Dugaan Nooraini

Tinggalkan suami kamu..Cari orang lain.. Dugaan Noor Aini : Part 29

Sambungan part 29,

Begitulah perasaan dn pengalaman sy dalam perkahwinan. Apa yg sy tulis mengenai fasa perkahwinan tu mungkin kebetulan sj.. Allah lebih mengetahui segalanya takdir yg sy mahupun insan 2 lain lalui..

Ujian hidup tu juga yg mematangkan dan menyedarkan sy.. Dulu sy xsuka dgn ujian2 sy lalui tu. Hikmah Allah kalau x kerana ujian desakan hidup, fitnah dn sikap pandang rendah org2 kat sy tu mungkin sy x sampai ke mari sebagai peniaga kosmetik kan..??

Yg penting hati sy ni kena banyak mencari ilmu buat bekal pulang.. Cari guru yg terbaik dan bila beramal dgn adanya ilmu terasa nikmat semua ibadah dan sy amat berhati2 dlm semua perbuatan..

Bekal tua sy dah buat..!! Bekal mati belum lagi. Lagi banyak belajar lagi terasa sgt sy ni banyak sgt kurangnya.. Sy berdoa pada Allah supaya kalau nak ambik sy nanti biarlah amalan sy cukup dan Allah benar2 redha.. Sy takut nak jumpa dia nanti..

Sy sedar ilmu sgt penting utk apa saja yg kita nak buat.. Ilmu yg membezakn setiap manusia dgn manusia lain.. Nak goreng telur sekali pun nak kena berilmu kan…???

Orang yg berilmu tapi x mempraktikan ilmu amat rugi kerana hilang ketajamannya dn boleh jadi hilang ilmu… Ilmu susah nak dapat..  Bila dapat jagalah..

Orang yg melakukan sesuatu berpandukan ilmu utk kebaikan ia umpama lampu yg menerangi semua kegelapan utk semua yg berada disekeliling nya.. Hebat tu… Selagi ada umur ada kemampuan jangan malas nak cari ilmu.. Sy nak bagi duit banyak mmg x da kepada semua org, blog ni je bagi sy sebagai perkongsian cari positif diri.. Myb juga ilmu… Wallahualam..

Teman2 pembaca blog sy.. yg sy muliakan sy teruskan ttg Dugaan Noor Aini..

Selepas beberapa bulan sy menoreh sendirian sambil mengurus anak2 dan ex suami yg sakit..Tenaga dan kesihatan sy semakin lemah.. Sy dayakan juga badan ni bekerja.. Sy beli jamu Indon x ingat apa namanya buat suplemen hilangkan lesu lemah ni.. (Rm0.30 sen sepeket)

Air mata kesusahan dan kesedihan mula deras mengalir meskipun semangat x lemah… Semangat tu buat sy semakin berkehendak.. Badan lemah semangat jangan lemah..

Sekiranya sy lemah mana anak2 nak pergi nanti, masa depan mereka gelap nanti. Sy kena keluar dari penjara kemiskinan ni.. Dugaan mmg x putus selagi kita hidup.. Begitu juga sy waktu itu bila masuk musim hujan  sy x boleh menoreh waktu pagi (batang getah basah).. Sy tukar  menoreh petang pulak…

Balik dari kebun sendirian sgt menakutkan.. Adakala lepas hujan cendawan tumbuh merata.. Sy kutip berguni2.. Rezeki besar tu bagi sy.. Bila noreh petang lebih seram sendirian..

Gelap dan sunyi sekali.. Adakala berbau wangi dikeliling walaupun xda pokok hutan yg berbunga.. (feeling terasa ada hantu atau jin kalau petang..Sy lebih takut senja kalau dikebun).. Bila musim hujan tanah merah melekat pada tayar moto, dan susah nak gerak.. Sy kena turun korek tanah2 tu supaya lancar perjalanan..

Satu hari sy berhenti ditepi jalan disimpang jalan sambil mengorek tanah dekat tayar moto.. Ada peneroka lain memberhentikan moto, datang menegur sy (suami isteri)..

Kak: Ta noreh sorang ke.. Suami ko dah sihat..?
Sy: iyer lah kak sorang je. Dah boleh jalan.. Dan makin baik..
Kak: Rajin ko ni Ta kan.. X penat ke.. (uaminya turun mencari kayu api. Sementara tu isterinya menemani sy sambil sembang)..
Sy: Mana ada kerja x penat kak.. Bukan kira rajin ni, kira kena buat je kan tanggungjawab lah kak. Hidup nak makan dan pakai kak kena berduit..
Kak: Ta akak suka tengok ko ni..Cantik , rajin dan campur langsung dgn org.. Hidup sendiri2 je.. Akak cakap jangan marah tau.. Kalau akak jadi ko, cantik macam ni.. Kak dah tinggal kan laki macam tu.. Buang masa ko Ta.. Ko muda lagi banyak peluang lain Ta, ko boleh dapat lagi baik.. (sy ternganga dan x sangka akak boleh cakap macam tu.. x pernah org cakap macam tu kat sy)…
Sy:
Xlah kak.. Sy x cantik mana.. Dan sy x pernah fikir nak cari lelaki lain..Sy takut cerai sbb mak marah kak..

Ha ha ha.. Bila sy kenang kembali cara sy bertindak  nampak sgt x matang.. Sbb takut cerai sbb Mak. Bukan sy takut anak xda bapak.. Ikhlas je sy mengaku takut Mak.. Sebenarnya sy x takut anak xda ayah..
Status ayah xkan padam pun cuma x duduk sekali dgn ayah. Itu yg sy faham sbb tu sy beranggapan apa itu cerai.. Ada ayah pun sy cari makan dn didik..Xda fungsi ayah dlm kehidupan kami.. (sy berfikir begitu masa dulu)..

Seperti sy kongsikan pada part 27 yg lepas.. Fasa memberi peluang sedang berjalan dlm perkahwinan kami ketika itu.. Menunggu keputusan tindakan sy seterusnya..

Dikenang2 kembali bagusnya sy dulu ialah sy x berani dan x pernah menceritakan isi dalaman perit sy pada sape pun.. Mungkin kakak tu nak test sy, nak korek rahsia sy..??

Contoh cendawan masak lemak..
Contoh cendawan masak lemak pedas..

Sejak berjumpa kakak, ayat2 akak tu mempengaruhi dan bermain2 kat kepala sy masa menoreh dn sy x menceritakan pd ex suami ttg perbualan tu..

Sampai dirumah, Sy membersihkan cendawan dan masak lemak pedas.. Mmg sedap.. Kenyal2 dan manis sgt.. Ada 2 cendawan ni jenisnya yg hidup lepas hujan. Cendawan butang dn cendawan pelanduk. Yg pelanduk lagi sedap tau..!!

Kalau banyak sgt sy jemur keringkan.. Bila nak masak sy basuh dulu..
Kalau cendawan kukur dia hidup kat batang2 kayu buruk biasanya batang getah.. X manis cendawan kukur.. Buat masak lemak cili api pekat2 sedap sgt..

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!