Dugaan Nooraini

Kena fitnah paling mengaibkan.. Suami pula gila bayang dalam sakit.. Adoii stress nya.. Dugaan Nooraini : Part 27

Sambungan part 27, 

Sy x boleh menoreh dalam seminggu kerana moto masih di bengkel. Sy ikhtiar mencari org kampung yg boleh mengurut.. Mungkin boleh merawat ex suami supaya sembuh dgn cara mengurut..

Kami juga x mengkhabarkan kepada keluarga kami ttg kemalangan jatuh gaung..  Ex suami x boleh berjalan dh berbulan2.. (family sangka semua kehidupan kami lancar semuanya)..

Keadaan ex suami sepanjang sakit tu hanya terlentang dan mengesot (sikit2 sj yg boleh).. Mandi makan dan buang air besar semua dalam besen.. Sy menguruskan semuanya.. (sangat berat) Penat sgt bayangkan sy menjaga 3 orang dlm 1 masa.. (Ani..Anten..Ex suami).. Yati kecik lagi, setakat suruh ambik barang dan jaga adik , dia je teman saya mengurus insan2 ni..

Meski pun sy ni x suka ex suami.. x bermaksud sy xda sifat ihsan dan belas.. Seburuk2 dia bagi sy tetap ada baiknya.. Dia hanya malas kerja, Bila sy kerja dia akan kerja… Sy benci lelaki curang.. Sy tahan hidup dgnnya dia x curang.. X menipu.. Pada sy itu sudah sy kira orang yg baik..

Sy nak lelaki solat dan ada ilmu agama.. Bermotivasi memperjuangkan hidup dn keluarga. Sifat arwah ayah menjadikan sy mahukan lelaki sepertinya.. Sy akui sy suka suami yg ada kebijaksanaan sebagai ketua pemimpin. Berani, beragama dan boleh diajak berunding.. Bukan harta melimpah2 dan bukan rupa paras yg sy utamakan.

Terlantar dirumah ex suami kelihatannya dia berasa tenang sekali semasa sakit tu.. Mungkin melihatkan sy melayaninya dengan baik. 1 ketika tu berani pulak dia bertanya dgn sy ( sifat sy tegas dan berani) katanya sambil memandang sy  ” Kamu ni rajin, cantik dan baik bertuah sy dapat awak.. Kamu dah suka sy ke sbb kamu jaga sy baik betul ..??”(ermm bodek lah tu)

Dalam hati sy ceteknya cara dia berfikir, sy menjaga dia begini bermaksud sy sudah suka/jatuh hati dan cepat cair hati ke… Sy x pandang mukanya dan terus melakukan tugas sy menjaga dia sambil menjawab supaya persepsinya ttg sy lebih jelas..

“Sy tetap baik dgn awak sbb itu sepatutnya yg sy kena buat selagi sy berstatus isteri kat awak.. Badan sy ada disini tapi hati sy bukan utk awak dn bukan juga utk org lain.. Sy buat baik sbb sy rasa sy manusia awak pun manusia.. Sy kena buat baik lah..”.. (haram hukumnya kerana sy menyakiti hati suami)

Sy x boleh tahan hati sy , macam nak tumbuk2 rasanya.. Tambahan bila dia tersengeh2 macam org dilamun cinta.. Sy jadi makin x suka mendekatinya.. Dek kerana kesian dan atas tanggungjawab sy buat jugalah…

Sy juga x boleh tipu hati sy, maka sy luahkan apa sy rasa.. Yg jelas sy x suka dia beranggapan yg sy akan suka dia.. (adoi masa tu sy x fikir haram atau halal).. Senyap kami terus dn xda perbualan selepas menjawab soalan tadi..

Sy berlalu menguruskan anak pulak. Seingat sy waktu tu dah xda air mata nak ditangiskan… Malas sy nak fikir panjang2 dan tangisi nasib sy. Xda apa pun akan berubah kalau sy sedih meratapi nasib.. Hati jadi keras makin kering seperti org x da perasaan…

Setan x pernah aman dan nak mengurangkan niat baik sy.. Setan terus menghasut utk sy berdendam.. Sy mula teringat masa sy mengandung merayu2 sy nak minta makan mengidam x dilayannya pun..

