Niaga makin naik Dugaan Nooraini : Part 44
Kalau sy tau takdir sy sebagai usahawan pasti sy akan ambik gambar banyak2 zaman dulu.. Rupanya Allah yg maha bijaksana… dibungkusnya musibah dlm hidup kita sebagai hambanya bersama hikmah..
Masa awalan hidup sy yg susah penuh sarat dgn ilmu dn rahsianya.. Supaya sy dan kita semua yg lalui hidup ni x leka, bersiap sedia dan lebih bersyukur apa je adanya hidup ni.
Terfikir sy shurga dn neraka tu nanti bagaimana..!! Rahsia Allah dn ilmunya yg amat luas.. Mmg x terfikir dek sy myb insan lain pun sama juga… ttg ada nya negara lain selepas kematian jika kita hanya bergantung dgn logik akal.. Dah mati masuk ke dunia lain..
Kita myb selesa dgn keduniaan, malas nak fikir ttg kematian.. (Ini bahaya kpd org yg hidup banyak duit dn banyak sumber hiburan..)..
Musibah ni mengingatkan hambanya kepada Allah.. Musibah merupakan peringatan Allah supaya kita x lalai pd ALLAH.. (Sy ingatkan diri sy sebenarnya..).. Begitu juga sy melihat nasib hidup sy dn x siapa pun tau takdir nasibnya..
Alhamdullilah Allah pinjamkan sy duduk didestinasi sekarang..Bagaimana pula takdir selepas kematian sy..??.. Sy sentiasa berfikir kedepan utk mencapai terbaik utk kehidupan seterusnya..
Sambil menulis ni sy cuba mengingatkan kenangan lama dn kebanyakan gambar2 yg ada ni pun ehsan kawan2 lama sy.. Mereka ialah kawan2 sy dari anak org Pahang yg bagi kat sy.. Nak harapkan sy beli kamera zaman dulu mmg xda lah, x penting pun..
Zaman muda sy teruk, kesian bila dikenangkan nasib diri sy ni.. X pernah lalui keseronokan zaman remaja.. Ha ha ha yg sy lalui ialah zaman menjanda je yg banyak..
Azabnya tekanan janda.. Mana nak sara anak, fitnah org keliling paling x tahan.. Nak minta kerja pun org takut nak ambik.. Nak sewa rumah pun susah.. Hidup berjiran juga jadi kelam kabut..
Iklan sekejap ttg janda… Lawakkk sampai terbarai sy ketawa masa ke Indon tempah ukiran perabut.. Slogan ditulis kat lori2 dan bus.. “JANDA PALING LARIS, GADISNYA KETINGGALAN”..
Wah larisnya janda kat sini sambil berseloroh dgn kawan sy…!! Kepala sy terus teringat zaman sy menjanda.. Berbeza dgn budaya zaman sekarang.. JANDA LARIS.. MASYARAKAT kini lebih berfikiran terbuka terhadap wanita berstatus janda..(Nanti sy tulis pengalaman sy buat research dari komen lelaki kenapa suka janda dn bini orang..)
Jika nak banding zaman sy dulu susah sgt jd janda… Paling wanita takut jadi jandalah.. Malah keluarga x sanggup terima hakikat anaknya berstatus janda.. (Nanti sy tulis bila sampai part sy jadi janda tapi sy x mengaku yg sy janda sbb nak minta kerja)..
Maaf sy x da gambar banyak dlm penulisan sy… Sayangnya gambar2 lama tu banyak anak2 dah hilangkan, nakal betul senyap2 dikeluarkan..
Seterusnya..
Kedai selama seminggu berniaga tu sy dapat simpan duit dalam RM 1500.. Ex suami keluar menjual dikongsi2 Indon berselang seli hari tu menambah pendapatan kami sehingga menjadi sgt stabil..
Ex suami mesti menoreh getah hakikatnya sekadar buat syarat sebagai peneroka saja.. Sekadar hantar ke pusat pemunggutan getah dalam 50kg dalam 3 hari je.. Takut juga dibuang felda..!!
Dikeliling kedai kami tu ada kedai kopi 3 biji.. 1 kedai runcit India yg besar tu dan sy kedai buruk jual ikan.. Bekas askar niaga dgn kereta dalam kawasan felda.. (dia x buka kedai macam sy)
Begitulah jualan sy selama seminggu setiap hari makin meningkat dan kedai sy sentiasa dipenuhi oleh org Indon.. Dan agak mengejutkan juga kerana kedai sy paling hodoh tu mendapat sambutan.. Sy rasa sbb promosi kongsi2 yg dibuat oleh suami sy..
