Petua Bonda

Rahsia ku, rahsia mu jua… Part 2

Part 2: Rahsia minuman rutin sy dari lemon..

Hari ni sy just nak cerita rahsia minuman harian sy ada banyak kebaikan dan ada sedikit keburukannya.. Setiap apa sj kita makan akan beri kesan pada badan… Sy makan pil2 suplemen banyak.. Memang susah nak telan boleh tercekik., sekali telan 4 ke 5 biji.. Kalau kena yg besar huiihh .. Juling jugak mata sy. .

Setiap pagi nak telan ubat2 tu sy ada 3 jenis air..

  1.  Air buahan
  2. jus lemon panas + madu yaman..
  3. Air suam..

Antara keterujaan untuk kurus ni ..semua orang suka baca..khasnya wanita lah… Atas permintaan wanita dan follower sy yg beriye2, sangat banyak minta sy tuliskan macam mana nak kurus..

Kalau sy tulis sy akan bagi sekali asbabnya… Cuma pesan sy…” Sy tak bagi harapan GARENTI KURUS ATAU GARENTI JADI … Semua izin Allah juga..”Setakat ni apa yg sy buat itu lah yg akan sy tulis..Sebelum sy cerita apa amalan harian sy nak jawab contoh soalan ramai kawan2 fb:

Sy mmg pengamal produk st mmg boleh kurus..Lepas tu sy tak makan sebab tak mampu ..Lepas tu gemuk balik..

1: Sila rujuk part 1: Rahsia Ku Rahsia Mu Jua..Jangan biar badan gemuk terlalu lama. .Wajib baca part tu..!!

Badan kalau dah lama gemuk contoh 100kg , lepas tu kurus dalam 10kg dah berhenti jaga badan atau amalan produk kurus..Makan pulak tak melantak terus dan lalui cara hidup dan pemakanan sama masa gemuk ..itu mmg mudah gemuk semula.. bukan salah produk..60% produk 40 % bergantung cara kita kendali badan..!! Sebab lemak dah bergumpal dengan daging jadi tepu ( kebal) sudah sedia sel2 sarang kegemukan..Meskipun kurus akan berpotensi anytime gemuk semula..Itu hakikat yg x boleh dielakkan..

CONTOHNYA : Kalau berat badan ideal 50kg..Sekarang berat badan 100kg ..Kemudian tu berjaya turun kepada 70kg.. Maksudnya itu belum cukup tahap boleh suka 2 nak berhenti jaga badan tau.!! Selagi tak kurus 50kg maka belum boleh berhenti menjaga badan..

Berbalik kepada topik janji sy ..amalan pemakanan sy seharian..Saya pernah share minuman jus dan campuran sy setiap pagi.. Saya nak tulis sedikit detail kenapa dan mengapa saya ambil beberapa makanan suplemen ini..

Saya ambik banyak suplemen…Spirulina ST, Gingko ST, D Folia St, Sedu St, Royal V JRM, dan suplemen lain2 macam kalsium, vit c, omega 3 , pine bark, royal jelly , madu yaman..zaitun extrak..Saya akan makan utk semua dos ini setiap pagi..Malam saya hanya ambik Royal V lagi sekali bersama susu tinggi kalsium… ( saya akan tulis apa kebaikan yg saya makan semua suplemen ni selepas sy update ttg lemon dan madu.ikuti tulisan lain sy ..insyaallah..harap2 sy ada idea..)

lemon dan madu yaman

Ini cara saya buat Jus lemon dengan madu Yaman.. : Suku dari buah lemon Madu yaman 1 sudu kecil Air panas 100 ke 150 ml..

Dulu saya tak heran pun kebaikan lemon dah lama2 baru saya nampak pada warna kulit dan muka saya. Lemon kaya vitamin C , rupanya ia meningkatkan kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam membawa cahaya ke wajah anda. Salah satu faedah kesihatan utama air minuman lemon ialah ia membuka jalan untuk kehilangan berat badan lebih cepat. Air limau menyingkirkan toksin dan amat bermanfaat untuk tubuh.

 

Air limau suam bagi saya berfungsi sebagai ‘minuman selamat pagi’ yang sempurna, kerana ia membantu sistem pencernaan dan menjadikan proses menghapuskan bahan buangan dari badan lebih mudah. Ia mencegah masalah sembelit dan cirit-birit, dengan memastikan fungsi usus yang lancar.

Banyaknya nilai pemakanan buah Lemon.. Segelas jus lemon mengandungi kurang daripada 25 kalori. Ia adalah sumber yang kaya dengan nutrien seperti kalsium, kalium, vitamin C dan serat pektin. Ia juga mempunyai nilai-nilai perubatan dan ciri-ciri antibakteria. Ia juga mengandungi kesan zat besi dan vitamin A.

Bagus utk sistem inumiti juga..Badan saya lebih tahan penyakit dibandingkan dulu..Lemon adalah jus antiseptik ..Rawat masalah jantung sbb kaliumnya tinggi. Sbb tu rutin harian saya minum segelas air lemon panas pada waktu pagi untuk menikmati manfaat kesihatan..

Mulanya sekadar suka2 sebab sy alah kepada gula dan teh maka sy cuba mencipta minuman lain mengantikan minuman tu..Sehingga 1 hari sy sembang2 sambil merujuk kepada kawan sy yg mmg banyak ilmunya dalam mencipta formula kecantikan.. .

Esok nantikan sy lagi, mungkin anda boleh ajak teman membaca diblog sy…Kita sama2 cantik dan sihat.. dgn maklumat menarik lebih menarik.. apa manfaat minum air lemon Panas…Tunggu esok..Assallamualaikum. ..

2 Comments

  • Norliza

    Puan Rozita, perkongsian Puan dalam blog ini membuka mata saya berkenaan kesihatan dan kecantikkan wanita, terutama buat wanita seperti saya yang sudah berumahtangga, menginjak usia semakin lama semakin tua dan seorang ibu bekerjaya. Banyak yang belajar dari puan dan saya adalah salah seorang pengguna D’folia dan “Persis dara”.
    Selain dua manafaat atas saya kagum dengan anugerah yang Allah berikan kepada Puan. Kepandaian dalam ilmu kesihatan wanita dan kebijaksanaan Puan mencipta formulasi herba2 produk sendayu tinggi. Subhanallah…. susah mencari seseorang yang seimbang kedudukan dunia dan akhiratnya..
    Kebanyakkan cuma mementingkan dunia, tanpa fikir permulaan kehidupan ialah selepas berlakunya kematian.. Teruskan usaha Puan dalam blogging kerana saya adalah seorang peminat blog ini.

  • Sue

    Asalamualaikum puan. Macamana saya boleh beli royal V dan suppliment ni?terasa nak cuba…bila usia dah nak masuk 30…kerja dalam tempat beraircond buat badan mudah sengal lesu muka pucat. Sistem pemakanan pun tidak teratur. Sya belum mendirikan rumahtangga. Sesuai ke saya cuba produk puan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!