Bicara Bonda

Part 3 : Panduan Makanan dan Tips Atasi Menopause..

Episod last ni sebenarnya merupakan tulisan yg paling ramai wanita minta sy tulis.. “APA YG SY MAKAN DAN JENIS SUPPLEMEN ATAU RUTIN HARIAN SY”.. Cuma sy minta jangan lah anda beranggapan sy nak menunjuk2 yg sy ni org baik atau alim.. (sy sgt banyak kekurangan diri. Banyak sgt lg kena belajar..)

Kalau sy berkongsi biarlah yg betul.. Kalau yg baik anda ikut la myb ia saham masa kematian sy nanti.. Kebetulan tulisan sy ni melibatkan menapause.. Maka sy lapangkan masa menulis merungkai “Kenapa dn sbb apa sy makan supplemen dn makanan tertentu..”

Pengalaman dn cara berfikir wanita barat & timur ttg menopause ni sgt berbeza.. Wanita perlukan informasi untuk hidup sihat dn tenang semasa melalui fasa menopause..

Putus haid ini disebabkan kejatuhan jumlah hormon estrogen yang dihasilkan oleh ovari. Menopaus adalah masa peralihan.. Berakhirnya kesuburan x boleh hamil lg..

Penurunan atau ketiadaan estrogen bermakna perubahan / penurunan kepada tahap tenaga, ingatan, kesihatan tulang, hormon, kencing dan kesihatan jantung..

3 jenis makanan dalam satu pinggan..
3 jenis makanan dalam satu pinggan..

Tips pengambilan makanan sebaiknya ialah “Makan paling baik ialah 3 jenis hidangan dlm setiap makanan..” Contohnya yang kaya dengan zat besi sehari.. Macam daging merah tanpa lemak, ayam tanpa kulit, ikan, telur (sy kurangkan merahnya), sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, dan produk bijirin diperkaya 8gm terbaik dlm sehari.. Serat kena cukup yg dtgnya dri seperti roti gandum, bijirin, pasta, nasi, buah-buahan segar dan sayur-sayuran.. Paling perlu 20 gram serat sehari..

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.. Mempunyai sekurang-kurangnya 1 1/2 cawan buah-buahan dan 2 cawan sayur-sayuran setiap hari.. Minum banyak air minima 8 gelas 1 hari.. Kekalkan berat badan yang sihat.. Jika gemuk dn rasa berat badan naik kurangkan makan tinggi lemak..

Makanan yg ada lemak tepu meningkatkan kolesterol dan meningkatkan risiko anda untuk penyakit jantung. Ini terdapat di dalam daging yg banyak lemak, susu, ais krim, dan keju..  Kurangkan makanan yg ada lemak trans yg ada dlm minyak sayuran, makanan yg dibakar/grill, marjerin.. Semua tu punca kolesterol risiko kpd penyakit jantung.

11352512_784768391646572_2122424258_n
Produk ST : Makanan / supplemen terbaik untuk wanita terutamanya ke arah pra-menopause dan menopause..

Gula & garam sgt berjaga2.. Banyak natrium dlm pemakanan akan dpt tekanan darah tinggi.  Makanan bergrill atau daging salai, pekasam, ikan masin dan burger – makanan ini mempunyai tahap yang tinggi nitrat senang dapat kanser.

Bersenam & Pemakanan yang baik boleh membantu mengekalkan kesihatan dn keselesaan badan ketika putus haid.. Pemakanan yg baik & mengoptimumkan pengambilan nutrien tertentu, bersama-sama dengan perubahan gaya hidup jaga diet pemakanan, makan supplemen pd tahap nutrien yg diperlukan.. Boleh membawa kesejahteraan berpanjangan..

11938935_784768394979905_412384779_n
Produk JRM : Makanan / supplemen terbaik untuk wanita terutamanya ke arah pra-menopause dan menopause..

Sekitar masa menopause hormon estrogen semakin berkurangan. Royal V, Kopi Ratu, Gingko, Spirulina, Trimella Collagen ST, Super Perfect Collagen adalah supplemen yg lengkap membantu badan wanita menyesuaikan diri. Wanita perlu mendapat nutrien tertentu untuk memastikan badan sihat semasa menopause dan seterusnya.

