Resipi Bonda

Resepi Kek Pisang..

imagesAssallamualaikum sahabat2 FB dn pembaca2 blog sy.. Lama sy x bagi resepi.. Kadang2 tu sy dah masak lupa ambik gambar lps tu x update.. Resepi kali ni bagus sgt nak buat sedekah bagi makan org berbuka kat mesjid atau jamu tetamu masa raya.. Ha ha kita kongsi kek.. Tips sy masa nak raya tu siapkan bahan kek awal2 sbb nanti kedai kek tutup atau kehabisan stok susah.. Kali ni kek pisang je pun.. TAPI SUPERB SEDAP.. SY DAH BANYAK KALI BUAT.. JIMAT DAN DAPAT BANYAK.. MURAH LAGI.. HE HE HE..

 Kek Pisang

Bahan A

  • 1kg pisang (pisang berangan / embun atau pisang emas.. Nota : hanya jenis pisang ni yg sedap buat kek)
  • Lenyek dulu pisang
  • 1kg Gula Castor

Bahan B

  • 14 bj telur
  • 200 gm air
  • 80 gm susu tepung
  • 1kg tepung
  • 50 gm Ovellete

Bahan C

  • 300 gm minyak masak
  • 2 tsp esen pisang

Caranya

  1. Putar pisang dgn gula hingga hancur
  2. Masukan Ovellete dan telur (10m h/sp)
  3. Pukul hingga gebu – Masukan telur tepung dan susu
  4. Gaulkan minyak dgn spatula
  5. Bakar 180°C selama 45 minit atau hingga masak
  6. Cadangan loyang tin 12 x 3 x 3 dapat 4 tin..

picture-2020a1Kek pisang ni sesuai utk 20 org makan.. Kalau nak try, buat setengah dari adunan yer.. Selamat memasak sambil bersedekah.. Kalau x utk org, utk family..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!