Bicara Bonda

Wanita gemuk berusia banyak selulit…

Senaman saya ada 2 jenis iaitu bersenam treadmill  dan senaman kuno ciptaan saya . Selesai bersenam saya akan bersauna dengan infra red sauna. Senaman kuno ciptaan saya itu telah saya amalkan sejak melahirkan anak sulung lagi dan diamalkan sehingga sekarang. Ia tidak mengegarkan peranakan atau pun pegerakan ganas seperti meloncat dan mengangkat berat. Ia sangat berkesan mengemaskan lemak yang melebih keluar  seperti di tepi dada terutamanya selepas  memakai baju dalam. Paling susah mengecilkan perut , dagu , lengan , peha dan tengkuk.

Semasa mengandung  yang last selulit sangat banyak lebih banyak dari anak yang sebelumnya. Masa muda dulu saya mengandung tiada selulit langsung..!!

Rupanya bila mengandung usia lewat 40 an selulit menjadi sangat tebal pada badan.  Susah nak hilangkan ambik masa lama. Otot jadi tak kemas. Memang susah nak kuruskan badan lepas bersalin kalau mengandung dilewat usia. Bila dikenangkan banyaknya anak saya kan..!!!

Beraninya ..Isshhh macam mimpi pun ada.  Saya menulis hari ni sebab terbaca surat khabar metro kisah Aishwarya Rai Bachchan akan kembali berlakun dan masih kelihatan gempal katanya . Dalam hati saya “ sebab umurnya sudah 30an sebab tu susah kurus ” terbayang saya masa mengandung last umur sudah lewat 40an. Lengan peha perut dan peha saya sangat banyak selulit. Semasa tahun 2005 saya bersalin saya amalkan lempoyang sapu luaran dan makan set bersalin, d folia ,spirulina , gingko, pati haruan dan produk kolagen .

Saya berjaya kurus tetapi lepas bersalin yang ke 8 amat lambat tetapi kini saya rasa lebih kurus dari bersalin anak yang 7 dulu kerana baju zaman muda banyak boleh pakai. Royal V kalau dulu Persis Dara dan Hot melong..Panasnya subhanallah macam bersauna 60 c . Tang perut ditarik-tarik kadang2 sampai 3 hari pun rasa lagi. Saya pakai selang sehari tak sanggup hari-2 ..!!

Treadmill saya gunakan selepas bersalin 6 bulan. Saya buat treadmill selang sehari..Minima 20 atau maksima 30 min sahaja .Nombor treatmill yg saya gunakan biasanya dan mengikut anggaran masa. Saya bersenam untuk jantung dan stamina. Saya memang aktif dan saya mahu kehidupan yang menarik. Saya kalau naik bukit dengan orang muda 25 tahun mereka pun tak boleh lawan stamina saya. Saya jalan laju bagi saya itu senaman..

  • No 4 utk warm up  – 3 minit
  • No 6 – 5 minit
  • No 10 – 3 minit
  • No 4 – 3 minit
  • No 6 – 6 ninit

Saya layan pemakanan dan diri saya sederhana dan berdisiplin sejak muda lagi . Saya pujuk diri masa gemuk 80kg supaya mencari solusi . Badan saya sudah tua dan hormon dan kolagen pun semakin kurang dan Gemuk sebab mengandung selama 40 minggu mana mungkin saya kurus sehari atau seminggu. Badan manusia macam enjin kereta kena servis, lama2 pun kondem..!!

Dah lama saya menyimpan hajat menerbitkan buku “ Singkap rahsia wanita ‘ . Detail pengalaman saya menjaga badan , senaman, masakan diet,kalori, senaman kegel, mengenal Miss V wanita , kawal minda dan semua tentang kesihatan dan amalan sejak usia saya 12 tahun. Bagaimana ingin mengecilkan punggung dan merapatkan tulang punggung. Ramuan buat jamu pun ada ..Inshaallah bulan julai dipasarkan  anggaran harga RM 12 ke Rm 15 budget saya harap 2 tak lebih dari harga tu..

 

 

3 Comments

  • Uya

    Assalamualaikum, pn. Saya suka dgn perkongsian cara pn. menjaga kesihatan tubuh badan.Banyak tips yg menarik. Tak sabar rasanya nk dapatkan buku yg akan pn. terbitkan…

    • jamuratu malaya

      Liyana..,

      Herba ni sgt bagus rawat badan..jgn putus asa..makan D folia, sedu arrow atainst beauty st..kalau berusia 35 tahun keatas kena tambah dgn Royal V sbb ini yg melambatkan penuaan wanita..lebih extreme

Leave a Reply to Liyana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!