Dugaan Nooraini

Ani Tertelan Duit Syiling 20sen.. Dugaan Nooraini : Part 56

Kami menaiki bas Kuala Lipis Pahang.. Masa naik bas tu terbit rasa puas sgt dapat buat perkara yg menyeronokan.. Apa xnya semuanya memenuhi perancangan yg baik masa balik kampung tu terasa berbaloi.. Ye lah dapat ubatkan anak, beli barang  dn ada rantai batu tiruan yg cantik.. Kemesraan family ex suami itu yg paling bermakna..

Terasa rugi juga beli aksesori tu tp pujuk hati sekadar hiburan mata reward kat diri sendiri yg selama ni teruk bekerja.. Masa tu hati tetap berfikir apa bodohnya beli rantai tiruan beratus ringgit,  x laku pun kalau dijual balik.. Sekecik2 emas boleh gak jual.. ada harga.. (Setiap perbuatan sy akan fikir kesannya buruk baiknya)

Kami sampai lewat petang dirumah, keletihan teramat sangat sbb lama duduk dlm bas yg keras dn hanya tegak tempat duduknya.. Dah lah xda tandas.. Kemudahan bas zaman dulu  bukan macam zaman sekarang yg ada tandas, aircond atau R & R…. Bertahan lah dlm tandas tu lama mana pun silap gaya mmg boleh menangis menahan rasa terkucil terkincit..

Esok pagi2nya kami meneruskan kehidupan seperti biasa di felda sebagai peniaga kedai runcit.. Ex suami mencari bahan2 basah seperti ikan sayur & buah2an.. Barang2 ni sebenarnya yg membuatkan untung lebih dn cepat  pula lakunya..

Dalam minggu tu sy dapat tawaran buat kontrak perladangan.. Sy sgt teruja dn terus meninjau nak beli lori hantu utk memulakan projek baru tu.. Kalau x da lori macam  mana nak angkat baja, meracun dn tanam pokok.. Bab mencari perkerja  sgt mudah disini.. Ramai je yg menunggu..

Akhirnya sy mendengar ada 1 cina nak jual lori hantu.. Jauh dekat dalam Kechau 17.. Ex suami keluar mendapatkan cina tu bersama Sardin (ha ha macam ikan sardin kan.. tp itu lah pekerja sy org Iombok).. Sardin kata boleh pakai lori tu cuma kalau lori terpakai ni sy kena cari org yg pandai bawa lori dn repair lori.. Dia ada kenal org burma namanya Amad..

Sy beli lori tu 6k, x susah lori hantu x perlu lesen dn pekerja sy sendiri waktu tu pun bukan org Msia.. Setelah selesai semuanya berurusan ttg  lori tu pun dibawa balik parking tepi jalan dekat dengan  kedai.. Sy pun memulakan kerja2 kontrak perladangan .

Sejak balik kampung sy masih memakai rantai tiruan tu.. Kini warnanya sedikit pudar.. Sy ada balik ke rumah utk membersihkan halaman dn dalam rumah.. Meskipun sy x pernah lagi beramah mesra sesama peneroka namun perubahan diri sy hangat diperkatakan.. Nama sy menjadi hot sensasi betul.. Peneroka disana terkejut kami ada lori dn 2 org pekerja asing.. Ibaratnya zaman dulu kaget sgtlah kes sy ni.. Wanita muda penuh kontroversi.. tp x lah sehebat Rozita Che Wan.. Dia tu Diva..(sy gurau je)

Bila sy kenang gaya sy masa muda sy ketawa sorang2.. Sy pun nak juga berfesyen kerana merasakan itu yg buat sy hapy.. Sy beli cermin mata besar sbb masa naik motor mata selalu masuk binatang kecil.. RM10 je pun.. Sy paling vogue zaman dulu kat hutan belantara tu.. Dengan penuh gaya muda sy masa tu..

Sesekali ke bandar sy lebih berias diri sesuai pun berpakaian sbb bukan pergi menoreh.. Sy kerap ke bandar Lipis simpan duit org Indon.. Duit niaga..S y melabur ASB.. Cari supplier.. Biasanya naik bas.. Kalau naik bas lambat dan adakala sy ke bandar hentam je naik motor sedangkan sy x da lesen sebenarnya..

Apa sja ttg sy pasti akan disensasikan kerana aktif dn berhias.. Sy dikatakan ada hubungan sulit dgn polis..kondaktor bas.. Umpatan mereka sy berskandal dgn polislah sy selamat x pernah kena tahan dek road block..(lawak sgt sy rasalah).. Sy dah lali dgn fitnah malah sekarang sy rasa seronok layan kesakitan hati org2 felda masa tu.. Sy tambahkan lagi bergaya terus bersenyum manis pd sape sja di Felda tu.. (sengaja balas sakit hati).. Sy nak tambah mereka seronok bagi org felda terutamanya wanita yg suka bergosip ttg sy.. Hakikatnya sy x berskandal dgn sesiapa, sekadar suka bergaya apa yg mereka tahu cakap je.. Sy lebih tahu apa yg sy lalui..

