Biodata Bonda

  • Biodata Bonda

    Sendayu Tinggi Pilihan Watson…

    Kajian Watson terhadap pasaran Melayu mendapati Sendayu Tinggi antara jenama yang dikenali dan mempunyai pengguna setia lebih dari 10 tahun. Harga yang ditawarkan amat bersesuaian dengan sasaran pengguna dan ahli Watson yang berjumlah 2 juta orang. Imej yang diketengahkan produk Sendayu Tinggi sesuai dengan kehendak Watson yang lebih moden dan elegan. Konsep Melayu yang diketengahkan oleh Sendayu Tinggi adalah pasaran baru yang ingin diterokai oleh Watson kerana majoriti ahli Watson adalah orang Melayu Pelbagai pilihan produk dari luar Negara serta tempatan dengan kualiti terbaik ingin diketengahkan oleh Watson. Kebolehan dan kemampuan Sendayu Tinggi dalam mengikuti perundangan yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan produk dipasarkan selamat dan berlesen. Sendayu…

  • Biodata Bonda

    Kronologi Sendayu Tinggi 17 Tahun Di Pasaran…

      KRONOLOGI SENDAYU TINGGI 17 TAHUN DI PASARAN Usia 17 tahun produk Sendayu Tinggi (ST) di pasaran mengetengahkan penjualan produk Herba dalaman, Penjagaan Wajah dan tubuh serta rangkaian produk Mekap. Bermula hanya dengan  5 produk  di awal  kemunculannya,  kini ia  memiliki lebih 500 variasi  pilihan produk untuk pengguna lengkap dari herba dalaman, penjagaan wajah dan tatarias diri. Dengan keahlian ST melebihi 60 ribu dengan bilangan outlet / butik sebanyak  34 buah di seluruh  Malaysia. Mempunyai jumlah pengedar  ST mempunyai lebih daripada 8000 di seluruh Malaysia. Sendayu Tinggi kini menjadi produk pilihan wanita Malaysia kerana kualiti dan keberkesannya yang terbukti hingga diwarisi turun temurun. Mensasarkan 300 buah outlet menjelang 10 tahun…

  • Saya nak berjaya sebab sahut seruan Tun Mahathir
    Biodata Bonda

    Saya nak berjaya sebab sahut seruan Tun Mahathir…

    TIRU JEPUN PANDANG KE TIMUR MELAYU MUDAH LUPA  BUAT FRANCHISE..!!   Ayah saya orang kuat Pas..!! Dia tak suka Tun Mahathir…. Manalah tahu kan!  Ha.. ha.. kalau Tun Baca Blog saya Saya tak suka politik. Tapi dengan Tun saya sukaaaalahhh sangat kat dia. Hensem, bijak dan paling menarik. Kenapa saya suka dia? Banyak jasanya ubah negara kita dan membentuk cara pemikiran saya yang telah pun saya buktikan. Saya berterima kasih dan sayang atas keberanian dan kebijaksanaan. Dia bertindak bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tun berfikir dan bertindak diluar jangkaan orang lain. Hebat kurniaan Allah SWT pada dirinya dan kita pun sama merasai nikmatnya. Kata Rasullullah SAW, sebaik-baik manusia ialah manusia…

  • Biodata Bonda

    Saya rajin sebab tak ada tempat bergantung.

    Saya tak ramai kawan… Saya banyak menyendiri, No.1 hobi saya hanya kerja! Kawan saya hanya suami, anak-anak, perkerja dan pembantu rumah. Saya dah biasa begini sejak muda… Saya tak pernah buang masa lepak atau tidur siang hari tanpa sebab kecuali sakit… Saya belum puas mengenali diri sendiri… Saya terus menerokai diri…  Ini adalah gambar awal ofis saya pada tahun 1999. Saya buat kerja pengurusan dan trial marketing sejak tahun 1996 dan aktif pada 1997. Macam-macam kerja saya dah buat… Kerja kilang, saya free saya akan tulis dan letak gambar-gambar yang masih ada asalkan bertudung. Tapi sayangnya banyak gambar tak pakai tudung gambar zaman saya jahiliah.. hi hi.. maka saya tak…

  • Biodata Bonda

    Tak Bersekolah Tak Semesti Tak Berilmu..!!

    Hinaan dan tekanan perkahwinan punca azam diri semakin kuat ingin mengubah kehidupan! Sejak dari kanak-kanak saya tak pernah menerima hadiah atau penghargaan dari sesiapa pun, sambut hari jadi pun tak pernah! Saya sama seperti wanita lain dalam perkahwinan, ingin di sayangi dan diberi perhatian. Saya merasakan waktu itu perkahwinan tempat wanita berlindung dan selamat. Berkahwin kali ke-2 juga saya mengalami perkara yang lebih teruk… Semangat saya asalnya lemah seperti wanita lain yang putus asa! Perasaan ingin berlindung dengan suami dalam perkahwinan! Menangis, meratap, mengelamun dan mengharap perkara indah akan berlaku. Saya buang perasaaan mengharap dan fokus kepada cita-cita. Selagi saya berperasaan begitu saya hanya melayan perkara bodoh yang tak akan…