Kacang soya : apa saja makan berasaskan kacang soya sgt bagus (tp org gaout & sakit buah pinggang tahap cuci x boleh makan banyak kacang)  Ia kaya Fitoestrogen seperti Isoflavon.. Antara bahan lain yg mengawal keseimbangan hormon (GLA) sejenis asid lemak ada pd minyak sayuran.. Minyak Evening Primrose(selera makan naik makan EPO), minyak biji blackcurrant, minyak borage dan minyak biji rami..

minum_susu_anleneDiet utk tulang sihat Bila menopause ketumpatan tulang berkurangan, osteoporosis (atau tulang rapuh).. Lebihkan pengambilan kalsium (dalam susu, yogurt, keju, sardin atau ikan kecil yg banyak tulang macam ikan selangat, ikan bilis, sayur-sayuran seperti brokoli, serta sayuran kekacang & banyakkan makan bijirin)

Bagi padatkan tulang supaya sihat dn memastikan kalsium diserap sepenuhnya & disimpan dalam tulang, perlu digabungkan dengan makanan yang kaya dengan fosforus seperti (kacang tanah, daging, keju, bawang, bawang putih) dan digabungkan dengan vitamin D (dalam ikan berminyak / salmon atau keli, kacang merah, telur dan coklat).. Jom singkap sikit apa Nutrien yg tinggi utk sistem imun yg kita boleh dpt dri makanan seharian mengikut keperluan badan kita..

Sup ekor lembu tinggi zink..
Sup ekor lembu tinggi zink..

Zink: Kerang, hati, ekor lembu dan daging lembu, kacang kuda, biji labu, kacang, bijirin penuh dan keju.

Putih telur..
Putih telur..

Besi: Daging dan ikan. Sumber daging lembu, kambing, telur dan makanan laut, (mengambil daging merah yang tanpa lemak). Sayuran berdaun hijau, bayam, asparagus, brokoli, sawi, pasli, kubis, kacang kering dan makanan diperkaya tertentu – bijirin, oatmeal. Buah-buahan kering – aprikot, kismis, kurma – prun, buah ara.. (masa awal diet sy, sy banyak mengambil putih telur shj..)

Air Barli..
Air Barli..

Tembaga: hati, bijan, gajus, kacang soya, barli, biji bunga matahari mentah.

Selenium: kacang brazil, germa gandum, buah pinggang dan hati ayam, ikan berminyak seperti tuna, biji bunga matahari, kacang merah, kacang gajus.

Buah yang kaya dengan anti-oksidan..
Buah yang kaya dengan anti-oksidan..

Antioksidan Makanan yg penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan mengurangkan kerosakan sel yang boleh membawa kepada penyakit jantung, kanser, Alzheimer, dan penyakit lain. Ia Memperkasakan sistem imun kerana tinggi Vit C dan Selenium..  Buahan yg mengandungi antioksidan tinggi berwarna ungu, merah, dan biru.. Buahan spt anggur, manggis. delima, blueberry, strawberri, cherry..

Tips kurus sihat yg baik diusia 40an..

Ni yg paling pembaca nak tau ttg sy jaga badan kan..?? utk kurus diusia semakin lewat yg paling sy utamakan sihat dn kuat bukan cantik.. Kalau cantik yg dpt itu kira bonuslah..

1.  Elakkan minum teh.. asid masam akan naik dan jd angin.

2.  Sama sekali sy x akan minum air bergas atau minuman berkarbonat..

3.  Banyakan makan protein dri ikan bukan dri telur dn daging. (kurang protein akan mengganggu penyerapan kalsium)

4.  Supplemen dn makanan yg ada unsur Vitamin D, vitamin C, mangan zink dan omega-3 itu yg sy makan.. Ia utk kesihatan tulang.. Ia membantu penyerapan kalsium yang penting untuk tulang kuat paling positif utk wanita menopause.. Ia akan jaga jantung kulit, rambut dan kuku..

5.  Mengekalkan Sistem Imun yang kuat menuju ke dunia  menopause.. Sy memilih Vitamin E dri avacado, kacang badam atau hazelnut. Sayuran yg ada Vit E pula dri bayam dan lain-lain sayuran hijau.  Minyak sayuran sy bunga matahari dan minyak zaitun. Serat gandum, makanan yg banyak bijirin, susu dan asparagus..

6.  Asid Pantothenic juga penting Vit ni utk usia sy utk melawan penyakit & awet muda.. Sy dptkan dri Serat gandum, kekacang, telur, daging, dan royal jelly (Royal jelly asli sy makan berharga 1 kg RM1700 dn ia ada pd Royal V).. Bunga kobis & Oren..

7.  Makanan atau supplemen yg ada unsur Vitamin B6 & magnesium melengkapi antara satu sama lain untuk membantu mengekalkan mood yang sihat semasa menopausr. (Vitamin B komplex mengemukan)

8.  Bagi wanita nak elakan kekeringan Miss V semasa menopause seeloknya makan Royal V atau makan Vitamin E, A dan C bersama Zinc adalah penting untuk menjadikan membran faraj yang sihat semasa tahap estrogen menurun. Ia sgt positif kepada kehidupan seks yang sihat dn selesa utk wanita..

