
Choclate moist
Hari ni sy penat lagi …nak up date blog DUGAAN NOOR AINI. PART 13 INSYAALLAH saya buat ISNIN.. Menulis pasal kisah silam ni agak susah… umpama peninggalan sejarah.. Sbb tu sy tulis pelan2 dn ingatkan betul2..!!
X nak hampakan anda semua pembaca di blog sy… Elok rasanya dalam cuti sekolah ni sy kongsikan menu Choc Moist .. Kek ni kukus selama 1 jam.. Senang je nak buat nya.. Modal agak banyak..tapi masih murah jika di bandingkan dgn membeli… Nak sedap kek ni kualiti coklat ni… kena beli cooking choclate yg bagus/mahal sedikit harganya.. Rasanya lebih sedap … Jom masak hujung minggu raikan anak2 kita…
BAHAN A :
- 100gm serbuk koko
- 250gm gula kastor
- 1 tin susu cair
- 200gm minyak masak/ jagung
- 250gm susu pekat manis
BAHAN B :
- 150gm tepung gandum
- 1 kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil sebuk penaik
- 4 biji telur gred B
CARA-CARA: 1. Campurkan bahan A dan kacau sebati. 2. Masak atas api seketika. 3. Dibekas yang berasingan pukul telur dan curahkan dalam adunan A. 4. Akhir sekali masukkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik yang telah diayak. 5.Guna mesin pengisar dengan perlahan-lahan dan kacau sekejap sehingga tepung tak bergentel 6. Kukus dalam bekas 6″ (3 bekas). Kukus selama 1 jam. 7. Setelah kek sejuk tuangkan cokkat topping dan taburkan manik warna.
TOPPING COKLAT :
- 200ml whipping krim
- 300gm coklat besar
- 1 sudu besar mentega

6 Comments
kakcik
Tengok gambar pun kakcik dah telan airliur… 🙂
faridah
Tkasih puan Rozita atas resepi. Wah nampak sedap! Rasanya pasti lebih sedap..insya Allah nak cuba buat 🙂
alin
Puan,coklat besar tu mcmmana ye?blh tunjuk X gambar dia?
Nor Asikin Daud
Sedap tu puan! Memang serba boleh puan ni. Ingin saya jadi spt puan, berjaya tapi masih kekal citi2 wanita..
Jurina
Sedapnyerrr la haii..<3
Serba boleh puan ni.. Macam2 boleh..
airyna sofea
wah kena try resipi puan ni.. lain dari resipi kitchen saya…
cuba puan try buat cheese cracker pula.. sure anak anak suka.. sedap.. 🙂