Bicara Bonda

Mimpi jadi kaya..Tergamam dalam Deja vu..

MAKSUD DEJA VU:

  • Deja vu berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud harfiah (already seen), iaitu pernah melihat sebelumnya.
  • Deja vu terjadi kerana jasad fizikal kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan spiritual yang sudah tertulis di luh mahfudz.

Syukur Alhamdulilah atas rahmat Allah. Kurniaannya banyak sgt kat sy ni. Dibaginya rezeki dn kesihatan hingga dapat sy travel menjengok banyak negara org..

Mood ari ni ingat nostalgia lama. Nikmat syukur maka sy menulisnya dlm penerbangan balik dari Heathrow London. Sy nak kongsikan apa sy rasa tapi jangan lah salah anggap yg sy nak menunjuk2 pulak…!!  Sy ni bukan baik sangat dan jauh sgt lah dari sifat sempurna..!! Tulis ni sekadar sembang2 kosong je.. Mungkin boleh dipakai jika anda setuju..

Sy ni secara logik akal dan kemampuan diri usahkan nak ke London nak ke Langkawi pun tak lepas..!!..Itulah kebesaran Allah dan perkara ghaib yg di simpanNya. Kuasa dan ilmu Allah mmg tak tercapai dek akal manusia. Apa yg ada kat sy dan ST adalah kebesaran Allah.. Dulu sy kesal dgn takdir perjalanan hidup sy. tak berpelajaran. . Khawin cerai takda perhatian keluarga dan sy tak rasa seronok pun hidup ni..

Sy selalu fikir sape akan lindungi sy ( bergantung dgn manusia ). Sy harap suami sayang dan jaga sy.. Dulu Sy bodoh, tak letak hati sy pd Allah.. Sunyi resah hidup. Gelap sgt masa depan..!! Pemalu rendah diri jangan cakaplah.. Sy pujuk diri Allah adil pada hambaNya.. Pasti ada benda baik Allah nak bagi.. Apa guna sayang dan mengharap pada manusia, menyakitkan hati dan tak kekal kerana sifat manusia lemah tak da kuasa pun… Sy semai hati cintakan Allah, bercakap hari2 dgn Allah. Bermanja dgn Allah. Sy yakin Dia dengar bersama dan  sayang dgn sy.. Sejak tu jiwa sy seronok dan bahagia. Tapi ada masa sy goyang juga bila dugaan besar dtg..!!

Rupanya Allah ajar sy untuk kuat melalui kesakitan.Dia bagi sy ilmu dgn cara begitu tanpa cari disekolah. Dia ajar sy kemanusiaan dan menguasai kalbu..Zaman miskin sy pernah bermimpi ada pejabat, staf ramai dn syarikat sendiri.. Sy ketawa masa bangun tido sbb mimpi tu kelakar bagi sy…hi hi hi..Manalah mungkin ..apa je lahhhh yang sy ada..!!

Bak kata Najwa Latif kosong ..kosong..!!

Walaupun mengarut mimpi tu sy tak pernah lupa ..!! Realitinya sy tak suka berangan dan tak pernah pun terfikir nak jadi kaya.. Satu hari pd 2005 masa buka ofc Kl suasananya sama sebiji dlm mimpi tu..Sy alami DEJAVU ..huhhhh Sy tergamam sebentar kerana MIMPI tu rupanya betul .. Masyallah.. Allah bagi hints kat sy masa dulu..

Sy tak pernah terfikir pun sy akan ada peniagaan yg besar apa lagi melihat bangunan sendiri..Dulu kerja dgn org pun dh suka sgt sebb diterima bekerja.. ..Penat membanting tulang kerja siang malam..Kesusahan mengajar sy menguasai masa..Otak mampu menguasai masalah dn mmbuat jangkaan ..Subhanallah. .Allah pinjamkan kpd sy ..

Selalu sy perhatikan, dalam kelemahan/ kekurangan setiap manusia banyak kelebihan jika rajin dn terus ingat Allah walau kat mana kita berada. 18 tahun niaga St macam2 perkara sy jumpa.. Menangis dlm niaga sy ada 2 sebab, suka sbb orang sakit pulih makan produk ST… ke 2 bila kena sabotaj orang nak jatuhkan ST.

Sy nak citer pasal produk ST je kali ni.. Sy dapat tahu dari pengguna yg sembuh dr sakit kronik melalui surat dan ada peminat tegar yg jumpa sy sendiri.

Antaranya ramai wanita pulih ketumbuhan seperti  Cyst dan tombong selepas makan d folia. Paling sy pelik orang sembuh  kanser rahim dn HIV selepas makan spirulina dan Lucimax.. Produk ST berkesan dgn segala pujian itu dari kuasa milik Allah lah yg bagi shifak .

Doktor yg ajar sy buat formula Ayurveda dah 150 generasi mereka buat herba..Hebat ilmu mereka dlm herba..Tapi tak boleh sembuhkan sakit sampai tahap tu.. Dia lebih mendalami rawatan Ayurveda kerana belajar di university India.. .Dia pun hairan dgn kelebihan Allah berikan pd khasiat produk ST..