9.  Zat Tryptophan ada dalam makanan seperti protein seperti pisang, mangga, telur, susu, bijan, kacang soya dan biji bunga matahari. Ia bagus utk otak, tidur lena dan perasaan tenang (masa awal diet sy x makan pisang sbb mengemukan, bila kurus sy makan dn kawal semua pemakanan sy)

Pantangan-Makanan-Penderita-Cacar-Air10.   Elakkan makanan bergula, makanan ringan / makanan yang diproses (macam nugget, McD  sbb tinggi garam & mengemukan.. Cepat mati & punca penyakit)

11.   Makan banyak buah-buahan segar yg x manis (sy banyak elak makan buahan tempatan) Buahan banyak kalium untuk membantu menyokong pengekalan cecair dlm badan yang sihat. Sayur-sayuran segar, sayur-sayuran berdaun terutama gelap, yang menyediakan mikronutrien.

12.   Sy banyak minum air yang bertapis. Air bersih akan menyebabkan kesihatan organ, kekalkan suhu badan kulit dn penghidratan yang baik.

13.   Elakkan makanan terlalu pedas atau makanan/minuman panas ia membuatkan gejala menopause lebih teruk.

14.   Senaman ringkas boleh membantu banyak aspek kesihatan selera makan, pencernaan, mengawal berat badan, stamina jd tangkas, kesihatan jantung dan tulang kuat, emosi mudah kawal, kesihatan mental lebih baik dan kehidupan cinta makin menarik.

Senaman kecilkan punggung..
Senaman kecilkan punggung..
Senaman bagus utk tulang belakang..
Senaman bagus utk tulang belakang..

15.   Senaman sy berjalan pantas, mendaki bukit , Senaman mengecilkan punggung (sgt berkesan menyempitkan ruang Miss V).. Senaman utk tulang belakang (ia mencantikan kawasan perut, leher xda lemak.. dagu x berlapis, muka x kembang..)..

Event JPW, Perak
Event JPW, Perak

Nota : Sy mencipta senaman ni sejak muda dn mengamalkannya semasa dalam pantang.. “Selalu sy sampaikan semasa event” Senaman ni mengekalkan kepadatan tulang, sangat penting masa menopause bila tahap estrogen jatuh.. (Niza 019-2292133 PA utk jemputan)

16.   Kekalkan berat badan yang sihat & banyak pandang gunung, bukit dan pokok2 hijau.. Sy merasakan aura yg sgt bagus meresap dlm badan.. (ha ha macam kena caj letrik segarnya.. sbb tu sy suka alam semulajadi dn pokok)

17.   Sy bersikap positif & sgt memilih kawan supaya sy boleh caj aura yg baik saja dlm badan..

18.   Sy akan menyedut udara subuh dan memulakan dgn mengaji Quran sbb sy nak aura baik masuk dlm badan sy setiap hari..

19.   Sy tidur di dalam bilik suhu selesa (jgn pakai ubat nyamuk), kualiti tilam yg menjaga tulang belakang, tidur dgn baju paling selesa dn paling lembut.

20.   Sy akan merendam kaki dgn garam bukit seminggu sekali & bersauna seminggu 3 kali selama 10 ke 15 minit. Suhu 60°C..

zikir 21.   Istighfar, selawat, lailahaillah wahdahu la sharikallah. Lahul mulku walahul hamdu wahuwa a’la kul lisyai inqader.. (Sebanyak2nya bila sy drive atau lapang minda  dlm sehari).. Kesannya dpt membuka rasa ketenangan dn mudah melalui sebarang masalah..

Badan ketika sy mengandung dan selepas amalkan diet dn permakanan sihat..
Badan ketika sy mengandung berat 80kg turun kepada 49kg selepas 1 tahun 2 bulan amalkan produk ST & JRM serta permakanan dn gaya hidup sihat..

Sekian utk topik menopause.. Semoga boleh menafaatkan setiap entri sy ni.. Sy nak minta komen dri anda semua sy nak tulis ttg masalah sakit tuan.

Sy malu & takut nak tulis ttg “Suami yg bermasalah dlm sex dn banyak yg minta sy tulis ttg ni”..  Sy nk sgt minta pendapat anda semua.. Ok ke x sy tulis ttg mengenali lelaki yg putus hormon yg melibatkan sex juga perkahwinan.. Apa komen anda..??

12 Comments

Leave a Reply to ros Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!