Sy masih marah pada ex suami… Ani x minum susu sbb dia x nak berusaha.. Kenapa bila sy kerja keras bantu cari nafkah,  anak2 semua cukup makan.. Ada susu dn anak2 jadi jarang sakit..? Xkan sy kena kerja dan buat tugas lelaki… Rasa tanggungjawab sebagai ketua tu mana..?? Hati terus marah dn berkata2, setan pula menambah perisa..

Bila dia sakit sy layan dia jauh lebih baik dr dia menjaga masa sy sakit.. (ntah berpahala ke x sy masa tu.. Bila sy kenang macam x ikhlas je bunyinya.) Sy nak pandang dia pun malas.. Sy kesiannnnn , xda dendam xda sayang…

Geram sekali sy  bila layanan dn perhatian disalah ertikan.. Sy menjaga dia, anak2 dan bekerja menyara kehidupan kami selama berbulan2 dirasakannya sebagai tanda sayang atau jatuh hati padanya… Adoiii sy stress sgt bila dia kata sy dah sayang padanya.. (dilema jiwa sy masa tu)

Rasa macam nak hempas pinggan… X faham2 dia ni..

Mungkin x da rasa sayang pd ex suami maka sy anggap macam jaga org sakit biasa je sebenarnya.. Sy hanya rasa pedih dn menangis hati bila tengok anak2.. Sy tengok dia x menitik langsung air mata.. Hanya kesian…

Selepas seminggu tukang urut lelaki (peneroka juga) datang mengurut ex suami, masih x menunjukkan apa2 perubahan pada dirinya.. Terasa sedikit risau dan susah kerana menguruskan semua anak2 dan ex suami..

Sy kena kerja juga lepas 10 hari… Buka tong beras.. Buka dompet sy takut..!! Beras duit semakin kurang  nanti kami akan lagi susah.. Sy pandai bawa moto… Pelan2 lah sy kena juga keluar cari nafkah utk keluarga kecil kami ni.. Sy sampaikan perkara ni kpd ex suami sy akan menoreh sendirian dlm 2 3 hari lagi..

Sy usahakan dulu rawat ex suami.. X kan selamanya baring je tanpa ikhtiar lain.. Sy mencari teksi utk ex suami membuat pemeriksaan di hospital… (sy lupa apa kata doktor).. Balik dr hospital sy makin buntu. Mana lagi nak pergi berubat, duit makin berkurangan , sy x kerja dah dekat 10 hari sedangkan anak2 perlu makan.

Moto pun dah balik dri bengkel… Nasib baik sy pandai bawa moto.. Sy berikhtiar  mencari tukang urut dikampung luar pulak… Sy tinggalkan anak2 dgn ex suami dan menaiki moto mencari bidan kampung yg merawat sy masa bersalin..

Mungkin dia boleh membantu kami memberikan cadangan atau lain2 ikhtiar.. Sy kerumah nenek bidan sayang sekali dia tiada dirumah.. Sy terus merayau 2 di hujung2 kampung..!!

Aduhai sunyi dan tebalnya hutan masuk dalam kawasan kampung ni.. Jumpa ke sy nak menuju rumah orang ni, gitu lah dalam hati berkata2… Dgn niat nak berubat sy cari tanpa rasa malu dan takut..

Sy dengan sikap asli peramah ni pergilah menjual nasib.. Singgahlah sy ke 1 rumah. Sunyi jauh dari rumah org lain dan buruk sekali.. Sy disambut baik oleh keluarga disana.. Sy ceritakan tujuan sy kemari.. Ex suami sakit dan anak sy Ani x boleh berjalan.. Sy perlukan bantuan mereka supaya tunjukan sy, kot kot mereka tahu kat mana boleh sy dapatkan org yg boleh merawat masalah ex suami dn Ani ni..

