Mertua insaf kesilapan tawarkan moto baru pd ex suami.. Dugaan Nooraini : Part 23
Sambungan part 23,
Ziarah mertua ke mari membuka rasa pedih luka hati yg lama kembali berdarah.. (terkenang perbuatan mereka) Sy sorokan luka hati dan sy minta sgt Allah bantu hati ni supaya tenang dgn tetamu yg wajib sy hormati ni… (dalam hati memujuk sy bukan duduk dgn dia pun..dan dia bukan lama disini.. Wajib hormat walau apa mereka pernah buat.. Sy muda kena mengalah.. X rugi memgalah.. X menang kemana pun kalau sy memberontak)
Alhamdullilah Allah bantu sy mengatasi rasa luka tu.. Sy menyambut dgn rasa hormat berdasar mereka org tua.. Biasalah jiwa sy masih muda darah masih panas… X matang.. X juga berilmu.. Akan merasa pedihnya masih terasa sakitnya.. Perbuatan sy boleh menyorokan rasa sakit..Tapi hati tetap berkata2.. (masih x ikhlas sebenarnya kalau macam tu)
Selepas kami pindah ke Felda fitnah masih mengekori kami dari keluarganya…
Mungkin dek kerana ex suami pernah membelikan sy sepasang baju dan sepasang subang selepas beberapa kali balik dari kampung, mereka menyangka sy yg suruh..!!
Sy terkejut bila ex suami balik dari kampung membelikan sy kain ela dan subang.. Sy x pernah meminta2 kebendaan kecuali ubat dan susu anak.. Sy tau dia x mampu..Sy x gembira pun hadiahnya.. Meskipun naluri kewanitaan sy sgt inginkan semua tu… Kerana sy tahu itu akan mengundang bala sbb bukan dari duit dia.. Sy tanya dia utk kepastian :
Sy: Kenapa awak beli semua ni.. Banyak duit awak..??
Ex: Sy beli utk awak.. Awak suka kan..??
Sy: Sy x suka sbb sy tau bukan duit awak dan sy nak tau mana dtg duit..??(marah dan sy terus mengungkit).. Sebelum ni susu anak susah sgt nak beli sampai Ani sawan.. Lumpuh… awak x heran pun.. Awak nak beli hati sy dgn cara macam ni..?? Sy bukan pakai pun kain ela mana duit nak upahnya.., Sedangkan kita duduk hutan je pun.. Selama ni baju bundle je sy pakai kan..??
Ex: Memang minta duit dgn mak… Sy beli sbb sy sayang dgn awak.. Sy tau awak suka cantik.. Sy suka tengok awak pakai cantik2…
Sy: Ohh gitu…, Awak x tau apa family awak kutuk sy… Sbb sy malas nak panjang2kan cerita… Keluarga awak hina sy macam2 sy ni dikatakan perempuan meminta2 dan habiskan duit laki dan mcm2 fitnah lain2 dah cukup buat sy sengsara.. Sbb tu sy lari.. Dan awak ingat sy heran dgn subang dan kain ni.. Sy pun xnak kahwin dgn awak apa lagi menjadi ahli keluarga awak .. Mereka mencerca sy yg miskin dan menumpang kesenangan keluarga awak.. (sy x pernah menceritakan kepada ex suami sikap keluarganya sebelum ni).. Awak x kisah sbb dia mak awak.. Sy ni menumpang je dan dikatakan x tau malu..SY PUN ADA HARGA DIRI ..
Ex: Sy nak awak suka kat sy… Sbb tu sy buat macam ni.. Apa sy buat semuanya x kena..
Sy: Sy xkan suka awak sampai bila2 pun.. Dan sy minta maaf lah banyak2 apa sy cakap ni.. Awak xkan dapat hati sy sekali pun awak mmg baik.. Dan ingat.. Cara begini x kan boleh beli hati sy utk sy suka awak..
Ex: Semua x kena lah awak ni.. Nak sy buat macam mana lagi…??
Sy: Sebenarnya sy mmg nak sgt bercerai dgn awak.. Tapi sy takut dgn keluarga sy jer.. Nanti mereka malu.. dn x mengaku sy anak.. Mereka xkan terima sy bercerai dgn awak.. Sy rasa awak akan bahagia dgn perempuan lain yg ikhlas sayang dan boleh jaga awak dgn baik.. Sy pun akan bahagia dgn lelaki yg suka..
Ex: Sy x kisah hidup macam ni.. Sy tengok awak je sy dh cukup bahagia … walaupun awak x sayang sy.. X mengapa asalkan kita hidup bersama macam ni..(dalam hati sy ada gak org macam ni..Masalah nya sy x suka dan x kan suka…)
Sy: Awak baik sebenarnya tapi awak bodoh sgt2 dan cara berfikir terlalu sempit susah nak kedepan.. Sy x boleh hidup dgn cara awak.. Sy hanya kesian kt awak dn takut dgn mak sy… Awak dn sy x boleh macam ni sampai tua.. Sy nak hati sy betul2 bahagia dgn lelaki yg menepati kehendak sy.. Dari awal kawin sy hanya memenuhi hajat keluarga sy…. sy pun malas nak fikir ttg kita..Tunggu je lah apa kesudahannya..
