Resipi Bonda

Crumble Peach atau Kuinin Cheese Cake..

 

IMG_0825
Crumble Kuinin Cheese Cake sebelum di potong..

 

Ramuan:

Asas biskut (A)

  • 180 g tepung biasa
  • 125 g butter
  • 60 g gula caster

Cheese filling (B)

  • 500 g Krim Keju (halus)
  • 100 g gula aising (diayak)
  • 20 g tepung jagung

Bahan (c)

  • Telur gred B (3 biji)
  • 100 g top whipping cream
  • 1 sudu jus lemon

Bahan (D)

  • 1 tin pic (tapis) / boleh ganti dgn hirisan mangga kuinin 4 biji..
  • Nota ( yang membezakan hanya part ini sahaja buah peach dalam tin atau kuinin masak.. Tapi lebih sedap kuinin tau)..

Crumble topping  (E)

  • 100 g tepung biasa
  • 100 g kacang walnut (cincang)
  • 65 g mentega (halus)
  • 50 g gula kastad

Cara memasak:

Asas biskut: oven dipanaskan hingga suhu 180°c. Campurkan bahan-bahan A ke dalam doh dan tuangkan ke dalam tin pembakar 9″ inci berbentuk petak, tekan dengan perlahan-lahan. Cucuk dengan garpu dan bakar selama 20 minit.

Inti keju: Putarkan bahan B hingga menjadi gebu, tambahkan bahan C dan gaul hingga sebati, tuangkan ke atas biskut bakar dan susun bahan D ke atasnya.

Crumble topping: gunakan jari untuk menggaul bahan E hingga menjadi hancur dan taburkan di atas kek, kemudian bakar pada suhu 150°c ke dalam oven selama 60 minit.

Cake-300x300
Crumble Peach Cheese Cake
IMG_0890
Crumble Kuinin Cheese Cake

Mula2 dulu sy ingat susah sgt nak buat Cheese cake rupanya senang sangat.. Cuma kosnya agak mahal.. Tapi berbaloi sebab kalau beli di kedai lagi mahal dan resipi macam ni sy tak pernah jumpa.. JANGAN X CUBA..

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!