaskan minyak . masukan sedikit air – masak sehingga kering air. Tahan lama dan sesuai untuk buat sambal belacan dan semua masakan Masukan dalam bekas yg berpenutup untk mengelakan kering Bekas yg berpenutup menjaga kualiti cili Semasa mengambil cili pastikan tidak mengunakan jari atau bekas sudu yg ada bahan makanan lain supaya tidak rosak. Petua saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi.. Layari : http://jrm.com.my http://rozitaibrahim.net https://www.facebook.com/JRMOfficial http://instagram.com/official_jrm https://twitter.com/official_JRM
-
Teknik kisar biji cili kering – tahan lama – sedap – selamat…
Ramai orang buang biji cili kering – leceh & kerja jadi lambat Kalau tak buang boleh dapat penyakit ependik Cara asas basuh cili kering – rebus sekejap supaya lembut atau rendam dengan air panas. Mesin cili murah /harga RM 100- tak boleh buat teknik ini.. Semasa mengisar campur garam dan minyak kelapa bekas goreng ikan Biji cili akan hancur halus. Masak dengan api sederhana sehingga kering.. letak garam – asam jawa semasa masak. Cili Blender boleh tahan sebagai stok selama 2 bulan simpan di dalam peti sejuk dalam pasu atau bekas stainless steel.. PERHATIAN : bekas plastik mengandungi toksin Petua saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi.. Layari…
-
Buat kerisik lebih mudah…
Kelapa parut masukan dalam tray Buka oven suhu 180 c – dan bila mula kuning perlahankan 160c Api atas bawah dan balik- Balik-balikan kerisik sampai rata Kisar dengan Mixer Grinder – MX A6400 Panasonic – Made in India Setelah siap masukan peti sejuk – beku Keluarkan dan ketuk sehingga menjadi ketulan kecil bagi mudahkan memasak Petua yang saya berikan adalah pengalaman yang telah saya amalkan dalam merawat keluarga dan anak-anak saya. Semoga anda juga mendapat keberhasilan dengan izin Allah.. Layari : http://jrm.com.my http://rozitaibrahim.net https://www.facebook.com/JRMOfficial http://instagram.com/official_jrm https://twitter.com/official_JRM
-
Rawat darah tinggi dan cacing…
Petai belalang boleh merawat darah tinggi , kencing manis demam kuning dan cacing dalam perut.. pokok ini hidup banyak melata ditepi jalan..Pucuk nya juga enak dijadikan ulam,.Sayuran ini tidak menyebabkan angin dalam badan.. Rawat darah tinggi dan cacing Ulam pucuk petai belang Atau masak petai belalang Petua yang saya berikan adalah pengalaman yang telah saya amalkan dalam merawat keluarga dan anak-anak saya. Semoga anda juga mendapat keberhasilan dengan izin Allah.. Layari : http://jrm.com.my http://rozitaibrahim.net https://www.facebook.com/JRMOfficial http://instagram.com/official_jrm https://twitter.com/official_JRM
-
Rawat cirit Birit…
Rebus pucuk delima atau putik delima Ambil segengam daunnya – airnya 3 gelas – Minum masa suam-sehari 3x Atau 7 butir delima muda dengan air segelas – Minum masa suam-sehari 3x Bacakan selawat atas nama dan hadiah fatehah kepada Rasullulah Doa – Aku bertawakal atas nama Allah melalui air inid an mengharap kesembuhan dari Allah Petua yang saya berikan adalah pengalaman yang telah saya amalkan dalam merawat keluarga dan anak-anak saya. Semoga anda juga mendapat keberhasilan dengan izin Allah.. Layari : http://jrm.com.my http://rozitaibrahim.net https://www.facebook.com/JRMOfficial http://instagram.com/official_jrm https://twitter.com/official_JRM





















