Bicara Bonda

Umur Tak Tunggu Kita – PART 3

Didunia kamu boleh lari kesana kemari. Ada duit kamu raja boleh beli semua sebab tu duit yang kamu kejar…!! Kalau 40 tahun tak sedar juga susah lah kamu nanti sebab dah tak lama lagi masa untuk kamu balik. Sekarang kamu tak rasa apa sebab didunia lagi kan. Kamu mati nanti tak akan patah balik lagi..

Semua terjawab dengan apa kamu dah buat didunia ni dan DIPERSOALKAN APA KAMU DAH GUNA HAK ALLAH..DAN JAWABLAH KAMU ROZITA..Kamu mati hari pertama paling maksima ke10 hari je orang sedekahkan ayat quran . Lepas tu dah tak dah. Kamu nak persembahkan apa dengan TUHAN KAMU JIKA KAMU SORANG2 NANTI..??

Ini yang saya tanam pada fikiran saya selepas usia 40 tahun. Paling menyedarkan tentang pentingnya ilmu . Macam mana nak didik anak sedangkan saya bukan contoh yang baik. Malunya saya pada Allah  pada anak-anak..“ Hina kita disisi manusia kerana harta dan darjat ..” SAYA SIMPAN SLOGAN KAYA JIWA KAYA HARTA .KAYA DUNIA KAYA AKHIRAT..

amani born amani baby

 Maryam Nur Amani, anak saya yang bongsu

Masa arwah abah meninggal saya kehairanan “ Mak ramai jiran2 mak datang nape mereka tak baca yasin atau quran mak ..duduk saja rugilah mak “ ..Hati saya kesal betul dan mak jawab “ MEREKA TAK TAHU BACA LANGSUNG DAN SEMBAHYANG PUASA PUN TAK “ ..

Gambar ini sekadar hiasan.

Adoii macam mana ni jauhnya dari kasih sayang Allah masing2 bukan umur 30an, bercucu cicit umur dah 60an. Kesian sangat kerana miskin harta miskin jiwa..nama islam tapi sama macam orang bukan islam.. KEMATIAN ARWAH ABAH TU LEBIH MENYEDARKAN SAYA ..

Mak Puan
Tahun 1999 – arwah ayah dan mak masih sihat dan boleh berjalan.

Ayah puan

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt.berfirman,

حَتَّىإَذَابَلَغَأَشُدَّهُوَبَلَغَأَرْبَعِيْنَسَنَةًقَالَرَبِّأَوْزِعْنِىأَنْأَشْكُرَنِعْمَتَكَالَّتِىأَنْعَمْتَعَلَيَّوَعَلَىوَالِدَيَّوَأَنْأَعْمَلَصَالِحًاتَرْضَاهُوَأَصْلِحْلِىفِىذُرِّيَّتِىإِنِّىتُبْتُإِلَيْكَوَإِنِّىمِنَالْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

ajah & ain
Nur Azizah dan Nur Ain Sufiah, Mahir dalam Al-Quran – harapan saya mereka mendoakan semasa kematian saya nanti.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut elok dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!