Mereka kata x pandai mana mengurut sekadar mencuba bolehlah… Hanya nak membantu.. Setelah berbincang mereka sudi datang kerumah..”X susah kerumah awak tu, Pak cik tau jalan singkat kesana ikut jalan hutan ni jalan kaki lagi dekat..”

Sy pulang kerumah dan menceritakan kepada ex suami sy berjumpa keluarga yg sudi nak membantu.. Esok dia akan datang pagi katanya xtahu jam berapa.. Keesokannya seperti yg dijanjikan Pak Cik dan isterinya datang menaiki moto kerumah.. Diurutnya ex suami dan Ani sekali..

Sy melayani mereka dgn rasa seronok sekali kerana nampak sifat2 luhurnya.. Kata Pak Cik tu ex suami urat besar di bahagian tulang belakang salah urat tengelam masa jatuh gaung.. Ani pulak sarafnya bermasalah akibat sawan tu. Berpunca dari situ Ani lambat jalan dan berat bercakap..

Sy senyum tapi dalam hati, alah Pak Cik nak bagi semangat je.. Hakikatnya Ani cacat.. Perkembangan Ani x sama usianya.. Dia akan terencat otak akibat sawan. Pak Cik x nak cakap anak sy tu terencat otak akibat sawan..

Sy kata pada Pak cik “..Sy sgt berharap Ani akan berjalan. Apa pun keadaan Ani yg lain2…, Sy x nak fikir Pak Cik..!! Sy nak Ani jalan.. Sy x jemu usahakan Cik.. Sy yakin sgt Ani boleh jalan sbb dia dah boleh pijak lantai dan berdiri.. Kalau awal2 dulu kaki dia berdiri pun x boleh.. Lembik”...

Pak Cik dn Mak Cik bersungguh2 memberikan sy semangat.. Luar biasa aura tetamu kali ni.. Setelah mereka pulang.. Sy bersiap2 nak menoreh esoknya.. Sy masak, mengasah pisau walaupun sy x pandai mengasahnya..

Sy keluar selepas subuh dan anak2 x dihantar kerumah Mak Cik pun.., kerana bolehlah Yati menjaga sambil bantu hulur2kan barang kpd Abahnya.. Yati ringan tulang.. Sy harap ex suami pandai2 lah urus dirinya.. Kerana malam tadi katanya pinggangnya rasa lembut x tegang seperti sebelumnya..

Tegak matahari terasa seperti jam 2 ptg…. (selingan sampingan tulisan blog sy ni..Sy menasihati dari luahan hati sy pada anak2 )

” Panas wahai anak ku waktu ni..Kamu x nampak..kamu x lihat ..kamu x ingat…Mak mengangat getah masa tu . Kalau ikut tenaga mmg Mak x larat..Mak bayangkan muka kamu semua menyuap nasi , nak sekolah.

Dalam x larat tu Mak terus kuat  angkat getah ..Terasa siksa sgt badan mak waktu ni..Ada juga menitik air mata mak masa kerja..Azab betul Mak nak carikan sekilo beras buat makan kita sehari. .

Bila besar jangan x pandang mak, susah payah kamu semua nak membesar 98% usaha dari Mak..Mak mengaku je Mak suka marah kalau anak buat salah ,  Mak mendidik dengan tegas..Mak keluar kerja  macam x ingat balik rumah.. Lama , Mak tau… tapi apa daya Mak sekolah x tinggi.., kerja guna tenaga terpaksa macam2 Mak buat kerja2 buruh kasar.. Haa tengok hasilnya kalian besar sudah..!!

Tenaga sape tu nak besarkan kamu..?? Ilmu dapat dari mana..?? Apa yg kalian dapat hari ni usaha MAK SEJAK KAMU SEMUA DILAHIRKAN…Semua Mak sediakan ..Mak kerja macam hamba abdi..!!..

MASA KECIL ANAK MAK, SEBAB KALIAN XDA ARAH NAK HIDUP, MENUMPANG LAH DEKAT MAK NI… BILA BESAR KALIAN JANGAN BOLEH KATA TERLUPA, USAHA YANG MAK DAH BUAT… Maklum lah akhir zaman nanti ramai anak2 x heran derhaka pada orang tua, kerana nampak RM.. Apa Mak pesan semua langgar..

