
Pucuk & Bunga Betik ulam paling berharga..
Sy pernah berjanji utk menulis mengapa & khasiatnya makanan tertentu yg sy amalkan utk kebaikan badan sy.. Semua mesti ada sebab kenapa sy perlukannya sebagai santapan mingguan atau harian sy.. Sy percaya semua jenis ulam, vitamin, herba dn supplemen tertentu dapat menyempurnakan keperluan utk badan sy stabil dn bertenaga.. Kali ni sy tulis ttg pucuk & bunga betik…
Ulaman ini sungguh menyiksakan kerana ramai yg beranggapan x sedap dn pahit.. Kalau sy yg masak garenti jadi sedap sbb ada tekniknya.. Ulaman ni mahal dn sy x benarkan org lain makan ulaman ini bila sy memasaknya.. Sekali beli dlm RM8 dapat sepinggan jer… Mahal kan dapat sikit je.. Kacang panjang lagi murah sekilo RM 6.!!
Banyak kelebihan bunga dan daun betik sbb tu sy makan setiap minggu sebagai suplemen secara x langsung.. Ulaman ni menggandakan pengeluaran sel darah yang baru & bagus sebagai penjagaan sendi.. Selain ia menguatkan sel kulit lebih tahan melawan arus penuaan diri..
Selain sedap sebagai ulam ia sgt berkesan sebagai ubat utk merawat demam denggi (dengan meningkatkan platlet darah), Malaria, sakit barah, mengurangkan kencing manis, darah tinggi, sakit kepala (migraine), sembelit serta menghilangkan panas badan, meningkatkan daya imunisasi dan penghadaman..
Sgt baik dimakan oleh wanita yg menyusukan bayinya seeloknya selepas 3 bulan melahirkan.. Sgt berkesan memekatkan susu ibu dn menyihatkan ibu.. Tetapi buah betik masak x boleh makan dalam pantang kerana ia sgt sejuk..
Bagi anda yg mengalami sakit sendi dn otot elok mencuba petua ni.. Layur ke atas api daun betik tua dn lekap pada bahagian yang sakit.. Kalau sakit sendi minum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan epal.. (Pahit yg amat sgt)..

Anda teruja x kebaikannya..?? atau anda nak belajar cara mencelurnya supaya x pahit.. Hanya org duduk hutan yg tahu makanan pelik2 ni.. Celurkan bersama garam, kalau nak letak sikit perasa pun boleh yg paling penting Daun Senduduk mesti letak.. Kalau ada bunga senduduk lagi bagus.. Senduduk ni pun herba yg buat ubat jugak.. (letak daun senduduk boleh buang 60% rasa pahitnya.. Kalau x pahitnya tu melantun naik ke kepala)

Maka lepas ni anda semua kena rajin ke pasar yg ada jual ulam2an kampung, cuba sekali dan amalkan makan setiap minggu.. Kesannya hanya kita jer tau.. Ni rahsia kita2 je tau.. Jangan kabo kat org lain…


5 Comments
puan zhy
saya akan cuba… terimakasih puan…
ziha che mat
as salam pn…sy akan jadikan pn idola sy..sy akan kuatkan semangat sy untuk terus majukan diri saya…sy sayang pn dan sy doakan pn akan perolehi kegembiraan pn sehinnga ke akhirat aminnn.
jamuratu malaya
Ziha che mat.
Subahanallah terimsksih sbb sayang pd sy..Semoga cik ziha mendapat kecukupan dunia dn kelapangan akhirat
Cikgu ani
Salam puan. Saya juga cuba mengamalkan ulam ini tapi saya nak tanya…. boleh tak kita makan setiap hari? Ada kesan sampingan tak? Sebab puan katakan setiap minggu.
abu ammar
terima kasih.baru beli bunga betik di tamu telipok pg tadi.sedap walaupun pahit