Petua Bonda

Tentang Limau Purut..

pkok limau purut
Limau purut dikenali sebagai Citrus hystrix nama saintifiknya..

Limau purut sejenis limau yang digunakan untuk perubatan rohani mahupun jasmani. Nama saintifiknya ialah Citrus hystrix. Ia tumbuh di Asia Tenggara seperti di Thailand, Malaysia & Indonesia.

Limau purut sangat baik dijadikan bahan utk bersauna..
Limau purut sangat baik dijadikan bahan utk bersauna..

Buahnya pula selalu dijadikan bahan penting untuk upacara mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegaran.

Kini terdapat pula teknologi terbaru untuk menghasilkan minyak wangi dan haruman aroma terapi daripada pati limau purut serta herba lain.

Selain kegunaan tersebut, limau purut juga mempunyai beberapa khasiat lain yang boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.

Kulitnya sangat elok sebagai bahan membersihkan kulit kepala untuk mencuci rambut dan kulit kepala berkerak, berkelemumur di samping mengatasi masalah kulit badan yg kering bersisik.

Bagi upacara pemujaan, ia digunakan untuk menaikan seri wajah, membuang sihir atau makhluk jin dan histeria. Ia mengandungi kebaikan antiseptic dan bahan antibakteria.

Jika diamalkan semasa bermandi, ia dapat menghilangkan bau badan, melembutkan kulit & memulihara kulit dari jangkitan kulat dan bakteria.

Buah limau purut
Buah limau purut

Aroma limau purut dapat melegakan pernafasan manakala kulitnya pula membantu mengatasi stress dengan cara menyapukannya pada bahagian tengkuk dan belakang badan.

Daunnya pula sesuai digunakan sebagai mandian wap untuk mengeluarkan toksin dalam badan dan akan keluar melalui perpeluhan.
Ia amat baik jika diamalkan selepas bersalin untuk tujuan menguruskan badan dan selepas demam panas kerana ia membantu membaik pulih saraf dan melancarkan perjalanan darah. Tak kurang juga kebaikan lainnya sebagai bahan anti-kanser.

Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah. Antara kebaikan lain :

1. Melancarkan peredaran darah
2. Bersifat anti pertumbuhan kuman
3. Membantu menghalang pembesaran sel kanser
4. Mengurangkan tekanan darah tinggi
5. Kaya flavonoid & polifenol dgn meninggikan antioksidan
6. Mencegah penyakit berkaitan jantung dan barah.
7. Merendahkan kolesterol
8. Melambatkan penuaan
9. Mengatasi masalah PMS atau ketidakselesaan haid
10. Menguatkan imun tubuh.
11. Mengurangkan pening kepala & stress
12. Memberikan rasa tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!