KALIAN SEMAKIN DEWASA… KUAT KAKI & BADAN.. Makin kuat pulak memandang dunia sehingga x takut hukum hakam, Mak x ajar macam tu dulu.. Shurga tu bukan pd harta dunia dn status anak ku..!! JANGAN LUPA APA MAK DIDIK.. (Suka duka sy mendidik dn bercerita pada anak2)

Selepas siap menoreh 10 ekar sy balik.. Sampai dirumah sy masak dn mengurus anak2 dn ex suami.. Sy keletihan sekali.. Dan begitulah rutin sy selama hampir seminggu menoreh dan mengutip getah sendirian.

Hari ni sy rehat penat sgt.. Ex suami mengajak sy duduk sekejap ada perkara nak dicakapkan.. Sy sedia mendengar apa nak dibualkan.. Mukadimahnya ex suami kata Pak Cik ada datang kerumah mengurut ex suami dn Ani sekali diurutnya semasa sy tiada dirumah..

Seterusnya ada peneroka lelaki ziarah dia masa sy menoreh, katanya org felda kecoh sekarang desas desus mengatakan sy ada hubungan sulit dgn lelaki lain kerana ex suami sy lumpuh dan x berfungsi kelelakiannya…(wah sedapnya bunyi fitnah)

Sy senyum dn tanya kembali dgn hati penuh sakit, ishhh membuak2 rasa marah Hanya dalam hati berkata2. (Sy susah x mengemis kat mereka dah cukup bagus.. Kenapa  DATANG ZIARAH BAWA FITNAH..??) Pendek perbualan kami tanpa bergaduh, Kerana ex suami bukan jenis lelaki baran dan menjerit2..

Sy: Awak percaya ke org tu cakap..??

Ex: Sy dengar jer.. Sy x jawab apa pun masa mereka cakap tu..

Sy: Soalan sy tadi x berjawab lagi.. Awak caye ke..??

Ex: Tak kan awak buat.. Kat kebun mana ada org , sy x percayalah..

Sy: Awak jawab apa kat org tu..??

Ex: Sy senyap je… Senyum jelah..

Sy: Kalau sy nak buat nanti sy cakap terus terang je dgn awak.. Setakat ni sy x buat… Dan ingat jangan jadi pengecut bila org cuba fitnah kita.. mengiyakan tanpa membela diri..

Awak sebagai lelaki kena firm dan cakap dgn org tu kalau isteri sy nak buat bukan dalam kebun getah.. Dan sy pula x berminat langsung dgn lelaki disini.. Sy x mengemis dah kira bagus.. Datang ziarah buatlah adab ziarah bukan bawa fitnah.. (tinggi suara sy.. ex suami termangu2.. Biarlah dia nak rasa apa. Yg penting sy sampaikan apa sy rasa)..

Sy berlalu dgn marah sekali dan terus mencapai Ani dan membawanya kelaman dekat dgn sebelah rumah Mak Cik.. Sy  mengurut seperti biasa dn memapah ajar Ani berjalan, hati sy berharap supaya Ani makin kuat kakinya, mudahan Allah bolehkan anak ku ni berjalan.. Mak Cik datang mendekati sy sambil gosip2 lah apa lagi… Mula2 hal rumah dia, anak2 dan seterusnya….

Bila sy kenang2 kembali sekarang ni mana silapnya sy.. Sy mengandaikan banyak perkara. Antaranya respect org xda sbb sy paling muda.. Basic agama org2 kat sana sy lihat sgt kurang termasuklah sy sendiri.. Hiburan x da.. x ramai penduduk .

Kedai kopi dn fitnah tu hobi agaknya bagi mereka.. Myb sy jadi bahan tumpuan  bahan gosip sbb salah sy juga yg modern pakai seluar, suka berhias diri.. Nampak lebih menarik dari pada wanita2 lain walaupun sy hanya duduk dirumah sy suka melawa.. (Sy x pakai tudung zaman dulu dan masa tu xda org bertudung tutup aurat macam zaman sekarang )..