Kalau Allah nak bagi pada siapa je tak kira org tu islam atau bukan islam..mukmin atau fasik.. dia ambik pun anytime..

Sy berusaha nak cari rezeki dn kehidupan sy yg Allah redha..bukan dr murkanya.. Saya tau ada org berlumba2 nak jd kaya ..Berpendidikan  tinggi supaya hidup selesa dn berstatus.. Manusia merancang Ketentuan milik Allah ..Dia gengam takdir kita..

Rahsia dn khazanah Allah sangat banyak..Pelan2 kita cari selagi ada masa dn nyawa. Sy paksa diri buang sifat buruk ( mazmuhah ) kepada sifat baik ( mahmudah )..Tak mudah org macam sy ni..Sbb keseronokan dunia ada depan mata..duit..jumpa org banyak2 ragam nak.cover biznas..Ni semualah punca sesatkan hati utk lebih  pentingkan dunia..Na’uzubillah hu minzalik…

Sy banyak makan suplemen nak kekalkan kesihatan kecantikan sekadar ikhtiar kan. .Suplemen rohani sy paksa je diri utk buat sebagai rutin amalan wajib tak banyak, tapi praktiskan supaya jadi habit :  Almathurat..duha . mengaji AlQuran sehari minima 4 page/sekali dgn makna..Allah bagi sy terlalu banyak nikmatnya.

Aktiviti pemulihan rohani sy buat tanda bersyukur dn menghargai supaya iman sy Allah pandang..Sy kena buat terbaik  apa yg Allah suruh sy buat..

Badan ..muka ..rumah..kereta kita penuhkan dgn hiasan atau suplemen. .Jiwa kita lapar gersang. Alahai jiwa ku kontang.. Bagilah hiasan dn makanan minda. Sihat rohani reflects kat badan.. Cari kawan2 yg baik2 dan membaca kisah para nabi bagus sgt mantapkan kita. ..Lihat Rasullulah SAW..anak yatim ..miskin..buta huruf tapi dia diberikan Allah banyak kelebihan yg luar biasa ..Nak dapat tinggi darjat disisi Allah tak mudah kalau nak darjat pemberian manusia mudah je… Boleh dibeli pun..

Kisah nabi Ayob hadapi dugaan yg berat..Nabi Noh ..Sulaiman.. Yusuf dan imam shafie paling sy suka  …Jangan lupa Quran tu paling banyak ilmu ghaib. .Tak percaya carilah.

Bab hati ni sukar nak dikawal dan macam 2 gerak bisikan dek SETAN..!!. kerja setan membisikan KETENANGAN DAN KEPUASAN HIDUP ITU DLM MAKSIAT…Pengalaman sy lah keseronokan dgn jalan maksiat utk cari Kebahagiaan tak akan jumpa.

Sy dulu suka ketawa dan kuat pulak tu..Insaf dah sy buang sikit2..Banyak ketawa  ni masalah akan  dtg lg banyak..Banyak cakap banyak dosa..hati kering tak berisi..

Islam mengajar kita mencari ubat hati bukan puas hati..Kalau kita marah dn benci org maafkan dn Lupakan dia..Doa kebaikan dia dn cakap dgn diri kita  Kalau dgn maafkan org boleh buka pintu shurga..sy nak rebutlah..!! Apa ada pada sakit dunia. .Sakit di akhirat lagi berat..ishh tak nak lah ke neraka hanya kerana dek dendam.

Bila dendam hasad hati dah ada virus. .macam kanser..ahhh menyemak je ..Cari lah perkara lain yg lebih baik utk difikirkan dan yg bagus2 je masuk dlm memori hidup kita. Jgn mencari ketenangan dijalan maksiat..Allah tak menganugerahkan maksiat ada ketenangan. .angan meletakkan dunia setinggi harapan kerana ia dtg dari kekecewaan..

Rezeki dgn cara haram hidup jadi panas dan semakin jauh dgn Allah. . Harta haram itu akan menyusahkan hidup kerana setan gula2kan kita je. .

Nak tau harta yg berkat ialah semakin kaya..semakin mahu cari jalan Allah dan semakin tenang.. Harta tu akan mencukupkan kita..

 

3 Comments

  • kakcik

    Nak mengubat hati agar sentiasa dekat dengan Allah itulah yang agak payah.

    Sekarang kakcik dah bersara awal. Suami galakkan kakcik buat amalat sunat dan mengaji Al Quran. Perlahan-lahan, kakcik mulakan walaupun hati dan perasaan ini masih ada keinginan untuk mencari ruang menambah pendapatan…

  • Ayu My

    MashaAllah.. Tersentuh hati saya baca coretan Pn.kali ini…coretan yg yg terbaik dari Pn. setakat ini..harap akan ada lagi coretan muhasabah diri dari Pn. selepas ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!