Bicara Bonda

Pengalaman Mengandung & Pantangnya…

Mengandung ni tak sama setiap wanita .. Bagi sy pula setiap anak mabuk dan sakit masa bersalin rasanya tak sama. Tu nak kongsikan sikit pengalaman sy mengandung..

Zaman sy miskin sy tak da makan apa2 suplemen langsung, susu …vitamin pun xde.. sebab tak mampu. Sekadar makan harian biasa tu je lah..Tahun 80-an klinik desa tak da bagi apa2 vitamin pun cuma tahun 90-an seingat sybaru ada dibagi ..!!

Bila tengok staf atau kenalan terdekat mengandung sibuklah sy bagi nasihat walhal tak dipinta pun.. Bukan niat nak menyibuk, tak ada niat buruk pun sbb concern sgt.. Bak kata pepatah org zaman sekarang ” Sharing is caring” ..

Nasib baik, ada gambar lama ni, boleh jugak ditunjuk.. ee buruknyaaa..

Ngeri rasanya tengok wanita bawa perut besar sedang sarat mengandung..Tu sy terasa sgt pelik macam mana lah sy boleh banyak anak sampai 8 kali mengandung….Huiiihhh bukan mudah lalui saat mengandung dn melahirkan.. sangat menggerikan…!!

Next time sy story kisah kelahiran anak2 sy pula ye…

Sy suka sgt mengkaji ..Mmg sifat sy ni suka ingin tahu ..!! Contoh nya berpantang tu apa buruk baiknya..Makanan apa terbaik..Kini sy nak tulis tentang makanan yg wajib dielakkan semasa mengandung. .Sy dah laluinya dan banyak betulnya..

Ada sesetengah pantang2 ni sy tak percaya..Bila tak percaya sy akan tanya kenapa dan mengapa. JIKA JAWABAN TAK LOGIK SY AKAN LANGGAR..haaa dlm mengkaji tu ada yang mengena kat sy sbb tak percaya..Sy sikit sebanyak sy tetap akan balancekan dengan sains..Sebab ada kala pantang yg nenek moyang hanya mitos ..!!..

image

JANTUNG PISANG, ANAK AKAN HITAM…

Arwah abah pesan jgn makan jantung pisang dan kopi..Nanti dapat anak hitam dan lebam..Sy x percaya sbb mana mungkin boleh pengaruhi warna kulit anak..Bagi sy apa sy makan akan jadi hampas…Rahim dgn perut kan duduk asing…Tak mungkin effect anak pun…

Sy kaji makan jantung pisang dan kopi masa mengandung anak ke2 dan anak 4..Hasilnya memang betul anak sy selepas lahir tak hitam ..Tapi bukan putih cerah macam anak lain… Yang tak sedap tu semakin besar semakin lahhh hitam. Mengandung anak yg lain sy test TAK MAKAN jantung pisang, betul mereka kesemuanya cerah2 belaka..!!

AIR TEBU, KEMBAR DARAH DARAH DAN BISA SAKIT MASA BERSALIN.

Sy tak percaya apa orang2 tua kata mudarat akibat minum air tebu ni, kerana sy anggap orang dulu2 bukan ada kajian terperinci mahupun saintific..Sy try lah masa mengandung Yati dan anak ke 4 ,  saya test minum air tebu..!!

Masa nak melahirkan tu sy kembar darah dan sakitnya yg teramat sangat , bisa nya mak aiiii.. !! Bila sy mendalami bidang herba baru sy faham..Gula tebu sangat tidak bagus utk manusia penyebab kencing manis dan merosak saraf manusia..Baca list ni akibat makan gula tebu..

Akibat gula berlebihan pada wanita mengandung:-

  1. Melemahkan system imun utk melawan penyakit
  2. Mengganggu serapan kalsium dan magnesium semasa mengandung
  3. Mengurangkan kolestrol baik (HDL’s)
  4. Menggalakkan kolestrol bahaya (LDL’s)
  5. Menyebabkan cancer payudara, ovary, dan dubur
  6. Menyebabkan cancer colon (ususbesar) – wanita amat berisikotinggi
  7. Melemahkan penglihatan
  8. Melemahkan daya ingatan
  9. Bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
  10. Osteoporosis
  11. Menyebabkanbuasir
  12. Alergi terhadap makanan
  13. Keracunan darah ketika hamil
  14. Melemahkanstruktur DNA
  15. Sembelit
  16. Sakit kepala
  17. Mengganggu kemampuan berfikir
  18. Hyper tension
  19. Kemurungan
  20. Ketidak seimbangan hormon
  21. Kehilangan keanjalan tisu serta fungsi otot
  22. Penyebabkan lelah
  23. Ibu dan bayi obesity
  24. Merosakkan saraf
  25. Meyebabkan kencing manis kepada ibu dan bayi yang dikandung.

 

Minum Soya dan Lecitin E . Tak bagus untuk bayi ..!!..Kesian bayi dan menyusahkan ibu..Paru2 lemah mudah attack asma dan akzema. .