Bila mereka datang sy melayani mereka dgn ramah.. Harga sy jual juga murah.. Sy belajar bahasa Indon semasa menonton TV.. Sy bercakap dgn fasih bahasa Indon.. Disini sy melihat komunikasi dan perkauman sgt kuat.. Sehingga jualan sy meningkat kepada RM40K sebulan.. Banyak tu duit 40k zaman dulu.. Kat hutan pulak tu..
Mereka memberikan sokongan padu pd sy kerana merasakan sy juga Indon.. Tarikan utama kedai sy bukan ex suami lagi tetapi sy lah yg mengdominankan diri sy sebagai pemilik kedai.. dan a apart of Indon.. Walaupun sy bukan org Indonesia..
Sy melihat dalam niaga mesti ada elemen penting sebagai nadi kekuatan supaya.. “Pelanggan terus kemari”.. Tiada pelaris… tiada tangkal.. tiada azimat.. Sy x percaya benda syirik dn bergantung pd benda2 dunia..
Sy percaya kekuatan asas diri dn pergantungan dr zat kekuasaan Allah yg paling kuat menguruskan hajat sy.. (sy selalu bersoal jawab dgn diri sendiri)
Perkara2 penting sebagai asas yg perlu diterapkan dn diaplikasikan supaya sy berniaga bukan kerana duit tp kerana dikasihi atas peribadi sy.. (banyak sgt nak tulis.. lain kali yer sy tulis)
Sy mula bawa anak2 kekedai, kecohnya sehingga sy stress terutama dgn Anten yg paling nakal dan bising.. Berlari sana sini.. Yati jadi mangsa mengawal Anten yg x dengar cakap..
Permintaan keperluan barang2 lain semakin sgt banyak.. Sy x mampu nak penuhi kehendak pelanggan sbb modal xda.. Hajat merancang menambah barang2 keperluan niaga seperti barang2 dapur.. Bawang, garam, tepung beras, gula2 dan makanan ringan sudah ada..
Tapi sy was2 sbb barang2 ni untung sikit.. Risiko dan kos plastik mmg xda untung.. Penat je.. Puas sy fikir.. Nak jual ke x… Akhirnya sy jual juga sekadar menjaga pelanggan supaya x lari ketempat lain..
Seminggu berulang alik.. Jam 9 malam baru balik kerumah.. Pergi Subuh balik malam.. Kesibukan yg menyeronokan.. Pekerjaan yg wangi dan bergaya.. (walaupun x pakai minyak wangi)… X perlu kopek lantun yg busuk.. Sy dah x pakai Baju keladang yg keras akibat kena percikan getah..
Kehidupan makin riang kerana sy dah x nampak jiran yg sentiasa memerhatikan setiap gerak geri sy.. Itu yg sy nak, lari dari fitnah.. Pastinya sy rasa seronok hidup sy lepas ni.. (itu jangkaan sy , walhal makin teruk fitnah)

9 Comments
ilasaleh
TULIS LAGI.. NAK BACA UTK PEDOMAN 🙂
kakcik
kakcik terus menanti untuk membaca episod seterusnya… 🙂
bahtera kasih
hehehe..bnyk blog sy baca tp blog puan paling sempoi…..hr2 mesti nk buka tgok cerita yg selanjutnya…teruskn dgn penulisan yea…smga kita semua dpt manfaat bsama…
kajima
Assalamualaikum Puan Rozita
Ada ubat untuk membanyakkan susu ibu….Saya dah berumur 36 tahun dan belum berkawin …saya dah cucuk dan makan motidone untuk keluarkan susu ibu sbb nak menyusukan anak angkat kakak saya…Tapi dah almost 5 minggu tak banyak yg saya dapat hanya sesudu setiap kali pam(pam elektrik)… bagaimana lagi untuk membanyakkan susu
Terima kasih
jamuratu malaya
Kajima,
sebenarnya kalau wanita dh pernah berkhwin nak keluarkan air susu akan menjadi..tp kalau belum kawin sy x pasti..kalau ibu menyusukan anak nak banyak susunya sapu krim dewi payudara ..Mmg insyaallah banyak air susu dn juga tegang ..x kendur payudaranya..
baayah
Saya sabarkan diri nak tunggu episod seterusnya….
Yue
kisah puan bleh dijadikan novel.. seronok jer baca
Cikpuan Siti
40k jualan? untungnya banyak mana ye? mesti banyak juga ye
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum bonda.RM40K kurang2 dalam poket RM 10k banyak tu bonda. tahniah berjaya cetak duit di usia muda. 🙂