Sebenarnya dalam banyak2 sy ke Lipis tu pernah 3 kali (kalau xsalah) pernah ditahan ketika road block.. Yg 2 kali selamat sbb sy nampak polis buat sekatan, maka sy melencong masuk kedalam kedalam kebun getah.. Terpaksa lalu lorong2 kecil dn tunggu sampai Polis xda.. Dn yg 1 kali kantoi tu sy x lupa masa tu sy sedang naik motor x pakai helmet baru balik dri Lipis.. Sy merayu2 sampai menangis sbb takut sgt.. 3 org polis tahan.. 2 lelaki sorang perempuan.. Agaknya mereka lepaskan sbb kesian sy menangis tu kot..

Kini kedai kecik sy tu semaju dn setanding dgn kedai India.. Sgt berbeza perubahan kedai sy.. India sudah tarik muka masam dn berpaling bila nampak sy.. Ex suami beramah tamah meskipun org x layan..(Kalau sy org x layan sy pergi dah) Sy belajar dri sikap baik ex suami caranya x menjemput musuh dlm hidupnya..(bagi sy dia x da perasaan) Berbeza dgn sy yg semakin berani x pedulikan apa org nak kata sbb sy x pernah buat jahat kpd mereka..

Seperti biasa sy memanjat lori dn menurunkan barang2 kedai runcit bila supplier datang dan anak2 ikut sama memanjat x serik2.. Dah x larat nak tegur, puas dh berpesan sebanyak2nya..!!  Supaya anak2 x ikut sy memanjat lori takut kemalangan lagi..

Kali ni sedang sy diatas lori sy dengar Yati menjerit lagi.. “Mak Ani tertelan duit siling 20 sen Mak… cherrr tengok Mak.. Tadi dia masukan dalam mulut  masa dia turun lori di terjatuh terus tertelan duit siling tu..”.. Cepat2 sy turun melihat keadaan Ani.. Nampak stabil je berdiri dan sy lihat dia bernafas elok.. x biru x pengsan pun.. Issh  macam2 lah budak2 ni.. Macam xda makanan lain nak ditelan.. Dah nak ke hospital lah pulak..

Sy teruskan sampai siap kerja dikedai.. Selesai semua sy pun duduk sebentar hilangkan kepenatan bercampur bimbang keadaan Ani.. Mana tahu boleh mudaratkan nyawa anak.. Kalau duit 5 sen sy pernah tertelan juga masa zaman kanak2.. Mmg akan keluar masa buang air besar.. Ni 20 sen bukan kecik ani pulak umurnya baru masuk 5 tahun.. Takut malam nanti sesak nafas pulak..

Bawa je ke hospital biar tenang hati tau apa kata pakar.. Kali ni sy lebih bersiap.. Bawa beg berisi baju dn bawa duit lebih sy takut jadi macam dulu lari x bayar bil hospital.. Sy sewa teksi dn urus sendiri juga kali ni..

Sampai di hospital Lipis,  Ani di X-ray, doktor tunjuk film X-ray tu jelas kelihatan duit 20 sen dalam kedudukan senget melintang.. Kata doktor kalau rata Ani x boleh nafas dn akan mati.. Selepas berdiskusi dgn doktor menyuntik ubat bius utk mengeluarkan duit dri kerongkong Ani..(anggran 2 jam Ani dlm bilik)..

Setelah semua selamat sy dibenarkan bawa Ani pulang x payah masuk wad pun, masa nak bayar bil tu hati sy resah menahan malu.. Kalaulah mereka cakap sy pernah lari hospital x bayar bil mana nak letak muka..!!. Nama Ani dipanggil laju jantung sy menahannya.. Masa bayar tu kerani tu bersuara “Dulu awak pernah masuk hospitalkan dn masa tu lari macam tu je.. x bayar bil kan”.. Sy mengangguk je kelu menahan malu.. “Sekarang kena bayar sekali dgn bil yg hari tu tau RM 70..”..

Lega semua dh berbayar.. Sy keluar hospital seronok kali ni dh x macam pencuri.. Penuh bermaruah..!!… “Jangan sampai org cap kita jahat & penipu itu sgt mengaibkan…” Perkara yg di makan minum, janji adalah perkara yg sgt besar yg sy cuba  jaga bab ni.. Mesti halal.. mesti bayar.. Janji kena tepat..

7 Comments

Leave a Reply to ilasaleh Cancel reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!