Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini: Part 7 : Mengigil Doktor sahkan Ani Lumpuh.. Sy pula mengandung..

Sambungan part 7, 

Selepas 2 bulan sy bawa lagi Ani jumpa doktor nak lihat perkembangan tulang Ani.. (kesan akibat sawan).

Reaksi arwah ani kena sawan…

Hospital Kuala Lipis… Sy datang dgn taxi…Sementara nak tunggu Ani punya turn,  terlanjur sy di hospital tu… sy minta tanya nurse minta ubat lah sekali, (free kerajaan ) sebb sy rasa sgt x sihat.. Nurse tanya bila last haid.. Sy jawab lah  “sejak bersalin xpernah dtg haid.. Myb sy menyusukan badan…”(3bulan je sempat menyusu dah kering susu)… Nurse suruh test air kencing…

lepas membuat pemeriksaan Doktor… Sy sekali lagi terkejut doktor kata sy mengandung lagi.. Dlm 2 bulan… Terus sy terduduk nak pengsan… Ya Allah macam mana ni.. Ani x selesai lagi.. Sy pulak mengandung.. (x terbayang perasaan waktu tu dan x sedar kaki sy mengigil)..

Lepas ni keputusan tulang Ani pulak… Sayup2 nama Ani dipanggil. Sy masuk cekalkan hati.. DOKTOR LAIN PULA… SAHKAN ANI LUMPUH SEUMUR HIDUP.. XDA UBATNYA.. (xsedar berderai air mata).. Mengigil sambil tanya doktor harapan sembuh ada x caranya.. Jawab doktor.. XDA JAMINAN DAN XDA UBAT.. JIKA NAK ATAS IZIN SY, DOKTOR NAK BUAT KAJIAN KOREK TULANG BELAKANG ANI..

“Sy dengan tegas x benarkan.. Kajian xhabis2.. Jaminan xda.. Rawatan pun xda.. Anak sy bukan tikus nak buat bahan uji kaji..”Lepas sy keluar bilik, melayan rasa terkejut selepas disahkan mengandung dan Ani disahkan lumpuh.. Sy duduk diluar sambil mengusap2 muka Ani, menangis sy (xda esakan.. x bunyi.. Allah tahu apa sy rasa.. Xda ayat nak tulis sebagai gambaran).. Duduk rehat nak cari kekuatan nak berjalan.. Rehat 5 minit pujuk hati..

Datang seorang lagi ibu membawa anak lelakinya berjumpa doktor lebih longlai dari Ani. Lembik tulang nya. Sempat kami bersembang.. Jelas ibu itu dgn geram kpd sy…“Anaknya jadi begitu lepas korek tulang belakang”.. (haaa kan betul..bahaya..!!)… Selepas bercakap dgn ibu tadi sy merasakan Bukan sy sorang lalui nasib ni.. Ani cacat, semangat sy jangan cacat.. Itu Doktor cakap lumpuh.. Kalau Allah nak sembuhkan itu kan Kuasa dan ehsan Allah.. Sy sebagai ibu jgn lemah dan sedih.. kena semangat utk Ani dan Yati.. Bangun wahai ibu.. Demi anak.. Hidup masih jauh Rozita.. Dalam susah senang xda saudara dan keluarga hanya kamu dgn anak.. (haaaaaahhhhh berjurai2 air mata… Meraung terkeluar suara tekanan selama ni, sambil sy peluk Ani… Tangan sambil tahan teksi..).. Saat itu macam perempuan gila sy.. Xmalu dah… Dalam hati kata.. Biarkan apa mereka pandang.. Ya Allah Kasihan dan bantulah sy demi Ani..

Sy berjalan menuju keluar hospital Lipis, lesu rasanya.. Gagahkan diri mendokong Ani mencari teksi nak balik ke rumah… Mengira2 duit yg ada buat tambang.. Sedih betul hati sy.. Dah miskin anak lumpuh.. (jauh lipis ke Kechau)..

Sampai dirumah sy xdapat nak tahan emosi bila melihat kelibat muka ex suami.. Berkain pelikat senyum memandang sambil menyambut menyapa manis kearah sy .. “Ani macam mana”  (Pernah dia menyatakan rasa bahagia memandang wajah sy… Haruuuuu betul.. Apa ada kat muka sy..?? ..Anak sakit dia x nak pandang..??

Sy pula penuh kebencian dan marah yg x dapat dibendung.. Sy sampai kan berita Ani dan sy mengandung.. (Dia baik orgnya x baran jauh sekali nak pukul sy.. Kami x pernah bergaduh sepanjang kahwin)..

Tanpa fikir dosa pahala sy luahkan dengan baik sekali tapi berupa amaran (dlm hati benci x terkata)… “Sy sebenarnya x nak pun kawin dgn awak.. Sbb mak suruh… Awak pun tau kan pasal tu..!! Sy menyesal dan sy bertambah2 benci dgn awak dgn apa yg berlaku ni.. Mulai hari ini sy x nak awak sentuh sy..  Sekiranya takdir merubah hati sy utk suka dgn awak maka jodoh akan panjang.. Sy bagi awak masa utk berubah.. Sy cuma nak hidup dlm 1 rumah dgn awak dgn anak2.. Sy akan layan awak makan minum seperti suami isteri lain..Tapi bukan ada rasa sayang.. Sekadar hidup dalam 1 rumah (bilik berasingan)… Sekali lagi sy tegaskan JGN SEKALI PUN SENTUH SY SELEPAS INI.!! (Ex suami mendengar dan tanpa sebarang reaksi).. Aikkkk boleh macam tu dalam hati sy.. (sebal macam org x da perasaan.).. .. Tanpa pergaduhan tanpa ulasan ..!!. Lepas cakap2 tu.. Sy pun nak beredar dan berpesan “Tolong tidur kan Ani dan jaga Yati.. Sy nak kebelakang cari kayu api dan cari sayur kat belakang..

Sepanjang kesukaran hidup awal hijrah di Kechau,   sy x mampu nak balik kampung ziarah mak sy di Palong sejak pindah ke Kechau.. Sy x pernah menulis surat.. Siapa pun x tahu keadaan sy.. Semua sy lakukan sendiri.. Tiada kawan rapat..!! Zaman dulu  surat atau telegram(kecemasan) itu je cara zaman dulu nak berhubung..telefon xda..

Insyaallah esok .. Dugaan Nooraini Part 8: Buat kerusi kayu ganti walker utk Ani. .

17 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!