Kalau sy tutup aurat x menunjukan kecantikan sy myb fitnah x jadi macam tu.. Sy x suka org fitnah .., tapi tanpa sy sedar cara pakaian modern sy tu juga yg menyebabkan fitnah berlaku sebenarnya. .

Mungkin mereka mengandaikan sy x kan bertahan dgn ex suami kerana sy muda.. Sy lincah bekerja walaupun ex suami terlantar sakit selama 3 bulan macam xda harapan sembuh.. Sy wanita pelik dn berani bagi mereka zaman dulu.. Atau myb ada lelaki sengaja menjolok fitnah yg tunggu masa nak cuba nasib ..

Berat ujian cari nafkah.. Berat juga ujian diri sy.. Buat salah atau x buat pun orang kata sy salah..!!! Cakap lah apa saja yg mereka nak cakap.. Sy pujuk hati sy ni… x mati dek keji dan x hidup dek puji..

Sy meneruskan hidup sy dgn tenaga perempuan yg x sekuat mana pun.. Masih menoreh sendirian selama hampir 4 bulan.. Ex suami beransur pulih.. Ani sudah boleh berpapah walupun mengigil2 dia berdiri..

Sy makin rajin mengurut dn melatihnya berjalan.. Ex suami sy bantu berlatih berjalan dan sy suruh dia berjemur waktu pagi sambil dia mengurut sendirian dgn minyak Pak Cik tu.. Syukurlah Allah adil pada semua hambanya.. Dulu sy selalu bertanya dlm hati kenapa Allah bagi sy musibah tanpa henti2.. Apa pun ada ujian tetap ada akhirnya..

Jika dilayan sakit hati fitnah org sy xkan kemana2 perginya.. Badan pun ikut punah.. Jika dilawan org yg buat fitnah sy pun x menang kemana.. Senyap x semestinya sy kalah..

Sy kena buktikan kat diri sendiri bahawa sy sebaik2 manusia. BUKAN SEPERTI APA YG MEREKA KATAKAN.. Cukup lah sy sendiri tau.. Sy kena jaga maruah dan pujuk2 semangat diri supaya bila hati berlapang dada mudah lalui cabaran2 lain..

6 Comments

  • ina

    Tabah sungguh puan menghadapi cabaran yg begitu getir….
    Selamat menyambut ulgtahun kelahiran buat puan rozita,semoga allah sentiasa merahmati puan dunia dan akhirat. Aminn…

  • baayah

    Berat sungguh dugaan puan waktu itu. Sukar utk dihadapi jika tiada kekuatan dalaman . Fitnah sering berlegar sepanjang masa apatah lg situasi suami puan yg sakit dan puan rajin menjaga keterampilan diri.

    Apapun puan berjaya mengatasinya biarpun perit dan tiada tempat utk bercerita akan jerih payah yg dittanggung. Anak2 menjadikan puan lbh kuat dan ingin cepat2 keluar dr belenggu kemskinan dan jauh dr umpat keji . Syabas dan semoga anak2 puan mengerti apa yg telah puan buat utk keselesaan mereka hari ini. Semoga Allah sentiasa melindungi puan dan keluarga.

  • Siti fauziah

    Saya memang minat dgn kisah hidup..jatuh bangun puan dalam membina keluarga terutama anak-anak dan perniagaan. Izinkan saya meminjam semangat perjuangan dari kisah ini. InsyaAllah..jika diizinkan tuhan..saya ingin menemu puan. Semoga puan menjadi hamba pilihan Allah swt.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda, terkejut sy zaman dulu ada pakcik bawang. ex suami bonda ni baik orangnya cuma macam lurus bendul dan tiada motivasi kehidupan. bagus bonda bantu ayah yati. setiap kebaikan pasti di balas tak kt dunia akhirat.

    org dulu xde hiburan xde drama korea dengan meeting acik bawang pakcik bawang jadi hiburan mereka. siapa pandai goreng dan mudah pengaruhi akan jadi tok bawang tukang create story. yang lain2 akan tambah perisa.

Leave a Reply to GokuSuperSaiya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!