Masa mengandung Yati sampai anak ke 5 sy tak makan apa2 suplemen langsung dan tak minum pun air soya atau susu..!! .Tak mampu nak beli tu semua..Alhamdullilah anak2 masa miskin tu lahir elok je , sihat tak ada masalah asma atau akzema pun..

Berbeza dengan kes anak yg ke7 dan 8 sy dah berduit sikit (ada ST) ..Sy layan badan cara berduitlah makan suplemen Amway dan makanan yg berkhasiat lain2nya termasuk makanan sunah..

Masa tu hamil usia 40an sangat bahaya dan takut bayi kekurangan zat..Sy risau  sebab usia dan alahan mabuk teruk sangat sampai sy tak boleh makan apa2 langsung..Makan je muntah sampai lah 9 bulan. .Azabnya lah..

Kawan sy cina cadangkan sy ambik suplemen Amway. Sy percaya sebab Amway banyak pakar sainsnya bab pemakanan dan establish dipasaran..!! Antara sy ambik ialah Vitamin b komplex, Lecitin E, Kalsium, Soya, Vitamin C..Niat hati sy nak anak dikandung sihat ..putih melepak dan sy tak nak uzur selepas mengandung ..Maklumlah usia lewat dan zat kat badan semua bayi dah ambik..!! Badan sy gemuk sangat tapi sy tak makan banyak pun..

Nota : Apa sy nak share bukan kondem produk Amway tak bagus..!! .Kebetulan sy makan jenama amway masa tu . .Jenama lain pun ada jual lecithin dan minuman soya. ” Sy sekadar nak bagi tau minuman soya dan Lecitin E jangan makan masa hamil kerana ia menyiksa bayi..” .

Amani/ adik/ anak ke 8 masa baby.

Ada 2 doktor pakar kanak2 yg cakap dgn sy punca alahan akzema dan ketahanan kulit dan paru2 anak lemah kesan dari makan soya dan lecithin masa mengandung..Anak jadi sensitif dan alahan sejak dari dalam kandungan..

Hasil dan kesannya pada anak , masa lahir Alhamdullilah semuanya ok dan selamat..Cuma azabnya selepas pantang terus anak2 ni di serang asma dan akzema yg sangat teruk..Kepala berair , bau hanyir, berkudis, malam tak tidur dan kulit badan melecur macam kena air panas..bergaru tak berhenti..Menangis je anaknya..!! SANGAT SUSAH NAK JAGA..Sebulan kos ubat krim, sabun mandi dan rawatan ubat saja dekat Rm 700 ke RM 1,200..

Amani 5 bulan 01
kedua2 anak ni mengidap akzema dan asma yang sangat teruk..

Paru2 tak kuat ..Anak2 ni tak tahan sejuk, aircond atau cuaca, habuk dan tak boleh salah makan . KALAU ANAK2 NI MAKAN JUGA.. ASMA AKAN MENYERANG DAN BATUK TANPA HENTI.. Makanan pantang bayi tu ialah : ais , mata kucing, buah oren, buah anggur, tembikai (tembikai susu lagi teruk) , Jambu air merah ( Thailand ranggup tu ) , air sunquick, dokong atau langsat..

Saya sgt gemuk… Kiri Ajim anak ke-4 sangat hitam.. Kanan maid saya.

Punca sy gemuk ialah Vitamin B, sy buat kajian pada diri sy dan bantuan dari info dari kenalan terdekat punca kegemukan wanita..Apa saja pil hormon cegah kehamilan.. VIT B, DAN EVENING PRIME ROSE OIL.. Ubat anti depression.

Sy bahagia sekali boleh share dgn anda semua..sebagai pengasas sy kena byk ilmu, cuba dulu dn buat kajian..

Lecitin bukan tak bagus..tu nak cerita sikit..Ia dibuat dari tisu lemak binatang, telor kuning dan sedikit herba.fungsinya menguatkan memory., merendah migrin, dan tekanan mental.. bagus utk baik pulih hempedu yg rosak..Melembabkan kulit. Keburukannya utk wanita mengandung dan selepas mengandung..1: mengeringkan susu ibu..dan anak akan sensitif kulit ..dapat akzema teruk.Mengemukan wanita .

Evening Prime OilOrg Amerika gunakan daunnya sbgai rencah makanan asalnya..kini bunga ini popular bijinya buat suplemen wanita.melambatkan menapos..kulit dn balancekan hormon..tapi ia menyebabkan selera makan bertambah dan membuatkan wanita gemuk.

PETAI DAN JERING..JANGAN MAKAN MASA KANDUNGAN 8 BULAN ..NANTI MASA BERSALIN BAU BUSUK.!

Pengalaman ni diceritakan dek kawan sy..Masa mengandung 8 bulan dia suka dan berselera sgt makan dengan petai jering dan kerdas..Masa melahirkan bau sangat busuk sampai nurse muntah dan marah..

JANGAN MAKAN BERAS MENTAH ..KEPALA BAYI KOTOR DAN MUDAH DAPAT KUDIS SAWAN KEPALA. .