Tuduhan family ex suami terhadap sy sgt keterlaluan.. Walhal itu bukanlah sikap sy..!! Sy merasakan seperti pengemis hidup bersama mereka. Makan sepinggan nasi pun sy amat takut.Serba salah sy jadinya.Rasa nak makan sedap dn kenyang.. Sgt memalukan… Sy jadi takut sekali.. Pernah sy mengoreng sebiji telor.. Kecoh nya sampai ke petang.. Malu sgt dicanang dek kerana sebiji telor.. Apa sy boleh buat x berduit x berdarjat.
Sejak insiden tu sy kerumah ibu saudara. Rumahnya berdekatan dgn rumah mertua.. Sy nak menikmati rasa makan.. Seminggu 3 kali. ..Sy diserang dan dikatakan ahli neraka kerana memalukan keluarga ex suami.. (sy hanya menumpang makan dirumah ibu saudara tanpa menceritakan sikap mereka terhadap sy).. KELIRU macam mangsa buli…
Sy dikatakan x tahu bersyukur menumpang/berkahwin dgn keluarga org senang.. Sy sgt malu dgn tuduhan tu dn benci sekali… Sy x memprotes kerana sy x mahu dipanjang2kan cerita dn mewujudkan konflik keluarga.. Salah 1 sebab sy melarikan diri duduk jauh dr keluarga kerana sy x tahan dgn fitnah…
Pengalaman ni mengajar sy erti :
- Kalau sy ada anak perempuan sy x kan bagi anak sy kawin tanpa ada darjat dn harta.. Sy x nak org hina anak sy.. Dan hina sekali dgn sy sebagai ibunya.. Habis 1 keturunan nanti kena keji…
- Sy kalau ziarah rumah orang, lebih2 lagi rumah mertua atau mak sendiri… Sy akan umpamakan sy tetamu bawa yg bawa rahmat bukan pembawa bala menyusahkan org.. Sy akan pastikan lauk dan beras melebihi dari apa yg sy makan.. Sy akan bersihkan rumah mereka lebih bersih dr sebelumnya..
- Sy x suka cakap belakang (hipokrit).. lebih baik berterus terang. Memudahkan segala urusan hidup.. Jiwa tenang..
- Bersedekah dan bagi orang makan dalam rumah kita bagi sy itu tanda sy bersyukur dan mencari ketenangan.. Sy x mahu Allah persoalkan dimana sy mengunakan rezeki, rumah dan keenakan semasa sy hidup senang..
Ziarah mertua… 2 malam dirumah kami dengan melihat keadaan kami yg daif ketika itu membuatkan mereka tersedar kesilapan mereka yg lepas (sy agak2 jer.. mereka x cakap pun..he he he)… Mertua begitu baik selepas itu dgn sy..
Mereka kasihan agaknya melihat Ani yg duduk dikerusi kayu dan hanya pandai telentang meniarap sahaja… Dan melihat sy bertukus lumus bersiap didapur menyediakan makanan utk mertua dan bersiap ke ladang .. (Sy tetap ke ladang meskipun mertua datang )..
Semasa bersiap nak keladang.. Mertua memerhatikan semua pegerakan kami.. Menghantar anak2.. Melihat ex suami menghidup kan moto yg susah nak hidup dan ex suami menceritakan moto sangat uzur.. Dan bukit tinggi sebagainya diceritakan berbahaya sekali, paling nyata x berduit nak beli baru..
Mereka menyuruh ex suami balik kampung dan mereka nak belikan moto.. Sy senyap tanpa menjeling langsung dalam hati sgt lah meluat kerana ex suami sengaja cari pasal…, Mertua baru datang pertama kali ke rumah dan sengaja mengadu masalah kesusahan hidup, nampak sgt nak minta macam2..!!! Bab mengungkit sy x nak lalui lagi dah.. Sy ni yg jadi bahana nanti.. Cukup sudah..!!..
Jika ada kelapangan waktu nanti sy tulis lagi Dugaan Noor Aini … Seterusnya dapat moto baru.. Jiran sebelah cemburu dan baling rumah kami dgn batu besar sehingga pecah..


3 Comments
baayah
Suka sangat nak tunggu cerita puan yang selanjutnya. Bab2 segini sering sangat berlaku dlm masyarakat kita hingga ke hari ini. Apa pun ini dugaan yang puan lalui dengan berbagai rintangan. Penuh liku dan onak duri. Ujian ini puan telah “lulus” rasanya!
Shida
Masya Allah,Byk pengajaran yg dpt dlm kisah ni.salah satu,tiap org yg sgt sabar dgn hinaan,sgt sabar dgn org keadaan skeliling slalu Allah beri dia jln keluar dan rezeki yg luas mcm puan rozita sekarang.terima kasih sbb kongsi kisah ni.nak lagi!hehe
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum bonda, bonda brutal juga ye masa kecil. kelakar dengan ayat bonda. kalau orang dah tak suka takkan kita nak terhegeh hegeh kan? permata walau dalam lumpur tetap berharga. mulut orang tak dapat tutup..