  • Pejabat JRM
    Biodata Bonda

    Orang Guna Sihir Tak Akan Senang…

    Bulan Oktober 2013.. pejabat JRM kecoh, gangguan sihir berlaku. Lembaga hitam berkeliaran pada waktu petang jam 6.00 dan suara memanggil-manggil. Paling ketara, saya yang sangat aktif menjadi sangat mengantuk dan tidak boleh lama di pejabat. Saya hanya nak balik rumah, yang peliknya tiba di rumah hilang terus rasa mengantuk! Walhal saya bukan yang jenis tidur waktu siang. Staf juga turut mengalami rasa malas dan mengantuk yang sama macam saya.. Sejak kehadiran seorang staf baru, setiap hari duit dan produk hilang. Pada awalan berkerja dia tak mencuri sekali banyak sekitar RM100 ke RM200 sehari! Tak ada bukti nak tangkap terlalu licik. Orangnya sopan berusia 40an. Solat tak tinggal dan dalam beg…

  • rawatan sihir
    Biodata Bonda

    Orang Maki Tak Mengapa, Jangan Kena Sihir…

    Khianat dan dengki itu ialah penyakit hati dan paling dahsyat bila menggunakan sihir. Bagi anda yang pernah mengalami gangguan sihir akan boleh menyelami cerita saya dan merasakan azabnya! Tengkuk jadi berat, tak bersemangat nak berkerja, berdebar-debar, perasaan benci yang melampau kepada pasangan. Marah dan sedih tanpa sebab! Berbagai jenis sihir dan saka. Jika ia bercampur akan mengganggu kehidupan, kata suami saya! Bila hati lalai pada Allah, syaitan jin sihir mudah datang mengganggu. Perkara asas ibadat sangat perlu diperbetulkan. Tertib awal wudhuk sehingga solat, banyakkan mengaji Al Quran di rumah. Ganguan sihir yang melampau, bayangkan menantu saya basuh kereta lewat petang nampak Pontianak elok dia berposing seawal jam 7.00 petang! tak…

  • Biodata Bonda

    Tak senang seperti yang disangka…

    Tundukan suami atau isteri, atau nak mendapatkan cinta orang yang disukai atau kerana hartanya! Mendapatkan hajat melalui hubungan syaitan dan jin. SYIRIK dan DOSA paling besar menyekutukan Allah SWT. Hidup panas, tak berkat, mati lagi susah! Pengalaman hidup saya tak pernah lekang dek ujian.. bertindak cepat buat keputusan dapat menyelamatkan keadaan jadi lebih parah… Janda miskin orang kata jahat sebab nak rampas suami orang dan nak tumpang senang.. Wanita kaya lebih lagi susah ranjaunya! Nak cari orang yang ikhlas sayang kita sangat susah! Sayang ada makna.. nak mengaut harta dan ambik kesempatan. Ikatan perkahwinan, talak dan gunakan kasih sayang kononnya! Bila bercerai tuntut duit macam kes ugut.. bukan sikit.. BERBELAS…

  • Biodata Bonda

    Ibu tetap terbaik..!!

    Inilah mak saya Aminah Abd Satar. Mak merupakan anak yang paling dimanja kerana anak bongsu. Ia sangat disayangi dan semua kehendaknya dituruti oleh kedua ibu bapanya. Amat berbeza dengan kehidupan mahupun sikapnya dengan abah. Sangat kontra! Tidak apa yang menarik ingin saya ceritakan disini tentang ibu. Apa pun segala perbuatan terhadap saya adalah kejahilannya semasa muda. Allah telah takdirkan saya lalui begitu dan gantikan kehidupan saya jauh lebih baik dari orang lain! Allah maha adil. Meskipun perjalanan saya sakit tapi saya berterima kasih kepadanya kerana apa yang saya terima dari dia adalah pelajaran yang banyak hikmahnya! Semasa tahun 2003, saya pernah didatangi oleh 3 orang pensyarah Universiti dari Jepun, UM…

  • Ayah Puan Rozita
    Biodata Bonda

    Abah lelaki handal dan hebat…

        Arwah abah saya Ibrahim Hj Ashaari lelaki yang hebat terbaik dalam hidup saya. Semangat yang luar biasa.. pendiam dan bercakap dengan motivasi dengan ilmu. Inspirasi dan saya sangat meminatinya SEJARAHNYA. Abah berketurunan Banjar dan kacukan Arab. Cerita kehidupannya membuka minda saya. Ibu bapanya berpisah . Nenek menjaga kesemua 8 orang anaknya. Arwah atok tak ambil peduli kerana ada isteri baru. Abah merupakan anak kedua dan anak lelaki yang besar membantu ibunya menyara kehidupan. Abah membuat kerja sawah padi sambil bersekolah. Setiap hari lauknya hanyalah kangkung goreng, garam dan mencari ikan di parit. Keluarga abah ketika itu paling miskin di kampung dan sangat hina. Rumah abah tiada dinding hanya…

error: Content is protected !!