Mak sy bercerita pengalamannya mengandung 2 org anak..Masa memgandung hari 2 makan beras..Anak masa lahir kepalanya kotor dan sebelum umur setahun kepala anak dapat sawan kudis di Kepala. .Susah nak baik..Cara rawatnya lumur banyak2 dengan minyak kelapa, biar selama 2 jam..baru di sikat dan kikis pelan2..ishhh baunya hanyirr.

Kudis akan hilang sekejap je dlm seminggu dan tumbuh balik..Bayi akan selalu bergaru kepala. .Gatal agaknya…

Kawan sy mengidam pelik2 yg makan sabun tu tak bagus utk kesihatan ibu dan bayi. .Anak mudah demam dan tak kuat ketahanan badannya…Jangan layan mengidam yg pelik2 ni..Yang mengidam daging penyu pun ada..yerrkkk..

NI KES BERAT JANGAN CIUM MINYAK GAS, PETROL DAN CAT RUMAH. ANAK JADI BODOH SUSAH MENGINGATI SESUATU PERKARA KESANNYA PADA ANAK…

Sebenarnya masa mengandung ni makanan kita kena jaga..Pentingkan yang halal dan jauhi sifat2 haram.. Pengelihatan kita juga kena jaga, hati , perasaan..Ia akan effect kepada bayi dan mengatur sikap anak itu sendiri bila dia membesar nanti..Saya perhatikan semua pengalaman saya melihat anak2 yang sudah dewasa..Wallahualam…

 

16 Comments

  • aishah

    Salam puan rozita..saya nk tya skit..saya dh 7 bulan bersalin..masa bersalin dulu guna vacum..masa berpantang dulu pun saya selalu buat keja rumah seperti mengemop lantai.sekarang sy selalu rasa sakit pada bahagian ari-ari..xboleh berdiri lama2..tangan pun rasa sakin jgk..ibu jari xdapat nk dibengkokkan..adakah ni semua berpunca dari sy buat kerja ms berpantang? Sekarang sy consume JRM royal v..sy harap produk ni dapat membantu..sy berharap puan rozita dapat membantu mencerahkan dan memberi petua apa yg perlu saya lakukan utk kembali sihat..terima kasih

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum cik Aisyah:
      MAAF SEKALI BARU SEKARANG ADA KELAPANGAN REPLY

      ya itu tanda bentan dn kesan x berpantang dgn betul..Kesan akan lebih teruk nanti tua… jika x rawat dari sekarang.. Pelvik akan lemah dn berpotensi alami tombong..sengal dn sakit badan ..cepat uzur dah tua nanti..

      Ambik D folia..lucimax dan sedu arrow…dosnya 2 biji pagi petang..
      lepas tu makan royal v atau persis dara sehari 2 kali 3 sudu besar..
      dos sy bagi banyak sebb nak rawat cepat..

      Allah lebih mengetahui nasib kita.. apa yg sy katakan tadi sekadar pengalaman sy melihat org yg x berpantang dn x makan produk yg betul uyk tempoh kita lemah selepas bersalin..Urat2 perempuan perlu dirawat rapinsgt masa berpantang. .masa mengandung dn bersalin tu banyak sgt urat kembang dn badan pun berubah..perlu di kemaskan..

      Kalau pandai senaman kegel adalah lebih baik

      • Liyana

        Saya baru shj abis berpantang…erm masa pantang sy amik mudah dlm makan jamu ni…baru je abis pantang dh sakit2 badan…boleh puan bg petua n nasihat ttg apa yg perlu sy buat…dh abis pantang baru nak menyesal..huhuhu

        • jamuratu malaya

          Liyana…Pendapat sy kan Liyana..selagi x cecah 55 tahun x terlamabat nak jaga badan dari terus membiarkannya…Jangan makan air, pisang ,semua jenis timun termasuk labu..ia kan melemahkan saraf peranakan dn kekuatan wanita yg sudah berumah tangga..Amlakn D folia St Beauty dn Royal V..Insyaallah akan pulih kembali

  • Siti wahida

    Salam puan..sy rsau peranakan jatuh ..bolehkah sy amalkan d folia semasa sy sedang hamil..skarang sy hamil 12 minggu..

  • tia

    Assalamualaikum puan , saya ada makan petai dlm 2,3 hari ni . Sempat lagi ke nak cegah bau busuk tu nanti . baru 2 3 hari ni la makan tp ta banyak . sikit2 . skrg sy nk masuk 9bulan .

  • Indah

    Salam bonda
    Anak saya 20 bulan. Semenjak 3 bulan lepas dia ekzema teruk. Kulit kering menggelupas satu badan. Kulit kepala jugak kering. Asyik sangat menggaru sebab kering dan gatal.kesian sangat tidur malamnyer juga tidak lena. Selalu terjaga nangis dan garuk. Kami suami isteri juga terjaga sama. Pinta nasihat bonda ubatan apa yg kami boleh beri untuk atasi masalah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!